Saturday, 10 March 2012

HAYATI LAH PUISI INI SANG ANAK

Hayatilah puisi ini sang anak...

saatmu berusia 1 bulan..
ibumu bertarung nyawa melahirkanmu..
kau balas dengan tangisan yang x henti2..

saatmu berusia 2 bulan..
ibumu berpantang menahan selera makan..
kau balas dengan meminum susunya..

saatmu berusia 3 bulan..
ibumu berjaga malam menemanimu..
kau balas dengan rengekan dan demam..

saatmu berusia 4 bulan..
ibumu mengikut setiap kali kau meniarap..
kau balas dengan bajumu yg kotor..

saatmu berusia 5 bulan..
ibumu terpaksa berkejar memerhatikan prgerakanmu..
kau balas dengan tangisan kelaparan..

saatmu berusia 6 bulan..
ibumu melihat kau mula merangkak..
kau balas dengan tak tidur malam..

saatmu berusia 7 bulan..
ibumu bersengkang mata melihat kau mengutip makanan di lantai..
kau balas dengan sepahkan barang..

saatmu berusia 8 bulan..
ibumu setia merapatimu..
kau balas dengan luka di kepala..

saatmu berusia 9 bulan..
ibumu menyapu sampah di lantai siang malam..
kau balas dengan tumpahkan air di merata tempat..

saatmu berusia 10 bulan..
ibumu melipat kemas pakaianmu..
kau balas dengan menyepahkannya..

saatmu berusia 11 bulan..
ibumu mengajar dirimu berjalan..
kau balas dengan demam di malam hari..

saatmu berusia 12 bulan..
ibumu bertepuk tangan melihat kau berjalan..
kau balas dengan pacahkan cermin almari..

saatmu bergelar kanak2..
ibumu membelai dengan kasih mesra..
kau balas dengan rajukan memanjang..

saatmu bergelar remaja..
ibumu mengikut saja kehendakmu..
kau balas dengan ego dan sikap burukmu..

saatmu bergelar dewasa..
ibumu berdoa siang malam agar kau bahagia..
kau balas dengan menghantarnya ke rumah kebajikan..

saatmu di alam kematian..
ibumu memaafkan segala kesalahanmu..
kau balas dengan gelaran ANAK DERHAKA..

ALLAHU AKBAR..
wallahualam..
Nukilan : Perindu Kedamaian.

Bicara Minda Paradigma Srikandi

Prasangka Buruk Memakan Diri Kita Kelak...

Kepada pembaca PS yang budiman, hari ini PS ingin mengajak semua tentang kesan atau akibat jika kita Prasangka Buruk sesama kita kerana ianya akan memakan diri kita jua akhirnya. Secara jujur Prasangka Buruk ini berlaku didalam kita menjalankan kehidupan harian kita tanpa kita sedari.

Ini kerana HATI manusia tidak dapat dikawal untuk mereka fikir, kata dan tuduh apa saja. Itu semua di luar jangkaan kita. Ilmu dan kehendak mereka itu kemudian akan menghasilkan tindakan dan pelbagai tindak-tanduk yang diluar jangkaan.


Jika baik hati mereka, maka baiklah cakap mereka, baiklah layanan dan sangkaan mereka. Tetapi jika hati kotor, apa lagi tindakan akan diterjemahkan segala hitam yang bersarang di hati itu. Sebenarnya yang mengukur baik dan buruk seseorang bukannya manusia kerana mereka tidak mempunyai kuasa melakukannya.

Yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita ialah Allah. Dialah yang menilai kebaikan kita, memberi rezeki serta memberi kehidupan kepada kita.Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring.


Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir. Contohnya, jika hati yang berbaur dosa dan dengki akan mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan itu memakai susuk.

Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong.

Memang manusia punya hak untuk bersangka. Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmoni, disenangi dan mudah mendapat kawan.

Jika sangkaan itu buruk, jiwa pastinya akan sengsara. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata semua tidak kena.

Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan. Tabiat bersangka buruk terkena pada semua golongan tidak kira orang tua dengan cara dan kepakarannya manakala orang muda dengan kehangatannya.

Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita.

Lihatlah kisah dan sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya yang menaiki seekor keldai. Dalam perjalanan orang kata: “Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu.” Selepas itu, Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah. Orang kata juga: “Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.”

