Thursday 5 April 2012

BISEKSUAL : Lebih baik saman daripada memberi ugutan?


SEREMBAN


Satu lagi budaya politik pembangkang adalah ugutan. Ugutan telah menjadi perkara biasa kepada pihak pembangkang agar matlamat mereka untuk mengusai Malaysia tercapai. Baru-baru ini, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) Datuk S.Nallakaruppan menerima sepucuk surat berunsur ugutan setelah beliau mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin biseksual. 

 

 

Isi kandungan surat satu muka surat yang bertulisan tangan itu sangat marah dengan kenyataan yang dibuat Nalla mengenai Anwar, malah penulis mengugut Nalla dan peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, untuk ‘berhati-hati’. Dalam surat itu juga ada disebut perkataan ‘pariah’.

 

Nallakarupan tetap dengan pendiriannya bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.

 

 

Bekas rakan karib Anwar itu juga berkata beliau sanggup disaman walaupun RM500 juta kerana mendakwa mempunyai bukti yang boleh menyokong kenyataannya dan bersedia mendedahkannya di mahkamah.

 

Ini juga sebahagian daripada budaya politik pembangkang yang lebih menjurus kepada keganasan dan menghalalkan cara sepertimana saya lakarkan dalam penulisan saya yang terdahulu. Sedangkan negara kita ini mempunyai undang-undang dan kita sebagai rakyat Malaysia berhak menggunakan saluran tersebut. 

 

Kenapa tidak digunakan saluran mahkamah untuk mencari kebenaran? Sahutlah cabaran Nalla dengan menyamannya sepertimana yang dikehendaki beliau.

 

 

Adakah pemimpin parti pembangkang seperti ini layak menjadi pemimpin negara kita? Penuh dengan agenda tersendiri serta tipu muslihat sehinggakan kawan karib sendiri sanggup berpaling tadah kerana tidak sanggup bersekongkong dengan apa yang dilakukan oleh Ketua Pambangkang ini. Ianya terbukti dan jelas berapa ramai orang kanan Parti Keadilan yang keluar parti. 

 

Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan kepada ahli parti pembangkang yang lain, " Anda bila lagi untuk berbuat demikian"? Sedar dan insaflah, kebenaran pasti akan menjelma jua.


Salam Perjuangan,



"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia.
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 48 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

1 comment:

  1. Tak guna saman menyaman perkara akan berbangkit kemudian hari,pembangkang sentiasa mahukan glamor je...

    ReplyDelete