Thursday 5 April 2012

Bersih 3.0 Di Dalangi Pembangkang


SEREMBAN


BERSIH 3.0 AGENDA PEMBANGKANG

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengadakan perhimpunan 'Duduk Bantah' pada 28 April ini sebagai tanda protes terhadap sistem pilihan raya - keputusan diumumkan sehari selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).

Gabungan itu menamakan protes itu sebagai Bersih 3.0 - susulan kepada perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.

Bersih 2.0 akan berkumpul – Duduk Bantah – secara aman di seluruh negara dan di seluruh dunia.

Ini bertujuan untuk menyatakan ketidakpuasan hati kami terhadap kerajaan yang terus menerus memanipulasi sistem pilihan raya untuk memastikan kemenangan parti yang memerintah," kata kenyataan media Bersih 2.0 dikeluarkan pagi ini.


Apa yang ingin saya katakan PELIK...PELIK dan PELIK....Ketika Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) membentangkan cadangan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya setebal 79 muka surat, kenapa ianya tidak dibahaskan?

Kenapa Ahli Parlimen pembangkang membuat kecoh ada yang keluar Dewan sebagai protes dan ada yang diarah keluar oleh Yang Di Pertua Dewan Negara. Kenapa ini berlaku?

Adakah ianya mempunyai agenda tersembunyi?

Kenapa rakyat perlu menyertai perhimpunan Bersih ini? Apa rasionalnya?

Sedarkah atau tidak bahawasanya Tanggungjawab dan Amanah serta Suara Rakyat yang diberikan oleh rakyat kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak dijalankan dengan baik dan berkesan. Gaji, Elaun dan kemudahan Ahli Parlimen yang pembangkang dapat pada hari ini adalah dari Rakyat yang membayar cukai dan sebagainya.....janganlah rakyat diperbodohkan dan dipergunakan sedemikian rupa.

Cukup-cukuplah berdemo ni. Berdemo tak salah kerana ianya adalah salah satu cabang demokrasi. Tetapi dalam konteks ini saya melihat tiada faedahnya.

Jikalah benar SPR/Pilihanraya di Malaysia tidak tulus, penuh dengan penipuan dan tiada keadilan, masakan pembangkang dapat mengusai kerajaan Selangor, P.Pinang, Kedah, Kelantan sekarang ini dan Perak satu ketika dulu?

Janganlah pembangkang membawa dan mencipta budaya politik seperti ini. Kita adalah rakyat yang bertamadun dan mempunyai asas ketimuran. Lebih baik pembangkang perbetulkan dahulu kepimpinan mereka sesama sendiri.

Kita boleh lihat ketika Bersih 2.0 dahulu, kesan negatif terpalit kepada negara kita juga. Imej negara buruk dimata dunia, kononnya pilihanraya Malaysia kotor. Berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh peniaga di Ibukota?

Percayalah Bersih 3.0 yang mereka rancang hanya membawa impak yang buruk kepada negara, merencatkan dan menjejaskan sistem ekonomi serta aktiviti perniagaan. Adalah tidak mustahil, kekecohan / keganasan pasti akan berlaku dan menyusahkan banyak pihak. Manakala kesesakan lalulintas akan menyukarkan pergerakan harian warga kota.

Akhirnya nanti, apabila berlaku kekecohan atau keganasan, pihak berkuasa iaitu polis akan dipersalahkan sedangkan anggota polis menjalankan tugas bagi menjaga keamanan negara.

Lebih banyak agenda besar yang perlu ditangani dan dibangunkan bersama. Janganlah pula rakyat menjadi mangsa keadaan semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah pemimpin pembangkang dengan prinsip menghalalkan cara untuk menguasai Putrajaya.

Sebagai rakyat, kita harus sedar dan memahami lenggok bahasa politik pembangkang ini yang lebih kepada indah khabar dari rupa.

Salam Perjuangan,


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia.
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 48 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA


No comments:

Post a Comment