Tuesday, 3 April 2012

PSC : 18 Cadangan Diterima, 4 Ditolak

Berikut adalah syor-syor yang dipersetujui oleh semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:


Disini dinyatakan 18 perkara yang dipersetujui :- 
  1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos.
  2. Pengundi luar kawasan.
  3. Tarikh pembubaran Parlimen.
  4. Kerajaan sementara (caretaker government).
  5. Penguatkuasan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.
  6. Akses media yang bebas dan saksama;
  7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan.
  8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.
  9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
  10. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
  11. Memperkasakan kedudukan SPR.
  12. Penstrukturan dan pengukuhan SPR.
  13. Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.
  14. Pengasingan fungsi utama SPR.
  15. Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak.
  16. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.
  17. Peruntukan dana kepada parti politik
  18. Sistem pilihan raya baru.


Berikut adalah syor-syor yang tidak mendapat persetujuan sebahagian ahli jawatankuasa:


1- Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.


2- Membenarkan pra-pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila
     mencapai umur 20 tahun


3- Memanjangkan tempoh berkempen.


4- Kajian ke arah pendaftaran secara automatik


Bagi saya, Pilihanraya di Malaysia adalah antara yang TERBAIK.....yang utama adalah gerak kerja dan pendekatan yang diambil oleh parti untuk menarik minat pengundi untuk mengundi UMNO/Barisan Nasional dalam pilihanraya kelak.



Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

PM : Setelah 3 Tahun & Pengisian Transformasi Negara 1Malaysia

BN bukan kerajaan populis semberono


Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini bukan "kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab", malah merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara.

"Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan. Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya,” katanya semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri Kuala Lumpur.

Najib berkata, kerajaan BN juga tidak gentar untuk bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana dipilih secara demokratik di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil.

"Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca.
"Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya,” katanya. 

 PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada Majlis Cabaran Dan Pencapaian Transformasi, di Auditorium Perdana, Angkasapuri, 
 Kuala Lumpur

NKEA melepasi atau penuhi sasaran 2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sudah melepasi atau memenuhi sasaran 2011 masing-masing.

Katanya! sememangnya menjadi kebiasaan bahawa sesetengah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan mengatasi yang lain berikutan ekonomi yang dinamik. "Kita akan mengambil langkah bagi mengatasi isu-isu berkenaan bagi memastikan kita mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya dalam "Nota Dari Perdana Menteri" dalam Laporan Tahunan 2011 Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Laporan itu diedarkan hari ini oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggung jawab melaksanakan, menilai kemajuan, memudahkan serta menyokong pelaksanaan dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan ETP.

Najib berkata, semua menteri dan kementerian juga ditetapkan mencapai sasaran dan mengikut masa tertentu pada awal 2011 sebagai bukti komitmen kerajaan.

Sebagai sebuah negara, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia akan memberi fokus kepada 12 NKEA, iaitu sektor di mana Malaysia boleh bersaing pada peringkat dunia.

Sehingga ini, katanya, 131 projek permulaan (EPP) telah dikenal pasti untuk memulakan pertumbuhan serta menjadi pemangkin pelaburan dan penyertaan dari sektor swasta.
Perdana Menteri berkata, beliau juga sudah menghoskan lapan Kemas Kini Kemajuan ETP pada 2011.

Kira-kira 110 projek sudah dilancarkan, 55 peratus daripada EPP sudah dimulakan dan pelaburan lebih RM179.2 bilion sudah dikeluarkan, iaitu satu jumlah yang tidak pernah dilakukan bagi tempoh 12 bulan, katanya.

Semua projek itu diunjurkan menyumbang kira-kira RM129.5 bilion bagi Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dan mewujudkan 313,741 pekerjaan baharu menjelang 2020.

Mengenai Inisiatif Pemulihan Strategik yang dilancarkan pada Julai, Najib berkata beliau berkeyakinan bahawa kerajaan dengan kerjasama sektor swasta "boleh dan akan melaksanakan sepenuhnya, terutama di dalam pelaksanaan pemulihan struktur bagi membolehkan kita mencapai sasaran pelaburan."

