Thursday 22 March 2012

KEFAHAMAN 1MALAYSIA (Siri 2 - Akhir)

ASAS DAN ASPEK KEUTAMAAN 1MALAYSIA.

Untuk Siri-2 ini sambungan daripada Kefahaman 1Malaysia (Siri-1), PS akan mencoretkan tentang huraian berkaitan Asas dan Aspek Utama 1Malaysia.

Sesungguhnya, walau apa warna kulit kita, walau apa anutan kepercayaan kita, walau apa pun taraf sosioekonomi dan dimana sekalipun berada, kita tetap berdadu dibawah payung 1Malaysia.
 

ASAS-ASAS 1MALAYSIA
  • Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.

  • 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. 
 
  • Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

  • Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Apa yang dinyatakan diatas adalah perkara-perkara asas dalam menghayati cara dan amalan yang perlu ada dalam kehidupan kita bagi merealitikan konsep 1Malaysia kepada semua rakyat dan masyarakat. Manakala
aspak-aspek utamanya pula adalah seperti :-
 

ASPEK-ASPEK UTAMA 1MALAYSIA

Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam tiga aspek utama seperti berikut:
  • Aspek Pertama - Penerapan Teras-Teras Perpaduan
  • Aspek Kedua - Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
  • Aspek Ketiga - Penerapan Nilai-Nilai Murni

Aspek Pertama : Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat
Malaysia.


1. Penerimaan

1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.


2. Prinsip-prinsip Kenegaraa :
  • Perlembagaan Persekutuan
  •  Rukun Negara

3. Keadilan Sosial

Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.


Aspek Kedua : Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.

Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai berikut perlu diberi penekanan :
  • Budaya Berprestasi Tinggi : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh”tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
 
  • Budaya Ketepatan : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
 
  • Budaya Ilmu : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
 
  • Integriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
 
  • Ketabahan : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
 
  • Kesetiaan : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.
 
  • Kebijaksanaan : Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
 
  • Budaya Inovasi : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Aspek Ketiga : Penerapan Nilai-Nilai Murni

Untuk menambah serinya pula, ianya perlu didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:-
  • Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum. 
 
  • Rendah hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang sendiri dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara. 
 
  • Kesederhanaan : Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.
 
  • Berbudi-bahasa : Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

Oleh yang demikian, PS berharap kepada golongan Pengundi Muda (Baru), Pelajar IPT, Belia dan Anak Muda dapat menghayati dan menjiwai intipati amalan dan kehendak Konsep 1Malaysia. Bagi PS, ianya adalah satu kaedah formula perkongsian semua masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia, we stand united, indivisible with one purpose, that of building a better future.

Kesimpulan yang boleh dibuat, bahawasanya Kerajaan yang ada sekarang yang ditunjangi oleh Barisan Nasional adalah satu satunya  parti yang bertanggungjawab dimana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan. The people can trust us to do, not only that is right but what is in their best interest and what is in the best interest of this beloved nation og ours.

Akhir bicara, PS ingin meminjam kata-kata ahli falsafah cina Dinanti Sung yang bermaksud :
"Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia."

BN The Only Party

Salam Perjuangan



"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"


Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



No comments:

Post a Comment