Thursday 12 April 2012

PTPTN : PEMBANGKANG OH PEMBANGKANG.......Ini buktinya di Selangor




Semasa zaman pemerintahan BN, kerajaan negeri mewujudkan sebuah institut kemahiran dibawah Yayasan Selangor di Sabak Bernam. Ianya dinamakan Institut Kemahiran Yayasan Selangor Sabak Bernam (IKYS).


Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada remaja-remaja yang tamat tingkatan 5 yang tidak berminat atau gagal dalam pengajian akademik untuk belajar dalam bidang vokasional. Ianya adalah salah satu hasrat murni kerajaan untuk rakyat.


Terdapat 280 orang pelajar yang mengambil pelbagai kursus vokasional yang disediakan di institut terbabit. Kos mengurus institut berkenaan adalah RM 60 ribu sebulan termasuk gaji tenaga pengajar. Setahun RM 720 ribu sahaja.


Sepanjang pemerintahan BN semuanya berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar yang tamat kursus semuanya telah mendapat kerja.


Bagaimanapun keadaan telah berubah selepas PKR memerintah Selangor. Pada bulan Julai 2010 IKYS Sabak Bernam telah diarah supaya ditutup atas alasan ianya tidak menguntungkan.


Berikut Laporan Berita Harian 18.07.2010 

Kerajaan Selangor kelmarin menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar, yang menyebabkan masa depan kira-kira 280 pelajar, kebanyakannya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negeri itu, terjejas. Penutupan IKYS yang mula beroperasi pada Januari 2000, dipercayai berpunca daripada dakwaan kerajaan pakatan pembangkang bahawa ia tidak memberikan keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri. 


Logikkah sesebuah kerajaan negeri mengambil kira untung rugi dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat? Adakah ini yang diperjuangkan oleh pembangkang sedangkan didalam ceramah ataupun media dalam dan luar negara, mereka berkata akan membela nasib rakyat? Tetapi apa sudah terjadi pada IKYS ini.


Itulah realitinya di Selangor dimana negeri yang Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonominya sebuah pusat kemahiran untuk anak-anak bangsa belajar terpaksa ditutup kerana tidak menguntungkan. 


Kalau untung rugi yang diambil kira, maka kerajaan pusat harus menutup semua sekolah, universiti awam , institut kemahiran, maktab perguruan dan sebagainya kerana itu semua tidak menguntungkan.

Soalan saya mudah sahaja…


Jika RM 720 ribu untuk anak-anak bangsa mendapatkan ilmu tidak mampu ditanggung oleh kerajaan PKR yang Anwar menjadi penasihat ekonominya, percayakah anda mereka mampu tanggung atau akan tanggung berbilion-bilion ringgit untuk pendidikan tinggi secara percuma ?

Jadi buktikan dahulu wahai pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai untuk rakyat melihat dan menilai bukan dengan janji-janji kosong untuk menarik undi. 

Saya juga ingatkan sekali lagi kepada diri saya dan kepada semua, pembangkang hanya mahukan kuasa. Untuk mendapatkan kuasa, mereka akan lakukan apa sahaja. Cuma pesan saya yang kerdil ini, 

"Jangan Memperjudikan Masa Depan Anak Muda Negara Kerana Mahukan Kuasa Pemerintahan Sahaja".


Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu Tidak Dapat Di Kalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah 
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.   




UNTUK BELIA 41 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"

No comments:

Post a Comment