Thursday 12 April 2012

PTPTN : 11 RESOLUSI MEJA BULAT DIBUAT

 
SEREMBAN

 

Resolusi Meja Bulat
PTPTN
10-11 APRIL 2012

 
SETELAH BERBINCANG BERHUJAH DAN MENELITI FAKTA-FAKTA YANG ADA SERTA SINDIKET YANG DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PTPTN MAKA AHLI-AHLI MEJA BULAT DENGAN INI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN BAHAWA PTPTN HENDAKLAH DIPERTAHANKAN KEWUJUDANNYA SERTA MENAMBAHBAIK BAGI MENJAMIN KELANGSUNGAN AGENDA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA.
DARI ITU KAMI BERPENDAPAT


DARI ASPEK PINJAMAN
  1. Meja bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dimansuhkan.
  2. Bagi menampung keperluan kos pengurusan PTPTN meja bulat mencadangkan agar kerajaan menyediakan dana dibawah perbelanjaan mengurus tahunan atau mendapatkan tajaan daripada GLC dan syraikat-syarikat utama dalam negara
  3. Skim insentif pinjaman kepada biasiwa yang diberikan kepada pelajar cemerlang hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisme yang lebih rasional bagi emmastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan hakisan dana PTPTN yang berkonsepkan pinjaman.
  4. Kemudahan pinjaman PTPTN juga hendaklah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran mereka diluar negara khasnya Timur Tengah
  5. Pinjaman bagi peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke semenanjung dan sebaliknya hendaklah meliputi harga tiket penerbangan dua kali setahun

DARI ASPEK PEMBAYARAN
  1. Rombakan terhadap sistem bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :
  2. Bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam elah berkhdmat melebihi 6 bulan atau trelah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam
  3. Kaedah bayaran balik hendaklah dikaji semula dengan mengambil kira mekanisme pembayaran seperti KWSP dan LHDN disamping kemudahan pembayaran melalui sistem E-payment sedia ada
  4. Insentif pelepasan cukai diperkenalkan kepada majikan-majikan yang bersedia menjelaskan bayaran PTPTN pekerja mereka
  5. Kaedah menyenaraihitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lain-lain pinjaman hendaklah dimansuhkan

DARI ASEPK TABUNG SSPN
  1. Kerajaan hendaklah menyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah terus kepada PTPTN bagi tujuan pembukaan akaun SSPN

DARI ASPEK KOMUNIKASI
  1. Peminjam dan PTPTN hendaklah melaksanakan upacara akad untuk emmastikan peminjam sedar bahawa pinjaman PTPTN perlu dibayar semula
  2. PTPTN hendaklah melaksanakan promosi dan menyebarluas segala maklumat yang tepat kepada peminjam dan masyarakat agar kefahaman terhadap fungsi dan kedudukan PTPTN dapat difahami

10. PTPTN hendaklah menggunakan secara maksima media baru agar segala aktiviti promosi dan penyebarluas maklumat akan lebih berkesan

11. PTPTN perlu bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi sara hidup seandainya kerajaan memutuskan untuk memberikan pendidikan percuma diperingkat pengajian tinggi

Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu Tidak Dapat Dikalahkan"


Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasiga IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan



UNTUK BELIA 41 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"


 

No comments:

Post a Comment