Kemudian mereka bertukar posisi lain pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah.

Orang mengata juga, anak macam itu buat ayahnya macam hamba. Justeru, cara terbaik ialah merawat kembali penyakit buruk sangka.

Berubahlah dengan memperbaiki diri sendiri. Membaiki diri bersungguh-sungguh dengan membersihkan hati daripada sifat keji (mazmumah) kepada sifat terpuji (mahmudah).

Perhatikan juga siapa kawan di sekeliling kita. Adakah kawan kita itu mendorong ke arah kebaikan atau keburukan?

Jika kita dapat menewaskan nafsu jahat dalam diri sendiri, nescaya kemenangan hidup pasti berpihak kepada diri kita.

Proses berubah jadi baik mungkin tidak semudah disangka, namun sekiranya hati dan akal sudah bertekad dan ada kesungguhan, Allah pasti permudahkan jalannya.

Ruang untuk perbaiki diri sentiasa ada dan terbuka. Justeru, tepuk dada tanya diri. Mahu berubah atau tidak?
Prasangka Buruk adalah Racun Kehidupan




Thursday, 8 March 2012

UNTUK WANITA..






SELAMAT HARI WANITA 2012



Pada tarikh 08hb.Mac 2012 kepada semua Wanita di Malaysia, sebagai menghargai segala pengorbanan dan peranan yang telah dilakukan dalam usaha meningkatkan serta memertabatkan penglibatan Wanita dalam semua aspek kehidupan sama ada sebagai seorang Pemimpin mahupun sebagai seorang Ibu tetapi ianya cukup memberi impak yang besar kepada pertumbuhan kemajuan Negara dan Ketamadunannya. Ianya perlu dilihat dengan skop yang meluas dari semua sudut.

Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Hargailah jasa dan pengorbanan Ibu / Wanita dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan Isteri yakni Wanita dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.

Oleh itu, kepada golongan Wanita harus terus meningkatkan serta memperkasakan diri bagi menghadapi hari-hari yang mendatang agar Wanita Malaysia tidak tertinggal ditelan oleh arus zaman yang mencabar ini.

Paradigma Srikandi mengucapkan Selamat Hari Wanita 2012

Monday, 5 March 2012

Suara Belia Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan

KEHEBATAN YANG ADA KERANA ANDA SEMUA AKARNYA...


Di lihat setelah selesai perkampungan Bengkel Pengurusan Persatuan 2012 anjuran MBNNS bersama IPPBM, ianya memperlihatkan satu anjakan yang begitu baik dari segi pemikiran yang di tunjukkan oleh peserta yang hadir.
PS semasa Retreat pertama bersama seluruh Pegawai Kanan KBS...


Dari bermulanya 3 slot ceramah dan di isi dengan 3 slot tugasan berkumpulan ianya telah menunjukkan bahawa peserta bukannya belia yang boleh kita pandang rendah. Biar pun di kalangan mereka ada yg berpendidikan tinggi dan pelbagai latar belakang yg berbeza hingga yang mengganggur sekali pun namun telah membuktikan semuanya bila disatukan mampu menjadi Agen Penggerak terbaik bagi membawa nama Belia NS ke tahap yg lebih baik. kehadiran yg membawa pelbagai nama dari Pertubuhan Belia walau bagaimanapun mereka tetap ingat di NS kita di bawah satu bumbung Majlis Belia NS. MBNNS juga sentiasa tangan terbuka menerima apa jua penglibatan dan pandangan dari Persatuan Belia Tunggal dengan membawa matlamat yang sama. Kalian memang hebat PS amat bangga melihat semuanya mampu memberi yang terbaik dengan menunujukkan perpaduan di kalangan semua kaum dengan penglibatan disetiap aktiviti.  


