RM1.4b untuk warga emas, OKU dan ibu tunggal
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.4 bilion bagi membantu golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal di seluruh negara, pada tahun ini kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri, berkata daripada jumlah itu, RM478 juta diperuntukkan bagi membantu 135,000 warga emas melalui bantuan bulanan RM300.
Di Majlis Mesra Rakyat dan Pelancaran Kempen Kesedaran Sayangi Warga Emas di Padang Awam Desa Rhu, Sikamat, beliau berkata bantuan berkenaan adalah sebahagian daripada dasar kerajaan untuk menentukan bahawa jaringan keselamatan sosial di negara ini dapat perkukuhkan.
Kita tidak boleh mengamalkan dasar negara kebajikan yang diamalkan oleh negara-negara Barat, yang hari ini ekonomi mereka sudah merudum, kerana tanggungan itu tidak dapat ditampung.
Oleh itu, kita tidak boleh pilih jalan ini dan kita perlu memperkuatkan jaringan keselamatan sosial kita melalui program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, melalui bantuan-bantuan seperti mana yang telah kita lalukan termasuk Khidmat Bantu di Rumah, Unit Khidmat Penyayang Warga Emas dan lain-lain bantuan.
Beliau berkata, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk golongan warga emas, bantuan paling besar yang harus disumbangkan adalah daripada individu yang merupakan anak-anak kepada warga emas.
Kepada seluruh masyarakat dan pengundi di Dun Sikamat, seharusnya kita melihat keperihatinan serta kesungguhan kerajaan Barisan Nasioanl dalam usaha menjaga serta menitik berat golongan warga emas, OKU dan ibu tunggal di seluruh negara. Jelas terbukti, bahawasanya perjuangan Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia adalah menyeluruh dan tiada golongan atau kelompok yang akan tertinggal atau tidak merasai bantuan kerajaan.
Kesinambungan ini pasti akan berterusan jika Barisan Nasional dapat mempertahankan kuasa yang ada sekarang ini. Oleh itu, tugas kita hanyalah satu, iaitu memastikan kemenangan, kejayaan dan menawan kembali setiap kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya yang lepas dapat kuasai semula oleh Barisan Nasional.
BN The Only Party
Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
No comments:
Post a Comment