Saturday, 24 November 2012

Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia dari 22 hingga 25 Nov

 Bowling persahabatan sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Msia 2012...

Semoga berjaya kontinjen Negeri Sembilan

 Menyentuh Bebola Kristal tanda Perasmian Pesta Sukan Kebudayaan Belia Msia 2012...

Mengalu-alukan kehadiran para kontinjen Belia di Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2012. Majulah sukan untuk negara. Dari belia untuk belia

 Bersama Presiden MBWP..Pn.Ida Harlina Ikhwan Nasir...

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara 


SEREMBAN - Negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2012 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini selama empat hari mulai Khamis ini.

Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan, Wan Salwati Abdullah berkata ia merupakan program dwitahunan dan Negeri Sembilan merupakan negeri ketiga menganjurkannya selepas Perak dan Pulau Pinang.

"Dijangka lebih 2,000 orang atlet akan terlibat dan menyertai pesta tersebut di mana mereka akan mewakili 40 badan gabungan di bawah MBM," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebanyak tujuh acara sukan akan dipertandingkan iaitu futsal, sepak takraw, ping pong, badminton, bola jaring, bola keranjang (3 on 3)dan paintball.

Bagi kategori kebudayaan, acara yang dipertandingkan ialah nyanyian, tarian dan medeklamasi sajak.

Wan Salwati berkata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka merasmikannya Sabtu ini di Kompleks Sukan Negeri Sembilan, Paroi. - Bernama

Wednesday, 21 November 2012

[Oh My English] “Prevention is better than cure” - AES

Ha.. Kelas ko Jahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Kan dah kena.. adoiyai.. AES sudah menjadi BFF pulak dah.. Teruja kejap mak Jahhhhhhhhhhh.. Tak pasal-pasal kereta dah jadi model AES.. kalah kereta ferrari.. NGKO Addddooooo??? (Ikut lah sikit-sikit gaya Azwan Ali tu ha.. Master Chef Celebrity)

Gurau-gurau jer.. menghibur hati yang telah disaman.. :)




Isu AES‏

Bersama ini disertakan maklumat berkaitan Automated Enforcement System (AES) yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan untuk kegunaan para penulis blog dan portal.

Sejak kebelakangan ini, isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro dan pembangkang.  Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan, ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk confuse rakyat.   Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES untuk membantu blogger untuk memulihkan keadaan di peringkat kerajaan :

Tujuan

AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan.  Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.  Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety).  AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu  ATES  Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.   Walau bagaimanapun, saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti.  Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.

Isu yang ditimbulkan
•        AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat
•        AES membebankan rakyat
•        AES mempunyai banyak kekurangan
•        AES perlu ditangguhkan

AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.  

MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi.  Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.

Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain.  Jika rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur.  Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya mereka tidak meragut lagi ?

18 kematian secara purata direkodkan setiap hari, berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.

AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.

Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.

Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampur trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”,  “Prevention is better than cure”


Saya menurut perintah,


Wan Salwati Hj Abdullah
Pengguna Jalan Raya

[TERBAIK] Amanah Sukan Himpunan Warisan Rundingan Bangsa







 




Minggu yang begitu mencabar pembahagian waktu sebaiknya...2 program yang bertindih - PESTA SUKAN & KEBUDAYAAN BELIA MSIA 2012 DAN HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA 2012. Semoga aku dapat melaksanakan semuanya dengan baik. Ya Allah hanya padaMU aku bermohon agar KAU permudahkan segala urusanku dan rakan-rakan.

Dari jari jemari ini menaip.. tiga perhimpunan besar akan berlangsung tidak sampai sehari, empat hari dan enam hari lagi..

Saya serahkan segala tawakal setelah segalanya dirancang, dibincang, dilaksana dengan baik. Terima kasih semua. 