Menjelang akhir tahun ini, Najib juga menyatakan bahawa 17 lagi subsektor perkhidmatan akan diliberalisasikan, bagi membolehkan penyertaan asing sehingga 100 peratus.

Sebelum itu, Malaysia sudah membuka 24 subsektor.

Najib mengulangi bahawa kerajaan terus komited mengurangkan peranannya di dalam perniagaan bagi membolehkan sektor swasta menjadi penerajunya, dengan memudahkan dan mengurangkan kos melakukan perniagaan serta membangunkan bilangan besar pekerja berkelayakan dan mahir.

Najib berkata : "Di hadapan terdapat cabaran dan ganjaran."

"Marilah kita pastikan semuanya berjalan lancar kerana kita perlu bekerja keras bagi tempoh sembilan tahun lagi," kata Najib sambil meningatkan bahawa negara perlu berada di atas landasannya kerana ia akan menerima kesan ketidaktentuan ekonomi global sedia ada dan peningkatan produktiviti penting bagi mencapai kejayaan masa depan negara ini.

"Malaysia sedang mengalami proses transformasi besar-besaran dengan matlamat akhir untuk menjadi destinasi pelaburan berdaya saing di seluruh dunia dan menjadi negara maju berpendapatan tinggi sepenuhnya menjelang 2020."


GTP bawa hasil ketara kepada rakyat

Program Transformasi Kerajaan (GTP) membawa banyak manfaat kepada rakyat di seluruh negara, manakala kesannya terhadap negara pula, sungguh mengagumkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam nada rendah hati tetapi penuh gembira, Najib berkata GTP sekali lagi membuahkan hasil seperti yang diharapkan apabila semua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi kesan positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kedudukan sosio-ekonomi mereka, di samping menepati ideal yang terkandung dalam 1Malaysia. "Pada 2011, GTP sekali lagi menepati janjinya untuk membawa transformasi. Kita mencatat pencapaian kukuh dalam semua bidang, malah dalam sesetengah kes, bukan sekadar mencapai sasaran yang ditetapkan, tetapi melebihi matlamat serta kejayaan asal yang ingin dicapai GTP.

"Ringkasnya, pada 2011, jentera kerajaan mengekalkan momentumnya, bergerak dengan lebih lancar, pantas dan lebih cekap dalam menyampaikan hasil ketara kepada pihak yang ada kepentingan - rakyat Malaysia," katanya dalam prakata Laporan Tahunan GTP 2011 terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Tujuh NKRA berkenaan ialah Mengurangkan Jenayah, Memerangi Rasuah, Menambah Baik Pencapaian Pelajar, Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Menambah Baik Infrastruktur Asas Luar Bandar, Menambah Baik Pengangkutan Awam Bandar dan Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup.

Najib berkata GTP membawa kehidupan yang lebih baik untuk rakyat di bandar dan luar bandar, dengan kadar serta kemantapan yang kukuh.

"Pencapaian pada 2011 juga mencerminkan bahawa hasil yang dikecapi pada tahun sebelumnya bukan suatu kebetulan. Malah, ia membuktikan keberkesanan perancangan strategik dan kesungguhan kerajaan untuk mencapai sasaran serta hasil yang diharapkan untuk rakyat," katanga.

Perdana Menteri berkata, dalam semangat penuh ketelusan, kebertanggungjawaban dan membuat pembentangan yang tidak bersifat berat sebelah, laporan GTP ini menghidangkan secara telus tentang pencapaian dan kelemahan, pengajaran penting yang dipelajari serta perancangan kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sejajar dengan itu, beliau mengalu-alukan maklum balas, kritikan membina dan syor daripada orang ramai tentang cara untuk menambah baik usaha yang perlu dilaksanakan melalui GTP apabila kerajaan memperhalusi sasarannya ke arah mencapai hasil yang lebih baik pada 2012 dan tahun-tahun berikutnya.

