Tuesday, 3 July 2012

KIBARKAN JALUR GEMILANG



RAMAI yang mungkin mengambil kiraan mudah bila diajukan soalan ini - Sudah berapa tahun Jalur Gemilang berkibar di tanah air ini?

Lima puluh Lima tahun, tentunya jika berdasarkan sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini.

Sebenarnya Jalur Gemilang dengan 14 jalur merah putih, bulan dan bintang empat belas pecahan berwarna kuning yang berlatar belakang warna biru di satu sudut itu, sudah berkibar tujuh tahun sebelum merdeka.

Empat belas jalur merah dan putih melintang yang sama lebarnya menandakan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. Warna biru tua di atas sebelah kiri yang mengandungi anak bulan, ialah lambang agama Islam, agama rasmi negara.

Bintang pecah empat belas pula ialah tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja bagi raja-raja Melayu.

Bendera kebangsaan dicipta daripada satu pertandingan pada November 1949.

Enam bulan selepas itu Raja Britain, King George ke-VI mengarahkan bendera itu dikibarkan sebagai bendera baru Persekutuan Tanah Melayu pada 26 Mei 1950.
George VI (Albert Frederick Arthur George; 14 December 1895 – 6 February 1952) 

Beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap corak asal bendera itu sehinggalah secara rasminya ia dinamakan Jalur Gemilang pada 1997, ketika negara berusia 40 tahun.

Jalur Gemilang yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.



Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.


                                                      Mohamed bin Hamzah (1918 - 1993)

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.



Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.



Fakta Jalur Gemilang

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan DatukHashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.
Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.
Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.
28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Maksud lambang dan warna;

- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.
- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.


Tema Hari Merdeka 2012. “Janji Ditepati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2012.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

“Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak,” katanya.



Sebagai anak bangsa yang cinta kan tanah air, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang bermula seawal bulan ogos. Kibarkan Jalur Gemilang !!!







Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.




Thursday, 28 June 2012

MENZIARAH PESAKIT DIABETES

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Menziarahi Tn.Hj Yaakub b. Badrun di Kg.Bukit Ampangan, mengidap kencing manis dan darah tinggi...sebelah kaki telah dipotong.

Tn.Hj Yaakub b. Badrun Menerima sumbangan kerusi roda daripada Per.Puteri UMNO Bhg.Sban

Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:

v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.

Keperluan penjagaan diri pesakit kencing manis
Pesakit kencing manis perlu mengikuti diet yang dirancang khas dan program senaman serta mengambil ubat yang diberikan mengikut masa. Selain itu, disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi tertentu, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi.


Salam Perjuangan
" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "



Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.

Saturday, 23 June 2012

Melayani delagasi CELAP, China ke Malaysia

Melayan kunjung balas delagasi dari CELAP China di PWTC, di mana delagasi kami mengadakan lawatan sambil belajar di sana tahun lalu.

Nabi Muhammad pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China."

Sabda ini ternyata benar dengan wujudnya ketamadunan China sebagai pusat perdagangan, pusat industri dan pelopor kepada pelbagai industri kerana sikap dan semangat bangsa Cina yang rajin berusaha.

Delagasi kami pernah ke sana tahun lalu, bagi mempelajari dan mengkaji gaya hidup mereka yang boleh diimplentasikan pada budaya kerja di sini.

Belia hari ini pemangkin kejayaan negara di masa akan datang. Oleh yang demikian, belia perlu menyahut cabaran agar Malaysia juga berdaya saing bagi membina sebuah negara.

Dan saya suka untuk berkongsi bahawa peranan belia ini sangat penting dan perlu dilentur dari rebungnya. Di bawah, suka saya berkongsi mengenai belia hari ini.

Terdapat 4 perkara untuk menjadi generasi pengubah yang sememangnya ditujukan kepada golongan belia pada hari ini, seperti berikut:-

1. Daya tahan kerohanian yang tinggi (spiritualisme). Memang tidak diakui kadang-kadang ada sesetengah belia yang mudah beremosi apabila disergah. saya juga begitu. Jadi seharusnya belia tidak harus memiliki sifat sebeginia dan perlu memastikan mereka mempunyai daya tahan yang tinggi di kala melalui cabaran-cabaran dunia luar. 