Mari kita libatkan diri.. BERSAMA.. GUMBIRA

Program Pertama
Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2012
Tarikh : 22 - 25 November 2012
Tempat : Bekas Tapak KEM Paroi (Tapak Mini MAHA)

Program Kedua
Himpunan Wanita Muda Negara 2012
Tarikh : 25 November 2012
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Program Ketiga
Perhimpunan Agung UMNO 2012
Tarikh : 27 Nov - 01 Disember 2012
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Salam Perjuangan,


Wan Salwati Hj Abdullah
Presiden MBNNS
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban.

Thursday, 15 November 2012

Negeri Sembilan tuan rumah Pesta Sukan Kebudayaan Belia Malaysia (PSKBM)





Salam semua..

November Rain.. Ada yang pernah mendengar lagu nih?? Nyanyian Kumpulan Guns n Roses. Sedap lagu tu.. Memang sesuailah untuk memberi semangat kerja di bulan November yang sibuk ini. (sekadar hiburan halwa telinga.. selebihnya fokus untuk segala amanah dan tanggungjawab)

Dua bulan untuk menutup taqwim 2012 dengan penuh semangat dan keceriaan. Selepas bertungkus lumus menghadapi dan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan kerjaya. Sangat hebat dunia saya..

Tidak mahu berceloteh panjang, sekadar bicara ringan, kesempatan ini sekali lagi.. Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS) berhadapan dengan tugas dan amanah yang amat ceria dan gembira sekali.

Untuk makluman kita semua, MBNNS akan menjadi  tuan rumah  bagi Pesta Sukan Kebudayaan Belia Malaysia (PSKBM)

Ia merupakan program Dwi Tahunan Majlis Belia Malaysia yang akan berlangsung pada 22 -25 November 2012.

Untuk makluman semua juga, Negeri Sembilan merupakan negeri ketiga selepas negeri Perak dan Penang.

Terdapat tujuh (7) acara sepanjang PSKBM ini berlangsung antaranya,

a. Perlawanan Futsal
b. Perlawanan Sepak Takraw
c. Perlawanan Ping Pong
d. Perlawanan Badminton
e. Perlawanan Bola Jaring
f.  Perlawanan Bola Keranjang 3 on 3
g. Paintball

Sementara bagi kategori kebudayaan pula, acara yang dipertandingkan ialah,

a. Pertandingan Nyanyian
b. Pertandingan Tarian
c. Pertandingan Deklamasi Sajak

Dijangka seramai 2450 orang atlet yang akan terlibat dan menyertainya, di mana mereka akan mewakili 40 badan gabungan di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM).

Program yang berlangsung selama empat hari ini akan disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Butiran adalah seperti berikut,

Tarikh : 24 November 2012 (Sabtu)
Masa : 8:30 malam
Tempat : Kompleks Sukan Negeri Sembilan, Paroi (Centre Court)

Para belia dan orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan yang berlangsung di venue sukan berhampiran.

Moh ramai-ramai datang.. kito sokong belio kito.. Belio kito rakan kito..



Salam Perjuangan,


Wan Salwati Hj Abdullah
Presiden MBNNS



‘HWMN2012’ Platform Wanita Muda Pamer Keupayaan



KUALA LUMPUR - Himpunan Wanita Muda Negara 2012 (HWMN2012) bakal menjadi platform kepada  golongan wanita muda di negara ini untuk mensinergikan lagi upaya golongan tersebut ke tahap yang lebih baik.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirleen berkata himpunan itu yang menggunakan moto Inspirasi, Dedikasi, Ekspresi dan Aspirasi  selari dengan keperluan wanita muda untuk mengetengahkan bakat dan potensi sebenar mereka.

Menurut beliau pihaknya merasakan perlu ada platform untuk wanita muda dan setelah berbincang dengan rakan-rakan Puteri komponen BN serta NGO, maka pada kali ini ianya dapat direalisasikan.

“Himpunan itu bukan sekadar perhimpunan sebaliknya akan padat dengan pelbagai aktiviti untuk golongan muda meningkat maju ke hadapan. Himpunan ini mensasarkan kehadiran 10,000 wanita muda dari pelbagai latar belakang.