Beliau berkata, ketika memberi pandangannya tentang kemajuan GTP, sebuah panel bebas yang dianggotai pakar antarabangsa menegaskan bahawa program itu membawa kebaikan dan memacu transformasi sebenar seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Katanya, GTP mencapai sesuatu yang dianggap mustahil apabila idea untuk mewujudkan perubahan dalam tempoh yang singkat sebelum ini dianggap tidak mungkin dapat dicapai.

"Dan, ia dicapai tanpa melibatkan belanjawan yang terlalu besar atau sumber yang mahal. Sebaliknya, ia adalah hasil daripada kesungguhan dan komitmen perkhidmatan awam, yang disokong pelan tindakan yang tepat, matlamat yang berorientasikan hasil serta fokus yang bertumpu kepada rakyat untuk membawa perubahan," katanya.

Perdana Menteri berkata, GTP mendapat pujian para pakar yang dihormati dalam bidang tertentu dan pemimpin negara membangun serta maju kerana keterangkumannya yang menyeluruh, pendekatan yang tidak bersifat konvensional dan kesan transformasi yang dihasilkannya.

"Mereka juga memuji cara kerja-kerja awal GTP yang meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam, hingga boleh dijadikan subjek dalam kajian kes.

"Di samping memberi manfaat kepada rakyat, GTP mengubah cara kerajaan bekerja dengan berkesan - menjadikan kami lebih telus, bertanggungjawab, cekap dan berorietasikan perkhidmatan. Apabila saya menyebut pada 2011 bahawa era "kerajaan paling tahu" sudah berakhir, saya menyatakannya dengan penuh kesedaran tentang perkara itu," katanya.

Najib berkata, GTP menjadi bukti tentang betapa perlunya kerajaan mengamalkan budaya mesra rakyat, berfungsi sebagai sebuah organisasi yang proaktif serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Katanya, secara menyeluruh, GTP merupakan sebuah rancangan yang meliputi tempoh sembilan tahun dan terbahagi kepada tiga ambang masa, yang masing-masing meliputi tiga tahun, manakala ketika ini, Malaysia masih berada di ambang pertamanya (2010-2012) dan oleh itu, segala usaha perlu disempurnakan sebelum 2020.

Perdana Menteri berkata, walaupun beliau menjangka laluan yang akan ditempuhi amat mencabar berikutan suasana ekonomi dunia yang penuh bergelora, namun momentum untuk mencapai kejayaan besar akan terus terpelihara dan tidak menggugat cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang harmoni, makmur serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Dalam kita meneruskan perlumbaan ini dengan penuh berhemah dan melakar kejayaan kukuh serta bersatu-padu melalui 1Malaysia, kami akan pastikan, secara menyeluruh, Malaysia akan melepasi garis penamat perlumbaan itu," katanya.

 ********************************************

Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, mempunyai akal fikiran yang luas dan bijaksana serta mampu berfikir dengan kematangan akal dan pengamatan dari apa yang kita lihat, rasai dan nikmati sekarang ini adalah kerana kita mempunyai pemimpin yang ingin membawa Malaysia kearah yang lebih baik dari semua sudut.

Perancangan dan Perlaksanaan terus berkembang maju. Keberhasilannya juga telah menampakkan hasil serta pulangan kepada rakyat. Jadi untuk meneruskan kelangsungan ini, kita (kerajaan) hanya perlukan sokongan, dokongan yang tidak berbelah bagi agak kuasa pemerintahan yang ada sekarang ini terus kekal dan dimiliki oleh Barisan Nasional (BN)

Saya penuh percaya dan yakin, lebih banyak kemajuan, kemudahan serta kesenangan rakyat yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat jika Barisan Nasional terus memegang tampuk pemerintahan negara.

Oleh yang demikian,kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Melanau dan sebagainya, berilah kepercayaan serta keyakinan kepada Barisan Nasional untuk meneruskan dan melaksanakan agenda pembangunan negara kita yang tercinta ini.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!

"KUASA BELIA"
   

BUKTIKAN DULU WAHAI PEMBANGKANG

RETORIK PEMBANGKANG : 
PTPTN DIMANSUHKAN 
JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH.
BUKTIKAN DULU 
DI P.PINANG, KEDAH, KELANTAN DAN SELANGOR


Berikut kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Saudara Yusmadi Yusoff :-

Pakatan Rakyat (PR) bertegas akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat. Menurutnya, PR akan merombak PTPTN jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana berpendapat pelajaran percuma untuk rakyat adalah keutamaan negara.

