Pada coretan PS kali ini, PS ingin mangajak serta memusatkan pemikiran para pembaca kepada Hala Tuju dan Matlamat 1Malaysia yang menjadi perkara asas kepada pentadbiran negara dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diiutamakan".
Sudah menjadi tanggungjawab kita bersama agar intipati 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dapat dirasai serta dinikmati olek kita sebagai rakyat dan yang lebih utama kepada kelompok yang dinyatakan ini iaitu :-
- Pengundi Muda ( Baru )
- Pelajar IPT
- Belia
- Anak Muda

Mungkin disebabkan oleh jurang pemikiran, cara pendekatan yang skima, ruang masa yang tidak bersesuai serta penyampaian one way communication mungkin golongan ini kurang mengambil berat atau mengambil peduli tentang intipati serta hala tuju konsep 1Malaysia ini.
Didalam ruang ini, PS akan cuba menjadi pemudah cara kepada golongan yang dinyatakan diatas agar Saudara/Saudari dapat membaca, menghayati, mendalami serta memahami konsep 1Malaysia sepertimana menjadi asas kepada kehidupan kita seharian bersama pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
KONSEP 1MALAYSIA

dan negara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya yang bersatu padu.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
Oleh yang demikian, PS berharap agar konsep ini dapat diterjemahkan dalam kehidupan kita sebagai satu kelompok pendukung kepada konsep yang dilihat mampu memberikan insiprasi negara bagi mencapai status Negara maju mejelang 2020.
Saudara/Saudari dari golongan Pengundi Baru/Pelajar IPT/Belia/Anak Muda adalah penerus kepada agenda membina negara.
Untuk kearah itu, pembentukan sikap penerimaan antara kaum perlu dimulakan agar urusan pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar.
PS berharap saudara/saudari dapat memahami perkara asas kepada perlaksanaan Konsep 1Malaysia ini dengan mempraktikkanya didalam kehidupan kita seharian sebelum PS terangkan lebih terperinci pada penulisan yang akan datang.
Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah. Seremban /Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakkan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
& Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
MKT Gerakkan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
& Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
No comments:
Post a Comment