SEREMBAN
SEKITAR KURSUS JENTERA PILIHANRAYA
PERGERAKAN PUTERI UMNO NEGERI SEMBILAN
( 08hb.APRIL 2012 )
YB.Dato' Hj.Hasim Rusdi, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO N.Sembilan
hadir di Majlis Penutup Kursus Jentera Pilihanraya Pergerakan.Puteri UMNO
Negeri Sembilan. Turut bersama Puan.Mas Ermiyati Shamsudin mewakili Unit Khas Pilihanraya
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Ucapan Penutupan oleh YB.Dato'Hj.Hasim Rusdi
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.
Antara Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Negeri Sembilan yang menghadiri Kursus Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan.
Para peserta sedang mendengar taklimat dan penerangan yang diberikan.
PUTERI....BERSAMA GEMPUR!!!
Berkilau Sungguh Batu Permata
Permata Bersinar Semangat Membara
Permata Bukan Sebarang Permata
Permata Parti Srikandi Negara
Winnable Candidate jadi taruhan
PRU 13 bukan mainan
Puteri bukan sekadar tempelan
Hujahan Puteri jangan dipelekehkan...
UMNO
yang telah ditubuhkan pada tahun 1946 kini telah berusia 65 tahun,
suatu tempoh yang panjang dan pernah melalui saat gemilang kejayaan,
suka-duka dan suramnya.
Rententan dari perjuangan yang
ikhlas serta murni demi untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Tanah Air,
maka UMNO dapat bertahan dan memiliki kuasa mentadbir Negara dibawah
Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional sehingga ke hari ini. Syabas
dan Tahniah.
Di atas kejayaan tersebut jua, di dalam UMNO
dengan kebijaksanaan pemimpin, maka telah dilihat bahawa satu lagi
kelompok generasi muda yang dipandang penting yakni Generasi Wanita
Melayu Muda yang perlu diberi ruang bersama-sama dalam arena politik
hari ini, kini telah jelas hampir lebih 10 tahun Pergerakan Puteri telah
dibawa di alam arus gelombang merasai pahit getir perjuangan yang harus
dikekalkan ini. Pusaka perjuangan yang terlalu berharga ini merupakan
kuasa yang tiada jual belinya.
Tahniah Dato’ Seri Presiden
dari Pergerakan Puteri UMNO di atas olahan ucapan dasar yang begitu
bernas bagi mempastikan agar kuasa UMNO ini terus gah berkuasa di bumi
Malaysia. Pergerakan Puteri menyambut baik segala saranan, ingatan
apatah lagi teguran yang diberi bagi mempastikan semua pihak memahami
segala apa yang perlu dilaksanakan saat ini bagi menghadapi pilihanraya
yang akan datang, bukan sahaja memikirkan siapakah yang dikatakan “Winnable Candidates” tetapi yang paling utama “apakah
segala tugas telah disusun dengan rapi, tiada lagi adu domba sesama
sendiri, kekuatan semuanya telah disatukan dan tidak lagi berbalah
sesama ahli dan pastinya telah ditanam semangat yang ingin melihat
UMNO/BN cemerlang dengan ‘Winnable Candidates’ apabila semboyan dibunyikan.
PRU 13 Bukan Mainan,
Winnable Candidate jadi sebutan,
Puteri sedia menerima arahan,
Bukan hanya mengejar jawatan.
Puteri
yang menjadi generasi tunggak ke abad 21 menyokong proses transformasi
sama ada didalam parti atau kerajaan yang dibawah kepimpinan Dato Seri
Presiden bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan pemerintahan BN di
Negara ini. Namun apabila bercakap mengenai perkara tersebut, maka kita
tidak boleh lari dari memberi focus kepada kumpulan sasaran yang
dikatakan kumpulan penerima faedah atau ‘beneficiary’ kepada proses transformasi iaitu generasi muda.
Oleh yang
demikian, didalam merencana salasilah politik yang berbudaya baru ini,
UMNO perlu mengambil peluang serta mencipta ruang tersendiri terhadap 2
kunci utama tersebut
Perpaduan dan Generasi Muda.
