Thursday 19 April 2012

TIBAI : Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim




Kelab TIBAI, atau dikenali sebagai Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang akan dilancarkan pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman ini diwakili 28 orang Ahli Majlis Syura yang terdiri dari bekas-bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sanggup berjuang berhabis-habisan menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya dari arus politik perdana.

Matlamat utama penubuhan TIBAI adalah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya pada pilihanraya umum yang akan datang.

TIBAI akan turun ke kawasan-kawasan yang dimenangi dan ditandingi oleh PKR khususnya tumpuan akan diberikan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Jika kita dulu bersatu untuk berjuang mempertahankan Anwar tetapi hari ini, kami akan bersatu dalam satu ketumbukan yang padu dalam melaksanakan program dan agenda besar ini. Tanpa berselindung, TIBAI akan memberikan sokongan yang padu dan jitu kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU-13 ini.
 
Ahli Majlis Syura TIBAI dianggotai oleh bekas-bekas seperjuangan bersama Anwar Ibrahim seperti SD Johari Md Yassin, Ng Lum Yong, Wan Indra Putra, Ruslan Kassim,  Nazmi Rusly, Ummi Hafilda Ali, Hamidzun Khairuddin, Anuar Shaari dan Rahimi Osman, manakala Datuk Zulkifli Nordin dan Senator Ezam Mohd Noor merupakan penasihat TIBAI.

Jika kenalan dan rakan seperjuangan yang bersama-sama Keadilan suatu ketika dahulu telah bersama dengan UMNO/Barisan Nasional, para penyokong dan ahlinya bila lagi?

Mereka ini bukan sahaja kenalan rapat malah ada diantara mereka pernah ditangkap dibawah akta ISA, dipenjara dan sebagainya. Pengorbanannya juga amat besar tetapi cahaya kebenaran menjelma jua dan akhirnya mereka bersama UMNO untuk menyatakan kebenaran yang sebenar dalam politik pembangkang yang lebih kepada bersifat polimik dan retorik menghalalkan cara agar cita-cita untuk menakluki Putrajaya tercapai.


Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "



Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.



UNTUK BELIA 34 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"


No comments:

Post a Comment