Wednesday, 28 March 2012

Kunjungan Ziarah Kasih Puteri Ke Dun Temiang (28hb.Mac.2012)


SEREMBAN


Bertemu kita sekali lagi dalam coretan saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban dalam Siri Kunjungan Ziarah Kasih Puteri yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan perhatian Dun Temiang. Ianya adalah sebahagian daripada program kemasyarakatan yang menjiwai denyut nadi rakyat.

Rombongan Kunjungan Ziarah Kasih Puteri hari ini berpeluang membuat lawatan  sebanyak 4 buah rumah di Dun Temiang. Kehadiran kami amat dialu-alukan melihat kepada raut wajah mereka semua dan berharap pendekatan yang diambil ini dapat berterusan. Sokongan serta galakkan yang diberi membuatkan kami teruja dan memberikan satu momentum serta semangat yang tinggi kepada kami dari Pergerakan Puteri UMNO Seremban.

Teringat saya kata kata Abraham Linchon yang berbunyi  seperti ini.

"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negera untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara"


Oleh itu saya sekali lagi menyeru kepada mereka yang ingin turut sama menyertai ataupun menghulurkan Sumbangan/ Bantuan kepada mereka ini atau untuk siri-siri berikutnya bolehlah berhubung terus dengan urusetia di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height, Sikamat.

Program seterusnya iaitu esok adalah seperti berikut :-

29hb.Mac 2012 ( Khamis ) Dun Ampangan - 
( 5.00 ptg - Berkumpul di Pusat Khidmat BN Dun Ampangan )
Tema Pakaian "pink colour"



Mak cik Nuriyati Mohd Sani lebih dari 13tahun tinggal seorang diri dirumah.


Sejak kebelakangan ini, beliau telah mengidap penyakit yang tidak dapat dikesan mengakibatkan keseluruhan tubuh badannya membengkak dengan tiba-tiba.


Menziarah Makcik Norviyah Bt.Emang.
Beliau mengalami kecacatan sebelah kaki sejak dari kecil lagi.


Rombongan KZKP melayan telatah si cilik di rumah makcik Norviyah Bt.Emang.


Rombongan KZKP melawat dan menziarahi Makcik Sariah Bt.Soyat.
Makcik ini berusia 57 tahun merupakan Orang Kelainan Upaya akibat deman diwaktu kecil dahulu.

Kehadiran KZKP disambut penuh dengan kegembiraan oleh Makcik Sariah 
walaupun keadaan dirinya yang istimewa.

Menziarah Rosmawati Mohd Taib yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 33tahun.
Beliau mempunyai 2 orang anak . Kini menetap bersama ibu beliau. Rosmawati tidak bekerja tetapi berusaha menjual nasi lemak setiap pagi.


Saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban mendoakan yang terbaik kepada mereka ini bagi melalui hari-hari mendatang. Insyallah Perjuangan UMNO/Barisan Nasional akan diteruskan untuk membela rakyat dan masyarakat.

Salam Perjuangan,


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.


Untukmu Belia 56 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

Mendaftarlah sebagai Pemilih sebelum Ahad ini.


Kepada semua rakyat Malaysia terutama di Bahagian Seremban yang belum mendaftar sebagai pengundi, bolehlah mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini dan berkemungkinan berpeluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini 2012.

Apa lagi ditunggu lagi wahai pembaca, kenalan, pakcik-pakcik, makcik-macik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, golongan belia dan anak muda, mendaftarlah segera sebagai pemilih agar anda menggunakan hak anda sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.

Rebutlah peluang ini sebelum terlewat.

Salam Perjuangan

 "Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"


Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia


Untukmu Belia 56 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

Disebalik Cerita Kunjungan Puteri ke Sikamat


SEREMBAN


Salam Perjuangan dan Salam Paradigma Srikandi

Disini ingin saya coretkan cerita, rintihan, kekesalan serta kehampaan yang diluahkan oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik dalam siri Kunjungan Ziarah Kasih Puteri (KZKP) Umno Bahagian Seremban di Dun Sikamat baru-baru ini.

Bukan tujuan saya untuk mencari nama, bukan tujuan saya ingin menjuarai masalah rakyat tetapi apa yang ingin saya sampaikan adalah untuk perkongsian kita bersama serta saling mengambil berat masalah rakyat dan tidak bertujuan untuk menuding jari kepada sesiapa pun.

Saya mengambil pendekatan muhasabah diri, penuh kesederhanaan dan saya mengingatkan diri saya sendiri serta barisan kepimpinan yang sedia ada agar, janganlah mereke-mereka ini yakni rakyat dibawah sana tersisih, dilupai dan dibiarkan begitu sahaja kerana ada diantara mereka yang kurang bernasib baik yang memerlukan pertolongan/bantuan dan keperihatinan kita. Cukuplah sekadar bertanya khabar, menyampaikan berita atau berkunjung mesra dalam ertikata dan pendekatan "touch point".

Secara jujurnya, semasa kunjungan ini dibuat, rata-rata mereka menyatakan kekesalan yang tidak terhingga bukan sahaja kepada kakitangan agensi kerajan malah kepada kita (orang-orang UMNO) yang telah diamanahkan oleh kepimpinan dan pucuk pimpinan parti untuk mendapingi rakyat.

Mereka tidak marahkan UMNO, mereka tidak bencikan UMNO malah mereka sayang dan cintakan UMNO tetapi selepas dipujuk untuk menyatakan perkara sebenar barulah saya faham dan memahami perkara sebenar.

Kenyataan yang diberikan mereka mempunyai kebenaranya sebagai contoh seorang pakcik yang dilawati semalam telah jatuh sakit hampir lebih 5 tahun tetapi sehingga semalam tiada siapa pun dari pihak kita (UMNO) datang menziarah atau menghulurkan bantuan. Pakcik ini amat terharu dan ini adalah kunjungan pertama yang diterimanya selepas 5 tahun menderita.

Selain daripada pakcik ini, salah seorang daripada mereka iaitu Ibu Tunggal yang dilawati amat berterima kasih diatas kunjungan yang telah dibuat. Luahannya juga hampir sama. Kekesalan yang dikatakan juga ada asasnya. Ibu tunggal ini juga tidak marahkan UMNO, dia juga tidak bencikan UMNO. Dia sayangkan UMNO seperti kita tetapi yang mengecewakan beliau adalah "kader-kader" UMNO yang lebih suka berpolitik, mengampu, hilang entah kemana dan muncul kembali apabila menjelang pilihanraya.  Inilah yang saya katakan "budaya politik lama" yang dipraktik dan digunapakai oleh orang UMNO. Seharusnya kita (UMNO) peka dan menjuarai masalah rakyat.

Sehinggakan lawatan kerja Perdana Menteri ke Sikamat tempoh hari pun tiada siapa yang memberitahu atau memaklumkan kepadanya. Sudah pasti ada masyarakat dan rakyat di Dun Sikamat juga tidak diberitahu seperti ibu tunggal ini. Termenung dan sedih saya apabila mendengar apa yang dinyatakan. Maksud Trasformasi tidak sampai kepada "kader-kader" UMNO dan saya yakin di tempat lain juga mengalami perkara dan masalah yang sama seperti di Dun Sikamat.

Ingatlah, kita adalah jambatan dan pemudah cara bagi rakyat dengan Jabatan/Agensi Kerajaan. Ibu tunggal ini menyatakan, sehingga sekarang masih tidak memperolehi sebarang bantuan dari mana-mana pihak. Permohonan telah banyak kali dibuat tetapi tiada sebarang maklum balas. Insyallah Puteri akan membantu.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban tidak menyalahkan sesiapa. Kami juga terlepas pandang mereka yang memerlukan bantuan. Selama ini maklumat dan perkara-perkara seperti ini tidak sampai kepada pihak Puteri. Tetapi diatas kesedaran dan maklumat yang diperolehi, maka Puteri akan terus bergerak  dan menziarahi serta mendampingi mereka. Kepada mereka yang mempunyai maklumat, bolehlah emailkan kepada srikandimasyarakat@yahoo.com. Insyallah setiap maklumat akan diambil perhatian dan tindakan susulan.

Oleh itu, ingin saya nasihatkan kepada diri saya sekali lagi dan para pembaca (pendukung/pencinta UMNO) agar bertukarlah, berubahlah kearah Transformasi sebenar dalam cara pemikiran dan kaedah pendekatan kita. Kita dimedan tempur untuk memenangi hati rakyat. Janganlah kita di takuk lama. SAYANGILAH UMNO.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia


Untukmu Belia 56 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"


Tuesday, 27 March 2012

BERITA PU3 SEREMBAN. KZKP ke Sikamat

Kunjungan Ziarah Kasih Puteri

Ke Dun SIKAMAT ( 27hb.Mac.2012 )



 
SEREMBAN


Hari ini sekali lagi saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban melapangkan masa untuk bersama dengan mereka yang kurang bernasib baik di Dun Sikamat dalam siri Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban.

Kunjungan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita bersama agar mereka yang kurang bernasib baik ini dapat merasai keperihatinan kita yakni Puteri UMNO terhadap mereka.

Siri Kunjungan Ziarah Kasih Puteri akan terus lakukan dari masa ke semasa dan inilah salah satu cara untuk kita merasai denyut nadi rakyat di bawah sana.