Perpaduan.
Keutuhan
perpaduan sememangnya amat penting dalam perjuangan. Hari ini siapa pun
tidak boleh memperlekehkan erti kata perpaduan. Perpaduan yang diolah
serta diacu sendiri oleh kita tanpa mengenepikan kepentingan
Agama,Bangsa dan Negara walaupun di Malaysia ini mempunyai pelbagai
Bangsa, Agama serta Adat Budaya. Perpaduan juga sememangnya merupakan
intiti utama kepada perjuangan generasi muda namun hari ini.....
Persoalan
yang timbul, yang bermain difikiran sayap Pergerakan Puteri adalah
kepada satu golongan pengubah yang amat berkuasa, berilmu tidak lain dan
tidak bukan mereka yang terdiri daripada
Golongan Generasi Muda. Persoalannya :-
a) Adakah kejayaan / kuasa pemerintahan ini akan berkekalan untuk 50 tahun lagi?
b) Adakah UMNO merupakan wadah perjuangan politik bagi generasi muda?
Untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, kita perlu menjawab dengan
TINDAKAN bukannya menjawab secara politik tetapi ianya lebih kearah realistik yang sebenar.
Sedarlah
ahli parti, pemimpin disemua peringkat ( Cawangan / Bahagian / Negeri /
Pusat ) bahawasanya sejarah dunia telah membuktikan generasi muda hari
ini adalah antara kuasa sebenar dalam mengubah lanskap sosio-politik
sesebuah Negara,Tamadun dan Peradapan Dunia. Janganlah golongan generasi
muda ini diperlekehkan dan dinafikan hak suara serta pandangan mereka. Kita seharusnya terus dan terus mendampingi generasi muda ini tanpa henti. Adakah kita melakukannya?
Mari kita bertanya dan ajukan soalan kepada rakan seperjuangan disebelah kita :-
- Adakah
kita semua mengetahui dengan jelas berapa peratus generasi muda di
kawasan kita yang bakal mengundi dan menentukan keputusan pilihanraya ke
13 ini ?
- Adakah kita mengenali mereka ?
- Adakah kita
mendampingi mereka sehingga mereka merasakan kehadiran kita (UMNO) dapat
membantu kelangsungan kehidupan dan seterusnya membantu mereka dalam
memahami serta menangani perkembangan semasa.
- Adakah kita diterima oleh mereka?
- Apakah persepsi generasi muda terhadap sikap dan tingkahlaku kita (Umno)?
- Adakah bentuk pendekatan yang kita pilih untuk mendampingi dan memahami generasi muda ini berkesan?
- Dan
bilakah kali terakhir kita bersalam,mengucapkan selamat harijadi kepada
mereka serta mengucapkan syabas diatas kejayaan mereka?
Setiap
persoalan yang dinyatakan tadi janganlah diambil mudah, tetapi proses
pendekatan serta penghayataan untuk generasi muda adalah penting seperti
oksigen bagi setiap benda yang hidup. Jika kita alpa dan leka,
Gelombang Transformasi dari generasi muda akan berlaku. Ini terbukti,
generasi muda melalui media baru dengan kalimah “change” telah meletakkan Barack Obama Hussien sebagai
Presiden Amerika dan yang paling penting peranan generasi muda juga
telah menukar pola dan lanskap politik di Timur Tengah seperti Mesir,
Libya dan kini Syria. Terfikirkah oleh kita United Stated Of Amerika
sebuah Negara yang berpengaruh didunia akan ditadbir oleh seorang
Presiden dari golongan Berkulit Hitam. Sudah pasti jawapannya tidak, tetapi inilah yang telah dilakukan oleh golongan pengubah dikalangan generasi muda.
Isu
terkini yang perlu kita depani adalah golongan muda mahasiswa IPTA/IPTS
diseluruh Negara yang telah mencapai umur balighnya 21 tahun untuk
berpolitik kepartian selepas AUKU dihapuskan oleh Kerajaan, maka tugas
dan tanggungjawab ini perlu dimainkan oleh semua pihak disetiap
peringkat.
