Wednesday, 11 April 2012

Daulat Tuanku : Tahniah diatas Pertabalan Yang di Pertuan Agung



 Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah terhadap



SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH





SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMINAH

bersempena dengan

Pertabalan Seri Paduka Baginda
Yang di Pertuan Agong Malaysia
yang ke-14

pada 11hb. April 2012 Masihi 
bersamaan 19 Jamadilawal 1433 Hijrah







Ikhlas daripada patik.

Wan Salwati Haji Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.

bersama
 Ahli Jawatankuasa 
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban 


dan

 Ahli Jawatankuasa 
Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan. 

PENGERUSI TETAP : ENCIK SHAIFUL IZHAM BIN AHMAD
 TIMBALAN PENGERUSI TETAP : ENCIK AZHAM BIN ABARA AHMAD
  
PRESIDEN : PUAN WAN SALWATI BINTI HAJI ABDULLAH
 TIMBALAN PRESIDEN : ENCIK AZIZAN BIN SAAD

NAIB –NAIB PRESIDEN : PUAN NORAZLIANA BINTI  NADRI, ENCIK MOHD.SHAHFUDIN BIN HUSIN, ENCIK CHUA CHIA PIN, ENCIK AJINTA KUMAR A/L GOPALOO, ENCIK AZIZULHAKIM BIN AZIZAN,ENCIK MOHD.YUSOF BIN SHAHARI

SETIAUSAHA AGUNG :ENCIK MOHD.KAMA KAHARMUZAKIR BIN KAMARUDIN
 PEN.SETIAUSAHA AGUNG : CIK MUHAIZZAHERA WATI BINTI HASHIM
 BENDAHARI : ENCIK HASRUL FAIZ BIN RAMLI
  
JAWATANKUASA : ENCIK FAIZALBIN OTTHMAN, ENCIK MOHD.KAMARUL ARIFFIN BIN MOHD.WAFA, CIK RUHIDAWATY BINTI ABDUL RAZAK, ENCIK HASSAN BIN DATUK AYUB
PUAN THANALETCHMY @ JENNY A/P JOSEPH, ENCIK MUHAMMAD SHUKRI BIN ZAINUDIN, PUAN NOR AZIZAH BTE SHAMSUDDIN, ENCIK LEONG CHI YIT, PUAN VANITA A/P BATUMALAI, ENCIK ZAIFOR ANUAR BIN SUMAN

PEMERIKSA KIRA –KIRA : ENCIK IZWAN SHAH BIN IBRAHIM, ENCIK MOHD.BORHAN BIN KINOT


Coretan.

Untuk makluman semua, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencatatkan sejarah pada hari ini apabila ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua.

Belum pernah dalam sejarah negara, Sultan atau Raja yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan dikalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agung kelima pada tahun 1970 semasa berusia 42 tahun dan kini ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di Pertuan Agung ke-14 pada usia 84 tahun.

Malah yang menarik tentang pertabalan kali ini, Perdana Menterinya adalah Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak dan ketika pertabalan sebagai Yang di Pertuan Agung kelima, Perdana Menteri ketika itu adalah Tun Abdul Razak Husein bapa kepada Perdana Menteri sekarang.  

Selain itu, pertabalan Seri Paduka Baginda turut melakarkan sejarah tersendiri apabila upacara pertabalan ini adalah buat pertama kalinya di Istana Negara Jalan Duta, Kuala Lumpur.


















Tuesday, 10 April 2012

Pindaan Akta : Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEREMBAN


 
Pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Antara pindaan pada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong termasuk memperluaskan sempadan bagi orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian, kecuali bagi mereka yang mahu mengundi daripada 50 meter pada masa kini kepada 100 meter.


TEMPAT MENGUNDI - PUSAT MENGUNDI
 
Di bawah pindaan dalam subfasal 8(c), perkataan "tempat mengundi" yang kini digunakan, akan digantikan dengan "pusat mengundi".

