Datuk
Seri Najib Tun Razak menegaskan gagasan 1Malaysia adalah amat berbeza daripada
konsep asimilasi yang diamalkan di negara lain, di mana identiti kaum-kaum
etnik dilenyapkan bagi digantikan dengan satu identiti nasional baru.
Perdana Menteri berkata, konsep gagasan tersebut
juga jauh berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang yang
tidak bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Sebaliknya, menurut beliau, 1Malaysia secara
tersurat dan tersirat kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara
3, 4, 152, 153 dan Bahagian 2 serta 3 yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Oleh itu, janganlah mana-mana pihak berasa
khuatir atau menaruh syak serta bimbang bahawa konsep ini akan terpesong daripada
apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa negara suatu waktu
lalu.
Sebaliknya, 1Malaysia menghargai dan menghormati
identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu
aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan
rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain
seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati
sebagai rakyat dalam satu negara,katanya
ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd. Sadique (BN – Tenggara) pada sidang
Dewan Rakyat hari ini.
Sidang Dewan Rakyat hari ini merupakan yang pertama
sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.
Najib memberitahu, formula 1Malaysia akan
terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan
nilai-nilai aspirasi.
Teras-teras perpaduan:
*Penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia.
*Prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara
*Keadilan Sosial.
Nilai-nilai aspirasi merangkumi:
*Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua
tugas dan tanggungjawab.
*Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan
meningkatkan kecekapan.
*Keberanian untuk berinovasi dan meneroka
peluang-peluang baru.
*Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang
paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar
negara.
*Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada
negara.
*Ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan
integriti dalam segala urusan dan transaksi.
Menjawab soalan tambahan Karpal Singh (DAP – Bukit
Gelugor) yang mendakwa 1Malaysia ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia,
Najib menegaskan bahawa kerajaan tidak langsung mencuri idea Malaysian Malaysia
sambil menyatakan konsep itu jauh berbeza dengan idea DAP yang tidak
berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Sumber : Utusan Malaysia
Memahami Konsep Asimilasi dan Apakah itu Kontrak Sosial??
KONSEP ASIMILASI
Asimilasi
merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu
proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak
secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
APA
ITU KONTRAK SOSIAL?
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli
teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa
manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap
individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak
ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya
untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa
dan berdaulat.[3]
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian
formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg
mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn
kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala
yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila
diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau
permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan)
yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan
kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya
di Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu
istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu
persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu,
Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan
dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.
Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi
dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan
permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya
menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah
asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam
perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga
keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang
dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan
keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran
utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13
Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia. Selanjutnya sila baca di sini
Mendukung Gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan perpaduan bangsa di negara ini, saya berkesempatan mengunjungi beberapa rumah seperti di bawah :-
Mendukung Gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan perpaduan bangsa di negara ini, saya berkesempatan mengunjungi beberapa rumah seperti di bawah :-
Menziarahi Mdm Rani a/p Rama, balu 3 bulan selepas kematian suami tercinta
Bersama Mr. Aw Han Ting, Setiausaha Pangsapuri (Flat) Taman Bidara
Bertemu Madam Lim Pei Pei, ibu tunggal yang membela 2 orang cucu dan seorang anak perempuan. Juga ibu tunggal kematian suami di Taman Bidara.
p/s : Usaha yang kami jalankan dan laksanakan ini bagi menyokong Gagasan 1 Malaysia Dato' Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Begitu juga kami mendokong Dasar Jaringan Keselamatan Sosial (DJKS) yang di perkenalkan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Semoga perpaduan menjadi keutamaan kita sebagai rakyat Malaysia. Amin.
Salam Perjuangan,
"Suara Belia / Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat diKalahkan"
Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment