Tuesday 10 April 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA BAKAL JADI 10 KARNIVAL BESAR DI DUNIA








Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertekad menjadikan Himpunan Jutaan Belia yang diadakan setiap hujung Mei sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Beliau yakin karnival itu yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara mampu mencapai status berprestij itu berdasarkan ia telahpun mencipta nama sebagai karnival belia terbesar di Asia.
 


Untuk makluman semua, Himpunan Sejuta Belia yang menyajikan lebih 500 acara menarik mampu memikat pelancong asing seperti beberapa karnival utama dunia antaranya karnival Mardi Gras yang dirayakan di Rio de Janeiro (Brazil), Venesia (Itali) dan Louisiana (Amerika Syarikat).


Setakat ini di Asia, karnival ini adalah yang terbesar. Cuma kita nak tengok dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti orang (pelancong asing) akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan,aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia



Justeru beliau meminta Kementerian Pelancongan dan wakil persatuan hotel memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa  bagi menarik pelancong asing sempena karnival itu yang diadakan dari 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya yang mensasarkan dua juta pengunjung.


Pelbagai aktiviti menarik dijadual diadakan pada karnival Mei ini termasuk pelancaran Himpunan Jutaan Belia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, konsert artis antarabangsa, promosi jelajah seluruh negara, pameran kerjaya, temuduga terbuka, motivasi kerjaya, pelancaran segmen modal insan, program bercorak keagamaan, pameran dan jualan dan perbarisan terbesar pasukan beruniform.


Hari Belia Negara disambut bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan belia di negara ini yang turut memain peranan menyumbang pelbagai jasa kepada kerajaan dan negara.

Ayuh kita beramai-ramai, kita gegarkan Putrajaya dengan "Kuasa Belia" 


Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Di Kalahkan"


Wan Salwati Hj. Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban
Majlis Kerja Tertinghi Gerakan 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan 









 
 UNTUK BELIA 43 HARI LAGI!!!



 "KUASA BELIA"




No comments:

Post a Comment