Monday 9 April 2012

ISU PTPTN : Jika Dimansuhkan Jejaskan Melayu





Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas. 
 

Ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.


Hakikatnya, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan.


Pada pengamatan saya sebagai insan kerdil melihat, pemansuhan PTPTN ini akan lebih memberi kesan buruk terutama bangsa Melayu sendiri.


Dalam konsep "menghalalkan cara" yang digunapakai oleh pihak pembangkang akan menggunakan apa sahaja tipu muslihat, janji-janji yang tidak relevan asalkan niat dan hasrat untuk memenangi hati pengundi dalam pilihanraya ke-13 ini menyebelahi mereka seterusnya menawan Putrajaya.


Perlu diingatkan bersama, agenda pembangunan bukan sahaja melibatkan dari segi pendidikan percuma tetapi ianya lebih daripada itu dan melibatkan semua aspek pembangunan sama ada pembangunan fizikal (kemajuan), mental, minda dan rohani.


Cubalah kita bayangkan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan jika pemansuhan ini dilakukan adalah sebanyak RM43 bilion, satu angka yang cukup besar.


Oleh itu, janganlah kita mudah terpedaya, melatah atau teruja dengan janji manis yang dibuat oleh pembangkang yang belum pasti tertunai.


Salam Perjuangan

Wan Salwati Hj.Abdullah

Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan malaysia.
Ecxo Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban.
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan 4B Malaysia.
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.





UNTUKMU BELIA 44 HARI LAGI !!!
"KUASA BELIA"


 

No comments:

Post a Comment