Wednesday 21 March 2012

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT : PM ke N.Sembilan Sabtu ini.

Perdana Menteri di Negeri Sembilan Sabtu ini

Perdana Menteri yang kita kasihi Y.A.B Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan pada Sabtu ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Perdana Menteri dan isteri dijadualkan menghadiri beberapa program di sekitar Port Dickson dan juga Sikamat Seremban.

Lawatan Perdana Menteri dijadual bermula pada 11 pagi di Taman Intan Duyung, Port Dickson, bagi menyempurnakan majlis penyerahan rumah rakyat kepada penghuni yang terpilih. Kemudian disusuli dengan Jamuan 1Malaysia di Padang Awam Port Dickson.

Pada sebelah petangnya pula, Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan penduduk di Taman Desa Rhu, Sikamat bagi memenuhi janjinya sebelum ini untuk bertemu penduduk kawasan itu.

Program itu dijangka berakhir kira-kira jam 5 petang sebelum Perdana Menteri berlepas pulang.

Kepada masyarakat Port Dickson dan yang paling utama masyarakat serta pengundi di Dun Sikamat, inilah masa dan peluang untuk kita menemui secara dekat tokoh pemimpin negara berjiwa rakyat yang sama-sama ingin merasai denyut nadi rakyat di Sikamat. Janganlah lepaskan peluang ini untuk bersama-sama tidak kiralah tua, muda, miskin, kaya, Melayu, Cina, India dan sebagainya kerana kita adalah 1Malaysia.

Jumpa kita disana nanti.

Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah. Seremban /Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakkan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
& Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.


No comments:

Post a Comment