Sunday 25 March 2012

Budaya Politik Ala Samseng

Ahmad Shabery Cheek dihalang hadir program Permatang Pauh


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery yang juga bapa angkat kepada UMNO bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal.

Ahmad Shabery berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster.

*************************************

PS merasa inilah adalah salah satu daripada "budaya politik" berfikiran sempit yang ke arah keganasan serta kekacauan agar menimbulkan ketegangan antara kita.

Budaya poltik keganasan amat merugikan dan tiada memberi apa apa faedah kepada masyarakat dan negara. Ini perlu diingatkan bersama, bahawasanya politik juga adalah sebahagian dari asas pendidikan yang melibatkan budaya, proses penyampaian/hujahan dan penawaran sebelum dinilai oleh rakyat.

Budaya politk Malaysia amat berbeza kerana kita terikat dengan peraturan agama, adat resam budaya dan tatasusila ketimuran. Budaya politik ala samseng ini adalah sebahagian daripada agenda pembangkang untuk "menghalalkan" cara bagi mencapai hasrat dan tujuan politiknya.

Adalah tidak wajar jika budaya politik ala samseng ini digunapakai dalam kancah politik tanah air kerana ianya memberi contoh serta tauladan yang tidak baik kepada golongan belia/anak muda akan datang dalam mewarnai senario politik di negara ini. Sebab itulah PS menekankan bahawa politik juga adalah sebahagian dari sistem pendidikan.Seharusnya, kita berpolitiklah dengan bijak dan tidak lari dari asas-asas ketimuran, keharmonian dan kesejahteraan.

Rakyat juga sudah cerdik dalam suasana politik sekarang. Mereka menilai dan melihat parti mana yang boleh memberikan keyakinan, harapan serta penawaran yang baik kepada rakyat?. Parti mana yang boleh merasai, menjiwai denyut nadi rakyat? Parti mana yang akan memacu dan membawa kemajuan kepada rakyat dan negara?. Rakyat juga melihat dan menilai parti mana yang sukakan keganasan/kekacauan? Rakyat juga tahu parti mana yang sanggup menghalalkan cara untuk mendapatkan kemenangan dengan mengenepikan kepentingan bangsa dan agama? Rakyat juga tahu parti mana yang sukakan perpecahan ataupun perpaduan. Semuanya rakyat tahu dan semuanya akan dinilai dan keputusannya ditangan rakyat. 

Memang tidak syak lagi, bahawa pembangkang agak gusar tentang perkembangan politik terkini dengan sokongan serta dokongan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional yang ternyata mempunyai kelebihan kerana Barisan Nasional bukan sekadar menabur janji sahaja tetapi telah terbukti mampu melaksanakan segala janji, tugas dan tanggungjawab serta memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Tiada lagi pilihan yang terbaik kecuali Barisan Nasional.

Salam Perjuangan 

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"


Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.


No comments:

Post a Comment