Thursday 19 April 2012

"Cah Keting"....Budaya yang perlu dibuang




Berpandu kepada sejarah pilihanraya 2008, terdapat 60 kawasan yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN)/ UMNO tewas atau menang tipis kepada lawan masing-masing sama ada dari PKR, PAS ataupun DAP. Ini adalah satu fakta yang diakui sendiri oleh Ahli Lembaga Disiplin UMNO dan perkara asas serta tunjuang kepada kekalaha tipis ini adalah sabotaj atau 'cah keting' kepada calon yang dipilih. 60 kawasan ini termasuk di negeri yang jatuh ke tangan pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak suatu ketika dulu.

UBAH.....UBAH...dan UBAHLAH. Sudah tiba masanya kita berubah cara berfikir dan bertindak. Letakkan keutamaan parti dalam perhitungan pilihanraya ini. Kami dari generasi muda tidak mahu 'cah keting' berlaku di kawasan terbabit kerana setiap undi adalah kritikal bagi memastikan kemenangan UMNO/BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perbuatan 'cah keting' oleh pemimpin atau ahli yang kecewa sekiranya tidak disenarai pendek sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang pasti akan berlaku dan ianya tidak boleh dinafikan kerana sejarah telah membuktikan pada pilihanraya2008.

Sebagai pemimpin ataupun ahli UMNO, sepatutnya kita bersatu-padu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dianggap sangat kritikal dalam menentukan hidup atau mati parti. Kalau tidak dapat jadi calon, jangan pula berkecil hati. Kita ada tanggungjawab besar iaitu memastikan UMNO terus hidup demi menjamin masa depan orang Melayu dan generasi akan datang.

Adakah kita ingin dipersalahkan oleh anak cucu kita jika kita gagal dan alpa dengan hanya mengejar untuk menjadi calon pilihanraya? Agenda dan perjuangan UMNO amat besar serta masih jauh lebih-lebih lagi dizaman globalisasi maklumat tanpa sempadan. Biarlah kita berdepan dengan musuh diluar bukannya musuh dikalangan kita sendiri yang rosak binasa pastinya UMNO.

Kesedaran ini amat perlu disemat serta dipupuk disetiap sanubari kita sebagai orang UMNO. Usah kita taksub pada pihak tertentu, apabila gagal terpilih kita yang merana. Adalah lebih baik meletakkan kepentingan parti dalam menghadapi piliharaya ini.

Paling utama jangan lupa Qada' dan Qadar ALLAH.

Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan  

No comments:

Post a Comment