“Kita sudah membuat kira-kira, kerajaan sebenarnya mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat bawah hingga tertinggi.. “PTPTN amat menghukum dan perlu dibatalkan. Oleh itu, kita akan rancang satu skim yang lebih membantu,” katanya.

Katanya, kerajaan sepatutnya sudah berjaya menyediakan pendidikan­ percuma kepada rakyat dengan kekuatan ekonomi sedia ada.“Sebagai kerajaan, memang mereka wajib menyediakan pendidikan percuma seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara," katanya.

Pada 14 April ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran menuntut pinjaman PTPTN dimansuhkan di Dataran Merdeka yang dijangka dihadiri 5,000 orang.
Sebelum itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, partinya akan menyokong tindakan pelajar yang akan berhimpun menuntut supaya PTPTN dihapuskan.


*******************************************************

Sedarlah anak muda, sedarlah golongan belia, sedarlah mahasiswa, sedarlah para pengundi semua, inilah dinamakan retorik pembangkang. Menjanjikan sesuatu yang tak pasti terlaksana. Menjanjikan sesuatu yang mustahil akan berlaku. Inilah juga dinamakan "menghalalkan cara" agar dapat menarik minat undi anak muda semasa PRU-13 nanti. Inilah juga dinamakan memperlekeh, mempergulakan golongan anak muda agar terus menyokong dakyah pembangkang yang kelihatan"lembut gigi dari lidah".

Sampai bila kita harus DITIPU, DIPERDAYA DAN DIPERBODOHKAN oleh pembangkang yang hanya tahu bermain berpolitik dan merencanakan sahaja!!! Mereka tidak pun MENTERJEMAHKAN dengan TINDAKAN agar rakyat terbela dan terpelihara.

Memang benar dan kita mengakui bahawasanya negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dikuasai mereka. Saya ingin mengutarakan persoalan yang amat jelas kepada kerajaan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang ini,

"Jikalah benar hasrat pembangkang ingin menghapuskan pinjaman PTPTN jika mereka berjaya menguasai kerajaan pusat, KENAPA MEREKA TIDAK MELAKSANAKANNYA TERLEBIH DAHULU DINEGERI-NEGERI YANG MEREKA KUASAI SEKARANG INI?"

Buktikan kepada kami semua bukannya sekadar omongan kosong semata-mata untuk memancing undi.

Sudah semestinya disetiap negeri mempunyai Skim Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri ataupun Yayasan Negeri yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelajar. Maka adalah WAJAR mereka menghapuskan pinjaman dan baki pinjaman yang masih ditangung oleh para pelajar di negeri terbabit.

NEGERI SELANGOR

Sebagai contoh Negeri Selangor mempunyai universitinya sendiri dan adalah WAJAR universiti ini memberikan pengajian percuma kepada pelajarnya dan sebagai contoh kepada negeri negeri pembangkang yang lain......kenapa tidak laksanakan?


PULAU PINANG

Jumlah pinjaman yang ditawarkan mengikut taraf kursus:

Ijazah Sains RM 5,000 setahun

Ijazah Sastera RM 4,000 setahun

Diploma Lanjutan Sains RM 5,000 setahun

Diploma Lanjutan Sastera RM 4,000 setahun

Diploma RM 3,000 setahun

Sijil RM 2,000 setahun
Pinjaman juga diberikan kepada Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan Luar Kampus dengan kadar:


Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)

Ijazah (Sains) RM 4,500 5 tahun

Ijazah (Sastera) RM 3,500 4 tahun

Diploma RM 2,000 3 tahun
Pinjaman kepada pengajian peringkat Sarjana dan PhD (pengajian dalam negeri sahaja):


Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)

Sarjana RM 5,000 3 tahun

PHD RM 5,000 3 tahun
Faedah yang dikenakan 2% selama 5 tahun
Dua(2) Orang Penjamin Bergaji RM1,000 ke atas diperlukan apabila Surat Perjanjian ditandatangani.
Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut :- http://epp.penang.gov.my/

NEGERI KEDAH

Kadar pinjaman yang diberikan oleh Lembaga Biasiswa Negeri Kedah. Boleh layari laman web www.ibnk.gov.my untuk rujukan.