2. Intelektualisme (Pengetahuan). Ramai daripada belia yang memasuki alam pekerjaan sekarang kurang memiliki intelektualisme yang tinggi. Intelektualisme ini bukan sahaja terpaksi pada pengetahuan semata-mata tapi juga pada kematangan pemikiran seseorang belia. Bagi mengatasi masalah ini, belia tidak mahu tidak, perlu menimba banyak ilmu, perbanyakkan bacaan terutama sekali melibatkan isu-isu semasa untuk membina fikiran. Tidak hairanlah mengapa dalam sesuatu temuduga, isu semasa menjadi antara perkara utama yang perlu diambil kira.

3. Idealisme. Belia perlu memiliki cita-cita yang tinggi serta matlamat yang tetap. Pandangan jauh amat menjadi perkara penting, namun pandangan jauh itu juga harus selari dengan tindakan. Namun, pandangan jauh itu biarlah tidak seperti 'angan-angan Mat Jenin'.

4. Aktivisme (Usaha). Setelah matlamat dipahat dalam diri, maka perlu lah kepada usaha dan kesungguhan. Mulakan dengan langkah pertama walaupun langkah itu hanya 1 sentimeter. Jangan terlalu taksub untuk berlari sehingga akhirnya apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadikan pengalaman sebagai satu proses belajar dan jangan pernah takut pada kesilapan.

Dr Robiah juga sempat menyisipkan beberapa kata-kata indah yang dapat dijadikan renungan.

"Apa yang kamu semai pada hari ini, itu juga yang akan kamu tuai nanti."

"Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Wahai para ibu, bawalah gambaran syurga itu ke wajah, agar dapat disaksikan oleh anak-anak dan suami, suami menjadi pendorong kepada mereka untuk menggapai keindahan syurga."

"Andai kamu berdiri lebih tinggi daripada rumput, tapi kamu tidak pernah berzikir kepada Sang Pencipta seperti rumput, kamu tidak berhak untuk memijak bumi Allah."

"Zakatkan umur kamu, zakatkan ilmu kamu untuk masa hadapan."

Semoga sedikit ilmu yang saya dapat ini dapat memberi manfaat kepada semua...amin..

Salam persahabatan



Salam Perjuangan
"Suara Belia / Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat diKalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan


Thursday, 21 June 2012

Kontrak Sosial vs Asimilasi.. Gagasan 1 Malaysia jawapannya




Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan gagasan 1Malaysia adalah amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan bagi digantikan dengan satu identiti nasional baru.

Perdana Menteri berkata, konsep gagasan tersebut juga jauh berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang yang tidak bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, menurut beliau, 1Malaysia secara tersurat dan tersirat kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, 4, 152, 153 dan Bahagian 2 serta 3 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, janganlah mana-mana pihak berasa khuatir atau menaruh syak serta bimbang bahawa konsep ini akan terpesong daripada apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa negara suatu waktu lalu.

Sebaliknya, 1Malaysia menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara,katanya ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd. Sadique (BN – Tenggara) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sidang Dewan Rakyat hari ini merupakan yang pertama sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Najib memberitahu, formula 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Teras-teras perpaduan:
*Penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia.
*Prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
*Keadilan Sosial.

Nilai-nilai aspirasi merangkumi:
*Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.
*Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan.
*Keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru.
*Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.
*Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
*Ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi.

Menjawab soalan tambahan Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) yang mendakwa 1Malaysia ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia, Najib menegaskan bahawa kerajaan tidak langsung mencuri idea Malaysian Malaysia sambil menyatakan konsep itu jauh berbeza dengan idea DAP yang tidak berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sumber : Utusan Malaysia

Memahami Konsep Asimilasi dan Apakah itu Kontrak Sosial?? 

KONSEP ASIMILASI
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

                                                                                                                                                                                    
APA ITU KONTRAK SOSIAL?
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Selanjutnya sila baca di sini 


Mendukung Gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan perpaduan bangsa di negara ini, saya berkesempatan mengunjungi beberapa rumah seperti di bawah :-



Menziarahi Mdm Rani a/p Rama, balu 3 bulan selepas kematian suami tercinta

Bersama Mr. Aw Han Ting, Setiausaha Pangsapuri (Flat) Taman Bidara

Bertemu Madam Lim Pei Pei, ibu tunggal yang membela 2 orang cucu dan seorang anak perempuan. Juga ibu tunggal kematian suami di Taman Bidara.

p/s : Usaha yang kami jalankan dan laksanakan ini bagi menyokong Gagasan 1 Malaysia Dato' Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Begitu juga kami mendokong Dasar Jaringan Keselamatan Sosial (DJKS) yang di perkenalkan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Semoga perpaduan menjadi keutamaan kita sebagai rakyat Malaysia. Amin.