PS amat berterima kasih kepada seluruh peserta yang memberi komitmen bermula dari 2hb Mac - 4hb Mac 2012. Anda semua telah membuktikan bahawa APABILA SUARA BELIA BERSATU, TIDAK DAPAT DIKALAHKAN... Jika hebat apa juga program tanpa kehadiran apatah lagi penglibatan dari anda semua ianya tidak akan berjaya. Bagaimana hebat pun seseorang individu itu memimpin tetapi sebenarnya kehebatan yang hadir adalah dari sokongan, komitmen, idea yang diberi oleh akar umbi yang merupakan kekuatan sebenar organisasi tersebut. PS tidak mampu untuk melaksanakan segala tugas sendirian tanpa kerjasama dari semua. Ingatan semua agar PS sentiasa Mesra Belia akan PS ingat...andai saya terlupa ingatkan saya. 
Sejarah Manis sewaktu di umumkan sebagai Tokoh Belia Wanita  NS  2008..


Semoga kita ketemu lagi di program-program akan datang. MBNNS tidak akan berhenti dengan segala perancangan yang di buat demi untuk kecemerlangan Belia NS. Berilah pandangan membina untuk MBNNS terus mara ke hadapan, kritikan membina bukan menjatuhkan...


Terima kasih semua...


Salam Transformasi Paradigma Belia Alaf Baru....
5hb. Mac 2012 

Friday, 2 March 2012

MBNNS Melangkah Setapak Lagi

BENGKEL PENGURUSAN PERSATUAN BELIA 2012
 

Tidak sampai 2 minggu selepas Karnival Belia Negeri Sembilan, kini Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan sedang mengadakan satu Bengkel Pengurusan Persatuan Belia 2012 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPBBM) di Hotel Seri Malaysia Genting Higlands, Pahang bermula pada hari ini 02hb.Mac hingga 04hb.Mac 2012.(Jumaat-Ahad).

Kursus yang diadakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi Pengukuhan, Kesedaran Pengurusan Organisasi Belia di semua peringkat disamping mengenalpasti Permasalahan Dalam Pengurusan Belia masa kini.

Jumlah peserta yang menyertai program ini adalah seramai 88 orang yang terdiri daripada kepimpinan disetiap daerah serta pucuk kepimpinan Majlis Belia Negeri itu sendiri.
 
Syabas dan Tahniah kepada MBNNS dibawah kepimpinan yang baru dan juga kepada peserta yang menyertai bengkel ini diharap dapat mengambil pengetahuan dan bimbingan sepenuhnya agar "Transformasi Paradigma Belia Alaf Baru" dapat dijiwai dan diselami oleh setiap pimpinan belia.






 "ANAK MUDA BANGKIT UNTUK MENCARI KEBENARAN"
 “Berikan aku 1000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya, berikan aku 1 pemuda, niscaya akan kuguncangkan dunia” . (Bung Karno)


 

Kadar Tol Diturunkan

PM Umum

Potongan 50 Peratus Kadar Tol Lebuh Raya Cheras – Kajang


Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

PS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang benar-benar menjiwai sanubari rakyat Malaysia. Tradisi Membela Rakyat diteruskan lagi.

Politk Semasa

Puteri UMNO

Hairan Pas Lebih Suka Lihat Perpecahan Orang Melayu

Puteri UMNO tidak setuju dengan kenyataan anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu adalah baik kepada rakyat negara ini.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Puteri UMNO hairan dengan tindak-tanduk pemimpin Pas yang gemar kepada perpecahan dan permusuhan malah dalam banyak keadaan mereka lebih rela bekerjasama dengan bukan Islam sehingga mengetepikan penyatuan orang Melayu beragama Islam di negara ini.

Semalam, Dzulkefly berkata perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu harus dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah, malah mampu menjadikan rakyat Negara ini matang dalam membuat pemilihan terbaik pada pilihan raya umum.

Menurutnya perpecahan itu akan menyebabkan tiada pihak yang terlalu berkuasa dan berpeluang mengumpul kekayaan.

Rosnah berkata kenyataan itu menggambarkan Dzulkefly bangga dengan perpecahan undi Melayu di negara ini hingga menyebabkan ada negeri jatuh serta dikuasai parti bukan Melayu dan nasib Melayu terpinggir dan tidak terbela.

“Sudah tiba masanya orang Melayu bermuhasabah diri dan merenung secara mendalam setiap kenyataan yang dibuat pemimpin beragama Islam, berbangsa Melayu tetapi lebih suka melihat Melayu berpecah sedangkan Barisan Nasional bersusah payah mahu menyatukan Melayu bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya

Nota : Puteri UMNO Online.