Sijil 
RM 2,500.00 (setahun)


Diploma
RM 3,500.00 (setahun)

Ijazah Sarjana Muda
RM 5,500.00 (setahun)

Ijazah Sarjana
RM 6,500.00 (setahun)

Doktor Falsafah (PhD.)
RM 8,000.00 (setahun)


Nah, sekarang lakukanlah dan buktikan jika benar pembangkang ingin membantu meringankan beban pelajar dan keluarga daripada bebanan hutang pinjaman pendidikan ini. MANSUHKANLAH. Jangan hanya pandai berkata-kata,

Jadi kepada peminjam PTPTN, hutang pengajian perlulah dibayar. Kerajaan telah menyediakan kemudahan ini untuk membantu kita dalam usaha melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Zalim ke PTPTN ini ??

"Masa nak berlajar dulu punya la minta wang pinjaman PTPTN ..tapi bila sudah bekerja tak nak bayar dan...buat tak tahu je pulak ....kalau dah pinjam, tak nak bayar balik ke?. pakai kereta mahal boleh bayar tiap-tiap bulan loan bank , tapi PTPTN yang hanya kutip RM 100 pun tak nak bayar ke...? Ingatlah orang lain jugak nak merasa juga...kok kita ni tak bayar bagaimana pula mereka..Jangan fikir senang sendiri dan orang lain dibiar melarat.....". Inilah luahan kenalan yang kesal dengan sikap sesetengah peminjam PTPTN sehinggakan ianya menjadi modal pembangkang semata-mata kononnya membela dan perihatin terhadap rakyat,

Dalam Islam sendiri kita disuruh membayar balik hutang kerana azabnya amat berat. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang"
( Riwayat Muslim, 6/38)

Kepada semua usahlah tertipu. Dengarkanlah, ini adalah retorik semata-mata. Cukuplah sekali tertipu bukannya untuk kedua kali.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!

"KUASA BELIA"





Monday, 2 April 2012

UMNO : Mekanisma Diubah, Dasar Tetap Sama


SEREMBAN



Hari ini, saya ingin melakarkan pengamatan saya selama berkecimpung didalam arena politik tanah air dari peringkat bawah hinggalah ke tahap sekarang. Apa yang ingin saya kongsikan bersama adalah tentang minat serta kecenderungan anak muda terhadap parti pusaka bangsa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali dengan UMNO.

Secara jujurnya ketika saya melakarkan cetusan idea dalam penulisan kali ini, saya berasa sungguh sayu, penuh alpa, kesedaran serta keinsafan betapa sayangnya kepada UMNO yang telah banyak jasanya sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Terfikir difikiran serta benak hati saya, adakah mereka yang seangkatan dengan saya mahupun anak muda dinegara ini dapat merasai serta menjiwai roh dan peranan UMNO terhadap orang melayu dan kemakmuran/kemajuan negara Malaysia yang kita cintai ini?


Peranan UMNO.

UMNO adalah parti politik orang Melayu. Melayu dan UMNO ada hubung kaitnya dan tidak dapat dipisahkan. UMNO juga adalah teras kepada pakatan parti politik pelbagai kaum di Malaysia melalui Perikatan pada suatu ketika dahulu dan kemudiaannya dikenali dengan Barisan Nasional (BN)

UMNO adalah parti politik yang terawal ditubuhkan dan penggerak kepada penentangan penubuhan Malayan Union di Malaya ketika itu. Umno juga memperjuangkan fasal-fasal Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera tanpa mendiskriminasikan hak warga negara yang lain.

Malah UMNO sehingga kini walaupun pemimpinnya datang silih berganti ianya tetap dengan dasar yang konsisten dalam memperjuangkan penyatuan rakyat, pembina kestabilan politik, sosio-ekonomi, pendidikan, sosial, kebudayaan dan keamanan negara. Apanya yang saya nyatakan ini, ianya tidak boleh dinafikan kebenarannya walaupun pahit untuk diterima atau ditelan oleh pihak pembangkang.