Pada hakikatnya satu fenomena yang cukup berat
kerana ianya melibatkan proses pembelajaran yang dilalui bagi golongan
tersebut. Jika dihitungkan, jumlah golongan ini amat besar dan adakah
kita sebagai sebuah organisasi benar-benar mampu mendampingi serta
menarik minat mereka untuk bersama-sama UMNO.
Kegusaran di
sayap Pergerakan Puteri ada asasnya, dengan jumlah hampir 956,000 orang
pelajar yang dikenalpasti melepasi had umur 21 tahun bagi tahun ini dan
jumlah ini pasti akan meningkat saban tahun yang dianggarkan hampir
mencecah 100,000 orang pelajar IPTA /IPTS setiap tahun.
Oleh
yang demikian, puteri ingin mengunjurkan didalam perhimpunan kali ini
supaya diadakan program khas untuk golongan mahasiswa/mahasiswi dan
mengenal pasti mereka dari tempat masing-masing. Ini kerana, UMNO amat
memerlukan sokongan serta dokongan dari golongan ini untuk bersama-sama
dalam menghadapi senario politik yang akan datang
.
Peluang
dan ruang untuk mendampingi mereka perlu diperhebatkan dan dilakukan.
Jangan kita biarkan penyamun, penyangak pembangkang mendekati apatah
lagi merosakkan pemikiran golongan mahasiswa ini, mereka milik kita .
Bersangkutan
apa yang dinyatakan tadi, Puteri melihat dari analisa yang dibuat
berpandukan daripada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sehingga suku tahun
ke-2 2011 yang telah diwartakan pada 16hb.Ogos yang lalu, Jumlah
Keseluruhan Pengundi Di Malaysia adalah 12,497,877 orang, manakala dari
jumlah tersebut seramai 5,011,797 orang adalah pengundi muda / belia
yang telah berdaftar.
Namun begitu, jumlah keseluruhan
generasi muda / belia yang layak mendaftar dan mengundi yakni yang
berusia 21-40 tahun sebenarnya adalah seramai 8,152,400. Ini masih
terdapat seramai 3,140,603 orang dari kelompok generasi muda yang masih
tidak mendaftar sebagai pengundi.
Seandainya semua
generasi muda yang berusia 21 tahun keatas melaksanakan hak dan
tanggungjawab sebagai warganegara ataupun kerajaan melaksanakan dasar
pendaftaran pengundi secara automatik bagi setiap warganegara yang
berusia 21 tahun ke atas, maka pada hari ini Malaysia akan mempunyai
8,152,400 pengundi belia yakni golongan generasi muda daripada jumlah
keseluruhan pengundi di Malaysia iaitu seramai 15,638,480 orang setelah
ditambah dengan pengundi generasi muda seramai 3,140,603 yang dinyatakan
tadi. Oleh yang demikian, 52% dari jumlah tersebut adalah pengundi
generasi muda.
Peratusan ini membawa makna yang
AMAT JELAS dan NYATA, tidak
keterlaluan untuk Puteri menyatakan GENERASI MUDA yang dikenali sebagai
BELIA adalah penentu pola pembentukan pemerintahan Negara bukan sahaja
untuk masa akan datang tetapi didalam Piliharaya ke-13 yang bakal
diadakan nanti. (dalam kata lain...bukan kecil anak untuk golongan muda
ini)
Dalam
konteks senario poltik Malaysia, Puteri ingin mengupas dan membawa
perhatian serta minda kita semua ke belakang iaitu 20 tahun dahulu.
Sejarah telah membuktikan UMNO didalam pilihanraya umum mahupun
pilihanraya kecil amat cemerlang.
Faktor siapa calon
ketika itu bukan menjadi perkara asas tetapi atas lambang parti yang
menjadi faktornya. Sebagai contoh, Jika parti Umno ini diwakili ‘Tunggul
Kayu’ sekali pun, bertanding dalam pilihanraya pasti Umno/Barisan
Nasional akan menang jua....itulah senario 20 tahun dahulu, tetapi
sekarang lanskap itu telah berubah.