 
 
DIBUANG - DITANDA
 
Fasal 3 bertujuan untuk meminda Seksyen 4 dengan menggantikan perkataan "dibuang" dengan perkataan "ditandakan" bagi mengelakkan perkataan "dibuang" digunakan dalam teks bahasa kebangsaan, kerana perkataan "dibuang" boleh membawa kepada takrifan negatif kepada sesuatu pilihan raya.

Fasal 5 pula bertujuan untuk meminda pada Seksyen 14 adalah bagi menghapuskan kehendak mandatori bagi seseorang ejen pilihan raya seseorang calon untuk melantik mana-mana ejen tempat mengundi atau ejen mengira.
 
Diharap kepada bakal mengundi jangan sia-siakan peluang ini demi masa depan negara kita tercinta. 
 
 
Salam Perjuangan
 
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Di Kalahkan"
 
 
 
 
Wan Salwati Hj. Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban 
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.
 
 
UNTUK BELIA 43 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"

AKTA KESALAHAN KESELAMATAN ganti ISA

SEREMBAN




DARI PARLIMEN


Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibentangkan di Parlimen sebentar tadi.
 
Ia dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau juga mencadangkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu dibuat pada persidangan ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata rang undang-undang itu akan dibaca untuk kali kedua dan dibahas Isnin ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 September lepas mengumumkan ISA akan dimansuh, dan satu akta baru akan diwujudkan bagi menggantikan akta itu.


Salam Perjuangan



Wan Salwati Hj.Abdullah

Exco Pergerakan Peteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan






UNTUK BELIA 43 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"

HIMPUNAN JUTAAN BELIA BAKAL JADI 10 KARNIVAL BESAR DI DUNIA








Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertekad menjadikan Himpunan Jutaan Belia yang diadakan setiap hujung Mei sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Beliau yakin karnival itu yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara mampu mencapai status berprestij itu berdasarkan ia telahpun mencipta nama sebagai karnival belia terbesar di Asia.
 


Untuk makluman semua, Himpunan Sejuta Belia yang menyajikan lebih 500 acara menarik mampu memikat pelancong asing seperti beberapa karnival utama dunia antaranya karnival Mardi Gras yang dirayakan di Rio de Janeiro (Brazil), Venesia (Itali) dan Louisiana (Amerika Syarikat).


Setakat ini di Asia, karnival ini adalah yang terbesar. Cuma kita nak tengok dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti orang (pelancong asing) akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan,aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia



Justeru beliau meminta Kementerian Pelancongan dan wakil persatuan hotel memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa  bagi menarik pelancong asing sempena karnival itu yang diadakan dari 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya yang mensasarkan dua juta pengunjung.


Pelbagai aktiviti menarik dijadual diadakan pada karnival Mei ini termasuk pelancaran Himpunan Jutaan Belia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, konsert artis antarabangsa, promosi jelajah seluruh negara, pameran kerjaya, temuduga terbuka, motivasi kerjaya, pelancaran segmen modal insan, program bercorak keagamaan, pameran dan jualan dan perbarisan terbesar pasukan beruniform.


Hari Belia Negara disambut bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan belia di negara ini yang turut memain peranan menyumbang pelbagai jasa kepada kerajaan dan negara.

Ayuh kita beramai-ramai, kita gegarkan Putrajaya dengan "Kuasa Belia" 


Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Di Kalahkan"


Wan Salwati Hj. Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban
Majlis Kerja Tertinghi Gerakan 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan 









 
 UNTUK BELIA 43 HARI LAGI!!!



 "KUASA BELIA"




Akta Dipinda : Pelajar Boleh Berpolitik





Pelajar institusi pengajian tinggi akan dibenarkan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaan pada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak.


Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentang buat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi hari ini.


Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarang pelajar universiti menjadi anggota parti politik.Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian di dalam kampus. 


Antaranya ialah subseksyen 15(2) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, subseksyen 47(2) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan subseksyen 10(2) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) yang mencadangkan pelajar universiti tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kampus bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan universiti jika pelajar itu memegang jawatan dalam parti politik.