Sedarlah wahai semua rakyat Malaysia terutama mereka yang telah dlahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan ataupun generasi alaf baru (bawah 40 tahun), kita harus mempelajari serta mendalami sejarah perjuangan bangsa dan negara kita ini. Kita ambil dan gunakanlah masa setengan jam sehari untuk menghayati sejarah negara, bangsa dan ketamadunan serta kemajuan yang kita perolehi. Apa yang kita nikmati, miliki serta rasai sekarang ini amat tinggi nilainya kerana ianya adalah hasil perjuangan, pengorbanan UMNO dari dulu, kini dan selamanya.


Tregedi Buruk Tsunami 2008

Apabila kita lupa, kita lalai, kita biarkan, kita jauhkan diri kita untuk menghayati sejarah, inilah yang berlaku pada tahun 2008 apabila tsunami politik negara berlaku tanpa kita duga. Kita terpukul dari Luar dan Dalam UMNO. Luar pastinya dari pembangkang manakala Dalam adalah dari kita sesama sendiri sama ada sabotaj, khianat dan sebagainya.

Kita terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya membawa budaya politik baru tetapi ianya lebih kepada prinsip menghalalkan cara. Manakala kita pula sebagai pengundi dan sesetengan orang UMNO mudah terpengaruh dengan dakyah mereka. Kita semua lebih gemar dan suka kepada janji-janji kosong pembangkang, suka kepada fitnah (pembangkang) , suka kepada benda yang tidak pasti, suka kepada perpecahan hinggakan Barisan Nasional gagal memperolehi kerusi Parlimen 2/3 dan UMNO hanya memperolehi 66% daripada kerusi yang dipertandingkan. Ramai pemimpin yang hebat, berwibawa tumbang pada tsunami 2008 Prestasi buruk ini, kitalah penyebabnya dan kita “penciptanya”.


Iktibar dan Perubahan

Walaupun begitu, UMNO wajar dan perlu mengembelingkan seluruh tenaga dan kekuatannya serta mekanisma bagi menghadapi :-

Ø  Perubahan masa dan lanskap politik Malaysia.

Ø  Merealisasikan kepelbagaian kehendak rakyat jelata

Ø  Menangkis tohmahan terhadap parti dan pemimpin.(UMNO dan BN)

Ø  Menggunakan sumber dan kemudahan media baru.

Ø  Menangani/mendekati anak muda dan pengundi baru.

Ø  Meletakkan kepentingan/keutamaan parti dalam perjuangan.

Ø  Jadikan UMNO sebuah parti yang relevan tidak ketinggalan zaman.

Saya merasakan apa yang dinyatakan diatas adalah sangat penting kerana ianya adalah sebahagian daripada mekanisma asas bagi menjadikan UMNO “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Kita wajib melakukannya, usah kita gusar atau takut untuk melakukan perubahan mekanisma demi survival politik UMNO. Bak kata Julius Caesar, “Orang penakut itu mati berulang kali sebelum kematian yang sesungguhnya”.


Kenapa saya berani berkata tentang mekanisma/kaedah atau pun cara kita?



Ini kerana ASAS, DASAR dan TUJUAN UMNO adalah TETAP SAMA dan ianya termaktub dalam perlembangaan parti. Mekanisma/Kaedah ataupun cara kita sahaja yang perlu kita ‘update’ mengikut perubahan masa yang pantas.

Ini kerana UMNO tetap dengan dasar yang dipegang iaitu :-

  • Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara 

  • Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan

  • Menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam iaitu agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama 

  • Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

  • Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai Bahasa Rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. 

  • Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Para pembaca sekali, saya penuh yakin dan percaya ada diantaranya kita nanti akan memperlekehkan/menidakan/mempertikaikan dan kedengaran suara-suara sumbang yang berkata atau bercakap tentang penulisan saya ini seolah-oleh saya menunjuk pandai ataupun mencari nama tak kala PRU-13 menjelang tiba.