Oleh yang demikian,
Peremajaan dan Penjenamaan semula UMNO amat penting dan perlu dibuat dari semua peringkat serta dipromosikan kepada
golongan generasi muda kerana generasi muda adalah antara oksigen bagi
UMNO meneruskan kehidupan yang penuh mencabar ini. Idea dan pandangan
dari generasi muda perlu diambil kira dan diketengahkan.
Untuk
memenangi hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah yang lebih
tersusun dan berkesan. Setiap program hendaklah berdasarkan citarasa
generasi muda agar mereka bersama dan menyertai kita.
Dalam hal ini Puteri UMNO mencadangkan agar UMNO menggunakan pakai prinsip pengurusan
BLUE OCEAN STRATEGY yang menekankan tindakan secara berkesan dan melaksanakan proses REDUCE, CREATE, RAISE and ELEMINATE....
Blue Ocean Strategy
ini bukan sahaja terpakai kepada pembangunan kporporat, tetapi ianya
boleh diterima pakai oleh UMNO. Penggunaan prinsip ini akan membolehkan
UMNO menilai apakah perkara-perkara atau program-program yang wajib
diperkenalkan. Apakah program yang harus di pergiatkan, ditambah dan
dimurnikan. Apakah perkara-perkara atau program atau amalan UMNO yang
mesti kurangkan dan Apakah perkara-perkara atau program atau amalan
mesti dihapuskan terus dari UMNO.

Zaman
menghimpun puluhan ribu hadirin di padang untuk menyambut ketibaan
pemimpin sudah berakhir. Zaman sekarang adalah zaman menilai pemimpin
dari dekat. Zaman sekarang adalah zaman menghargai pemimpin yang boleh
berjabat salam dan berbincang. Zaman sekarang adalah zaman menerima
pemimpin yang menjawab tweeter dan facebook. Tapi ingat, kalau bersalam
pakai hujung jari dan tak tengok muka macam mana nak rasa denyut nadi RAKYAT!!!!
Zaman
sekarang adalah zaman pemimpin yang boleh ditemui di laman-laman blog
dan bertukar pandangan serta memberi komen personel. Zaman sekarang
adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilebelkan
“COOL”
apabila dapat meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan
zaman sekarang adalah zaman menerima pemimpin yang dilihat membela
generasi muda. Zaman sekarang bukannya zaman terus mengherdik, mencaci
apatah lagi menghina apabila generasi muda tidak bersama atau tidak
bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh pemimpin, jangan hanya
dilihat kesilapan pada golongan muda ini. Inilah luahan hati orang muda.
Jika
Dato’ Seri Presiden yang juga merangkap Perdana Menteri boleh
meluangkan masa biar pun letih dengan tugasannya tapi masih tersenyum
bersama generasi muda menonton perlawanan bola sepak bersama – (walaupun
team favourite Dato’ Seri Presiden MU kalah 6-1) apakah kaedah ini
direalisasikan bersama oleh semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian
mahupun cawangan. Janganlah bila Puteri berkata demikian ataupun
bersuara, puteri pula dilabelkan sebagai anak kecil yang ingin mengajar
orang yang lebih dewasa, namun inilah realiti kenyataan yang harus
diterima sekarang.
Pemikiran yang kalut, kuno atau cepat
melatah perlulah dihapuskan. Sikap berpuak-puak, cantas mencantas perlu
dihentikan. Manakala sikap keterbukaan yang bukan dibuat-buat perlu
wujud dan ditonjolkan ini kerana jika ditanya kepada generasi muda yang
ada didalam dewan ini sudah pasti akan bersetuju dengan kenyataan saya
tadi, bahawasanya kami dari golongan muda kadang kala tidak diberi ruang
atau diberi kepercayaan dan jika terlebih langkahnya sudahpasti kami
dipancung awal-awal.
Kadang kala jika mereka dibahagian berasa tergugat Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian pun tidak dipanggil bersama.........buat secara senyap-senyap......jangan dinafikan. Inilah budaya lama atau sifir lama yang masih dibawa. Kenapa takut dengan bayang sendiri?.