“Dan kita juga akan turut mengiktiraf pencapain wanita muda yang cemerlang melalui penganugerahan Anugerah Kesatria Puteri kepada 12 individu yang telah berjaya menerusi bidang perniagaan, pendidikan, kerjaya, pribumi, sukan, perubatan dan pelbagai bidang lain.

“Anugerah tertinggi iaitu Anugerah Nusa Mahsuri akan diberikan kepada YTM Tunku Puteri Intan Shafinaz Ibni Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di atas sumbangan Tunku Puteri dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media Himpunan Wanita Muda Negara 2012, di Seri Pacific, di sini, hari ini.

Rosnah seterusnya menambah program berkenaan akan dipecahkan kepada tiga segmen utama iaitu himpunan, pameran dan demonstrasi serta seminar berkaitan wanita muda.

“Antara aktiviti menarik pada program ini ialah bual bicara perniagaan yang akna menampilkan ikon pernioagaan terkemuka negara, segmen khas yang akan membincangkan topik ‘ Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita, serta persembahan artis, cabaran pidato wanita muda, cabaran penyelidikan gender dan sebagainya lagi.

“Satu lagi yang menarik pada program ini ialah himpunan sejuta nota kecil yang tertulis impian dan harapan wanita muda yang akan dipamerkan pada hari perhimpunan pada ruangan Sejuta Impian dan pihak penganjur akan merealisasikan salah satu impian yang dipilih pada hari berkenaan.

“Marilah bersama-sama kita mengorak langkah dengan kesatuan ini untuk sama-sama memeriahkannya dan himpunan ini adalah sebagai permulaan ke arah membina semangat dan keberdayaan wanita muda dalam memimpin perubahan melalui inspirasi, ekspresi, dedikasi dan aspirasi berterusan,” katanya.

Himpunan Wanita Muda Negara 2012 akan berlangsung pada 25 November 2012 di Dewan Tun Razak 1, PWTC dan majlis pembukaan akan dihadiri Penaung HWMN2012, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikannya pada pukul 2.00 petang. Himpunan tersebut akan berlangsung dari 8 pagi hingga 7 malam. -MediaUMNO

Himpunan Wanita Muda Negara 2012 Sasar 10,000 Peserta



KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kira-kira 10,000 wanita berusia 40 tahun ke bawah dijangka membanjiri Himpunan Wanita Muda Negara 2012 (HWMN2012) di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra itu pada 25 Nov ini.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata himpunan yang julung kali diadakan itu bertujuan membina semangat dan keberdayaan wanita muda dalam memimpin perubahan melalui inspirasi, dedikasi, ekspresi dan aspirasi yang berterusan.

Bercakap pada sidang media di sini, Rosnah berkata HWMN2012 akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 2 petang manakala penaung himpunan itu Datin Seri Rosmah Mansor pula dijadual menyampaikan ucaptama pada sebelah pagi.

Himpunan yang dianjurkan Puteri Umno dengan kerjasama parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MIC, MCA, PPP dan Gerakan itu turut disertai beberapa badan bukan kerajaan yang lain itu akan dipecahkan kepada tiga segmen utama iaitu himpunan itu sendiri, pameran dan demonstrasi 80 agensi dan syarikat; serta bengkel dan seminar berkaitan wanita muda.

– BERNAMA

Saturday, 10 November 2012

25 November 2012 : Himpunan Wanita Muda Negara 2012

http://www.wanitamuda.my/

Himpunan Wanita Muda 2012 kali pertama diadakan sebagai satu hari bagi wanita muda untuk mengalamai satu ekplorasi tentang peranan wanita muda dalam arus perubahan. 

Himpunan ini bukan sekadar himpunan, sebaliknya dirangka bersifat provokatif bagi membuka minda dan menganjak paradigma wanita-wanita muda tentang peranan dan potensi sebenar mereka dalam mencorakkan kemajuan negara.
 
Maklumat lanjut :
 
laman web : www.wanitamuda.my
facebook : facebook.com/WanitaMudaMY
twitter ; @WanitaMudaMY