Lontaran, cetusan dan pandangan saya ini adalah ihklas demi UMNO dan untuk makluman semua, ketika penulisan ini sedang dibuat, saya sempat melihat kembali teks ucapan dasar YAB Presiden UMNO pada Persidangan UMNO 2008 dan diakhir ucapan beliau berbunyi :-

“ Demi membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui 3 fasa pemulihan iaitu:

1.   Fasa Pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi.

2. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab bagi memperbaiki kekurangan-kekurangan itu.

3.  Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting,    ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui, dilakukan dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya”.

( Petikan Ucapan YAB Presiden UMNO 2008 )

Jadi jelas terbukti, saranan, amanat dan hasrat ini telah dinyatakan sendiri oleh YAB Presiden UMNO dan selari dengan apa yang saya lontarkan dalam penulisan ini.

Kepada semua, masanya telah tiba untuk kita lipatkan usaha berkali ganda serta menggunakan mekanisma/kaedah baru agar UMNO terus relevan dan mimpi buruk 2008 tidak berulang kembali. Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa atau mengambil mudah dan berfikir tugas dan tanggungjawab ini hanya perlu dipikul oleh mereka-mereka tertentu sahaja kerana Pemikir dan Ahli Falsafah cina Tse Lao pernah berkata “Barang siapa yang menganggap segala-galanya mudah, pasti akan mengalami banyak kesulitan”.

Marilah kita renungkan bersama.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan


Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

Syabas dan Tahniah MBFM


Syabas dan Tahniah kepada Majlis Belia Felda Malaysia kerana berjaya menganjurkan karnival yang begitu hebat dalam usaha memertabatkan golongan belia dipersadanya. 

Apa yang menarik perhatian saya adalah kesungguhan kerajaan dalam usaha mendampingi/menjiwai/merasai/membangunkan/meningkatkan pencapaian belia bukan sahaja kepada 2 atau 3 aspek tetapi ianya secara menyeluruh dari segi Pendidikan, Ekonomi, Budaya, Kerohanian dan lagi-lain lagi yang bersangkutan dengan pergerakan pembangunan minda dan fizikal belia itu sendiri. Seperti ucapan Perdana Menteri yang dibacakan oleh Timbalannya,''Sehubungan itu, saya mahu golongan belia Felda terus memperkukuhkan misi sosial dengan memastikan golongan ini bebas dadah, jenayah dan maksiat; berpendidikan sempurna dan bekerja sebagai tenaga mahir serta berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air".

Hari ini, belia Felda mendapat 'durian runtuh' apabila kerajaan mengumumkan bantuan berjumlah RM7.535 juta untuk golongan belia Felda bagi memperkasa golongan berkenaan. Bantuan tersebut diagihkan untuk pengurusan program Persatuan Belia Rancangan, Majlis Belia Felda Negeri dan Wilayah serta Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada) institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ia turut memperuntukkan kepada Pengupayaan dan Khidmat Masyarakat Persada IPTA dan IPT swasta (IPTS) tempatan dan luar negara serta Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).


TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Timb. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kanan) dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (kiri) kelihatan juga Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee bersama-sama bermain kompang selepas melancarkan Perhimpunan Penggiat Kompang IKTIRAF yang terbesar di Malaysia dengan seramai 10,241 peserta mengambil bahagian dari seluruh Malaysia yang diiktiraf Malaysia Book of Records di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. Karnival tiga hari bermula 30 Mac hingga 1 April dirasmikan Timbalan Perdana Menteri bertemakan "Menjunjung Transformasi Bangsa

 
 
Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"


Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 51 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"


MBN Bersama MBDBM (02hb.April 2012)



Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan hari ini mengadakan perbincangan dua hala bersama Majlis Belia Daerah Brunei Muara bertempat di Hotel Sutera Seremban2. Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus,

Perbincangan ini bertujuan menyambung semula MOU yang pernah dibuat pada tahun 1997 yang lalu. Ianya adalah langkah awal bagi meneruskan hubungan dua hala diantara MBNNS dengan MBDBM.