Ingatlah wahai pemimpin, dunia ini seperti roda ianya berpusing, adakala kita diatas dan adakala kita dibawah.
Apakah kepimpinan itu hanya untuk
pemimpin yang ada sekarang dan tidak perlu penggantinya dan adakah
pelapis hanya akan menjadi pelapis sahaja dan yang paling penting
apabila insan terpilih yakni ‘Winnable Candidate’ telah
diumumkan jangan pula ada yang sabotaj sesama sendiri, ingat pesan
Dato’ Seri Presiden sayangkan Parti melebihi kepentingan diri sendiri.
Ingatlah Qada’ dan Qadar Allah...
Sesungguhnya UMNO adalah
sebuah rumah yang besar. Mempunyai ibu, ayah dan anak-anaknya yang
pasti suatu hari nanti anak-anak itu akan membesar dan mewarisi rumah
peninggalan dari orang tuanya tetapi bagaimana anak-anak ini dapat
mewarisi rumah yang besar ini jika diluarnya nampak cantik dan berseri
tetapi kayu kayannya, dindingnya, tiang serinya reput dan rapuh dimakan
dek anai-anai.
Oleh demikian, kita sebagai ahli parti janganlah
membiarkan UMNO menjadi seperti rumah yang reput dan rapuh itu.
Peremajaan, Penjenamaan dan jangan lupa Mempromosi UMNO semula perlulah
dibuat secara total. Inilah teori Puteri 2P 1M.(Peremajaan, Penjenamaan
& Mempromosi)
Hari
ini kita didalam UMNO seharusnya bertindak dengan berpandukan
maklumbalas yang kini banyak diterima oleh UMNO serta wajib sensitif dan
peka kepada maklumbalas dari reaksi generasi muda terhadap sesuatu isu.
Dengan
menerima dan mempraktikkan secara menyeluruh apa yang dinyatakan tadi
dalam urusan harian kita, dalam merangka program yang hendak kita
laksanakan, maka Puteri percaya UMNO akan lebih mudah mendapat tempat di
hati generasi muda yang akhirnya menjadikan UMNO dan BN
“The ONLY PARTY” yang diterima semua.
Sudah
pasti saat itu usah kita gusar kecemerlangan pilihanraya pasti memihak
kepada Barisan Nasional. Biarlah pembangkang dengan kacau bilaunya,
biarlah pembangkang dengan pemikiran bodohnya, biarlah pembangkang
dengan janji yang tak tertunainya namun hari ini kita UMNO harus peka
dan cepat mengambil segala ruang dan peluang yang ada bagi mempastikan
kuasa kita tidak terjejas kerana UMNO lah satu-satu parti membela bangsa. Saat ini juga puteri telah bersiap siaga untuk menerima arahan perang
. Puteri tak gentar hadapi pembangkang .
Puteri tidak
akan gerun walau diancam disegenap penjuru. Semalam Puteri pernah sakit
dilontar batu. Hari ini Puteri yang ramai menjadi kuat menjadi satu.
Kerana itulah hari esok, Puteri tidak takut berhujan peluru. Puteri
tidak lut dengan sebarang ancaman. Puteri sudah kebal dengan sebarang
serangan. Puteri sudah diasap dengan semangat dan diseru dengan azimat.
Tuhan bersama kita. Walau siapa pun musuh didepan. Walau apapun halangan
yang datang, kita takkan bacul dan lari dari medan perjuangan. Mari
kita gempur, kita perang, kita tempur, kita serangi ...... Perang ini
perang kita, perang ini kitalah pemenangnya .
PRU 12 Bagai Tsunami,
PRU 13 Sedia dinanti,
Rampas kembali matlamat kami,
Itulah Perjuangan Puteri sejati.
Takkan berundur terus mara,
Itulah tekad kami semua,
Demi agama, bangsa dan Negara,
Pada Allah dipohon jua...
PUTERI...BERSAMA GEMPUR UNTUK HADAPI PRU-13.
Salam Perjuangan
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Ketua Pergeraka Puteri UMNO Bah.Seremban.
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan 4B Malaysia.
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.