Pelajar universiti juga tidak dibenar menjalankan aktiviti politik di dalam kampus, tidak dibenar menjadi ahli kepada mana-mana persatuan dan pertubuhan di dalam dan luar kampus yang menyalahi undang-undang.


Pindaan pada ketiga-tiga rang undang-undang itu juga mencadangkan seseorang pelajar universiti tidak boleh dihalang daripada membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya.


Selain itu, pindaan pada seksyen 21 Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuh untuk menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut.


Jawatankuasa itu akan dianggotai Naib Canselor sebagai pengerusi, dua orang ahli yang dipilih Majlis Perwakilan Pelajar-pelajar, dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti dan dua orang pegawai lain universiti yang dilantik oleh Lembaga

Salam Perjuangan

"Suara Belia Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"



Wan Salwati Hj.Abdullah

Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban
Majlis Kerja Tertinggi Gerak 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan





 UNTUK BELIA 43 HARI LAGI!!!

 "KUASA BELIA"

Monday, 9 April 2012

OHH.....BERSIH 3 SUKU



APA YANG HENDAK DIBERSIHKAN?


Adakah kita sedar atau tidak, siapa dan apa gagasan yang membentuk Gerakan Bersih 1 , Bersih 2 dan Bersih 3 ini ?
Masih ingatkah kita siapa dalangnya? Masih ingatkah kita apa yang berlaku di Ibukota semasa demontrasi ini diadakan? Kita tidak lupa dan tidak terus melupakannya.


1. Mereka adalah daripada gagasan...

  • Hindraf 
  • Suqiu 
  • Dong Ziao Dong 
  • Pelbagai NGO Anti Herajaan dan Bersifat Perkauman 
  • Personaliti dan Bekas Personaliti Majlis Peguam 
  • Kesatuan Kesatuan Pendesak Kerajaan 
  • Parti politik yang dangkal dalam melihat percaturan politik NGO

2. Mereka Ultra Chauvinist ...Politik Kebencian ....Politik Liberal

3. Mereka bukan daripada kalangan 1Malaysia.

4. Mereka yang menghalalkan cara agar hasrat tercapai.

5. Mereka yang sukakan kekecohan dan keganasan.

INGATLAH SEMUA JANGAN KITA DIPERGUNAKAN DAN DIPERDAYA OLEH MEREKA INI SEMATA-MATA DEMI UNTUK MENCAPAI HASRAT POLITIK PEMBANGKANG....


 Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan
Ahli Lembaga IKRAR Malaysia.


UNTUKMU BELIA 44 HARI LAGI !!!
"KUASA BELIA"


ISU PTPTN : Jika Dimansuhkan Jejaskan Melayu





Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas. 
 

Ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.


Hakikatnya, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan.


Pada pengamatan saya sebagai insan kerdil melihat, pemansuhan PTPTN ini akan lebih memberi kesan buruk terutama bangsa Melayu sendiri.


Dalam konsep "menghalalkan cara" yang digunapakai oleh pihak pembangkang akan menggunakan apa sahaja tipu muslihat, janji-janji yang tidak relevan asalkan niat dan hasrat untuk memenangi hati pengundi dalam pilihanraya ke-13 ini menyebelahi mereka seterusnya menawan Putrajaya.


Perlu diingatkan bersama, agenda pembangunan bukan sahaja melibatkan dari segi pendidikan percuma tetapi ianya lebih daripada itu dan melibatkan semua aspek pembangunan sama ada pembangunan fizikal (kemajuan), mental, minda dan rohani.


Cubalah kita bayangkan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan jika pemansuhan ini dilakukan adalah sebanyak RM43 bilion, satu angka yang cukup besar.


Oleh itu, janganlah kita mudah terpedaya, melatah atau teruja dengan janji manis yang dibuat oleh pembangkang yang belum pasti tertunai.


Salam Perjuangan

Wan Salwati Hj.Abdullah

Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan malaysia.
Ecxo Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban.
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan 4B Malaysia.
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.





UNTUKMU BELIA 44 HARI LAGI !!!
"KUASA BELIA"