Perbincangan ini disertai oleh Mantan Presiden MBNNS iaitu Y.Bhg.Dato' Hj. Mohd Nor Nordin b Adbullah, En.Khaidir b.Jamal, Saudara Wan Mohd Fazamy Azwandy Mohd Razali, Setiausaha Agung MBNNS Saudara Kahar Kamaruddin dan saya sendiri selaku Presiden MBNNS bersama Jawatankuasa Teringgi MBN.NS. Hasil perbincangan ini akan dibawa ke mesyuarat exco yang akan datang untuk dibincangkan dengan lebih terperinci dan dihalusi bersama.

Manakala Majlis Belia Daerah Brunei Muara (MBDBM) diwakili oleh Tn.Hj .Awang Mohd Yusof b Hj. Awang Murni ( Naib Yang DiPertua MBDBM), Hj.Jawawi Hj.Ahmad (Timb.YDP MBDBM), Hj.Osman Pehin b. Dato'Hj.Mohd Tamin (Bendahari Agung MBDBM)

Semoga perbincangan ini dapat mengeratkan hubungan yang telah terjalin demi kemajuan belia Brunei dan N.Sembilan.


Sekitar perbincangan diantara MBN.NS dengan MBDBM.








Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"


Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 51 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"


INGATAN SUA UMNO KEPADA SEMUA


SEREMBAN


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menggesa anggota Umno supaya segera menjauhi sindrom kecewa akibat tidak mendapat sesuatu yang dihajati sehingga sanggup mengkritik parti

Beliau berkata sindrom kecewa itu dibimbangi akan memudaratkan parti sehingga menyebabkan kelahiran golongan ‘anai-anai’ atau ‘gunting dalam lipatan’ di kalangan anggota parti sedangkan mereka seharusnya meneruskan perjuangan UMNO dan bukannya terus dikuasai rasa kecewa.

“Ada yang maki UMNO. Kata UMNO ini busuk kerana mereka kecewa tidak dapat jawatan (dalam parti) atau barangkali kecewa tidak dapat rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia.

“Ada juga yang kecewa tidak dapat projek, kecewa tidak dapat jumpa Perdana Menteri. Inilah masalah bangsa kita kerana ada sindrom kecewa ini,”. Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya turut menasihatkan anggota UMNO supaya tidak terlalu mementingkan jawatan dalam parti, sebaliknya  memfokuskan kepada persediaan menghadapai pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Berhentilah daripada soal siapa nak jadi ketua bahagian, siapa nak jadi timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda, ketua Wanita. Berhentilah daripada bertelagah sesama sendiri kerana jawatan,” kata beliau.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap anggota parti di akar umbi akan menerapkan ‘mood’ pilihan raya dalam setiap persidangan tahunan cawangan yang akan bermula pada 1 April hingga 15 Jun ini.

“Diharap cawangan-cawangan akan bersidang mengikut kehendak Perlembagaan parti dan sebagaimana yang digariskan dalam Akta Pertubuhan di samping menggunakan persidangan tersebut untuk menyemak ahli-ahli yang menjadi pengundi di kawasan masing-masing.” Ujarnya, tiada parti yang boleh melaksanakan tanggungjawab sebagaimana UMNO.

PS memang mengalu-alukan agarkan penyatuan dalam gerak kerja dan menerapkan mood bagi menghadapi pilihan raya ke 13 ini amat penting dan harus bermula sekarang. SIAPA YANG MENJADI CALON itu bukan persoalannya. Ianya adalah hak mutlak Presiden parti yang berkehendak sipolan atau sipolan itu menjadi calon kepada UMNO mahupun BN. Tugas yang paling utama adalah memenangkan calon kita.
"Biar berputih tulang, jangan berputih mata".

Jadikanlah pengajaran daripada episod yang lalu....yang rugi adalah UMNO dan BN. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang matang sudah pasti dapat berfikir secara rasionalnya jika kuasa tiada ditangan kita.

Bersatu untuk mencapai KEMENANGAN dan KEMENANGAN tidak datang tanpa usaha yang gigih.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 51 Hari Lagi !!!

"KUASA BELIA"