 
Salam Perjuangan,
"Suara Belia / Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat diKalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan



Tuesday, 19 June 2012

Takziah buat keluarga YB Dato' Tan Aminuddin Ishak


TEMERLOH, 19 Jun : Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA, Datuk Tan Aminuddin, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di sini, jam 9 pagi tadi.
Datuk Tan Aminuddin
Datuk Tan Aminuddin

Beliau yang juga ADUN Chenor dan Ketua UMNO Bahagian Maran, dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lalu selepas mengalami keracunan makanan.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikani Kampung Machang Gelap, Seberang Chenor, Maran, hari ini.


Salam Perjuangan,

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan

Monday, 18 June 2012

Generasi Muda : Jangan taksub




Bersama barisan sahabat di dalam kepimpinan generasi muda

Parti politik guna nama Islam : Ilmuan Islam ingatkan ada parti gagal laksanakan perjuangan bila berkuasa

Penggunaan nama Islam pada parti politik tidak sepatutnya menjadi petunjuk kepada umatnya untuk memilih sesuatu parti, sebaliknya penilaian perlu dibuat berdasarkan manifesto pelaksanaannya.

Ini kerana ada parti politik yang membawa nama Islam dengan manifesto Islamik, namun gagal melaksanakan apa diperjuangkannya selepas memegang kuasa.

Peringatan itu dibuat tokoh ilmuwan Islam, Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool (gambar) dari Jordan.


“Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya.

“Ada berlaku di sesetengah tempat, parti membawa nama syiar Islam, manifestonya nampak Islamik, tetapi bila sampai pemerintahan (pelaksanaannya), tidak berlaku apa yang dijanjikan, seperti ‘ada udang di sebalik batu’.

“Manifestonya jadi lain bila sampai kepada pemerintahan, berubah kepada satu perkara lain untuk menjaga kepentingan partinya, menjaga orangnya dan sebagainya,” katanya, yang juga Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt, Jordan. 



Beliau ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja ‘Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam’ sempena Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin anjuran Generasi BESTARI dan portal MyKMU.net di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.



Berikutan itu, beliau menasihatkan rakyat, khususnya golongan muda memilih parti yang menepati ajaran Islam, kebajikan dan tamadunnya.


“Apa perlu dilakukan ialah lihat kedua-duanya dan pilih yang terbaik.

“Selepas menimbangkan manifesto dan pelaksanaan yang dijanjikan, (barulah) memilih pihak yang memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai pertimbangan yang perlu dilakukan generasi muda untuk memilih parti politik.

Mengulas isu sama, Syeikh Alzoghool menegaskan tidak semestinya seseorang yang bertaqwa atau soleh sesuai diangkat untuk menjadi pemerintah.

“Seperti disebutkan dalam hadis Nabi apabila Abu Dzar (sahabat Rasulullah) minta kepada Rasulullah untuk dilantik sebagai gabenor (pemerintah), Nabi bersabda: “Abu Dzar seorang lelaki yang lemah”.

“Abu Dzar seorang yang taqwa, seorang yang soleh tapi apabila berkaitan dengan pemerintahan dan pengurusan, nabi kata dia tidak sesuai kerana ini adalah amanah,” kata Syeikh Alzoghool.

Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya, Syeikh Alzoghool berkata generasi muda perlu bijak memilih dan mengkaji perjuangan sesebuah parti politik.

Katanya, mereka perlu menolak parti yang memperjuang kepentingan politik semata-mata dan tidak berkhidmat untuk rakyat, apatah lagi parti bukan Islam.

Dipetik dari sumber : Berita Harian

Salam Perjuangan,

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia,
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban 
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan

Friday, 15 June 2012

HATI TERPANGGIL, MENYENTUH JIWA




Pn.Azizah bt. Md.Aji bekas Ketua Wanita UMNO Caw.Nilai tahun 80an-90an... Pn.Azizah begitu gembira menerima kehadiran kami. 

Sempat menjengah seketika Nenek Rafiah bt. Buyong warga emas yg menetap bersama anaknya di Kg.Sg Sekah Nilai.. 


Menantu nenda Hjh.Samek yah yg begitu prihatin di atas kesihatan ibu mertuanya..

Memujuk nenda Hjh.Samek Yah meminum secawan kopi kurma..Beliau sudah sebulan tiada selera untuk makan dan juga minum...kini beliau berusia 85Tahun,pendengaran dan penglihatan beliau amat baik...



Menziarahi nenda Hjh.Samek Yah bt Hussain yg juga nenda kepada Sdr.Shafiq Exco MBNNS.





  Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "



Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.