Kepada mereka yang ingin turut sama menyertai ataupun menghulurkan Sumbangan/ Bantuan kepada mereka ini atau untuk siri-siri berikutnya bolehlah berhubung terus dengan urusetia di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height, Sikamat.

Program seterusnya adalah seperti berikut :-

28hb.Mac 2012 ( Rabu ) Dun Temiang - 
( 5.00 ptg - Stesyen Minyak Petronas Depan Makam Tn.Hj Said ) 

29hb.Mac 2012 ( Khamis ) Dun Ampangan - 
( 5.00 ptg - Berkumpul di Pusat Khidmat BN Dun Ampangan )
Tema Pakaian "pink colour"


Kunjungan Ziarah Kasih Puteri di DUN Sikamat ( rumah pertama )
 Melawat adik Norhabibah Sulaiman berusia 19tahun Orang Kelainan Upaya.

Kunjungan Ziarah Kasih Puteri di DUN Sikamat ( rumah ke-2 )
 Mak Cik Umi Kalsom Mohd Tahir, ibu tunggal dan mempunyai masalah kesihatan mata 
yang tidak nampak akibat lumpuh sebelah badan.

Kunjungan Ziarah Kasih Puteri di DUN Sikamat ( rumah ke-3 )
Pak Cik Norizam b. Omar mengidap lumpuh sebelah badan hampir lebih 5 tahun. 
Beliau amat terharu diatas kehadiran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban.

Kunjungan Ziarah Kasih Puteri di DUN Sikamat ( rumah ke-4 )
 Mak Cik Paiza bt A.Rahman ibu tunggal yang menerima kunjungan ziarah 
dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban.

Kunjungan Ziarah Kasih Puteri di DUN Sikamat ( rumah ke-5 )
 Pn.Rokiah bt. Moosay, keluarga susah dengan kesempitan masalah yang dihadapinya


Saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban mendoakan yang terbaik kepada mereka ini bagi melalui hari-hari mendatang. Insyallah Perjuangan UMNO/Barisan Nasional akan diteruskan untuk membela rakyat dan masyarakat.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
 

Subsidi Ditambah, Harga Minyak Kekal..Terima Kasih BN


Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia dan mempunyai kerajaan yang memahami keadaan rakyatnya apabila terus memberi subsidi sebanyak 10 sen seliter berikutan kenaikan harga minyak dunia dan bagi memastikan harga runcitnya terus kekal pada paras RM1.90 seliter.

PS percaya langkah yang diambil oleh kerajaan ini bertujuan bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global ketika ini.

Secara dasarnya, pengekalan harga petrol ini tidak akan meningkat kos kehidupan rakyat. Jika ini tidak dilakukan sudah pasti harga barang dan keperluan lain akan turut meningkat naik.

Keperihatinan yang diberikan (telah dilakukan) oleh kerajaan Barisan Nasional dan bukannya janji janji yang belum pasti tertunai  amat dinantikan oleh rakyat didalam meneruskan kelangsungan kehidupan yang mencabar ini.

Tahniah dan Syabas kepada kerajaan Barisan Nasional yang benar-benar membela nasib rakyat ini kerana subsidi ini juga turut dinikmati dan dikecapai bersama, sama ada mereka didalam UMNO, BN ataupun mereka yang berada dikem pembangkang. Lihatlah dengan mata hati kita dan nilailah dengan sewajarnya apa yang telah BN berikan kepada kita semua.

Salam Perjuangan,

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.

Pengumuman dan Makluman

MAKLUMAN SEMUA

Kunjungan Ziarah Kasih Puteri akan terus bergerak ke Dun-Dun  seperti berikut :
  • 27hb.Mac.2012 (esok) ke DUN Sikamat
  • 28hb.Mac 2012 (lusa) ke DUN Temiang

Kepada ahli-ahli puteri yang berkelapangan dan ingin bersama-sama dan kunjungan amal ini boleh berkumpul esok jam 5ptg di hadapan Bilik Gerakan Puteri Umno Bhg.Sban di Taman College Height...Tema pakaian pink

Manakala kepada mereka-mereka/dermawan yang ingin menyumbangkan Hamper/Barang Keperluan Asas (dapur) serta apa jua yang berkaitan bagi program selanjutnya juga dialu-alukan dan boleh terus berhubung dengan Urusetia Program di Bilik Gerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban di Taman College Height.
 
Sekian. Terima Kasih.

Salam Perjuangan,
 
 
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
 
Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.

Kunjungan Ziarah Kasih Puteri Ke Dun Lenggeng



Sampaikan sumbangan kepada adik Nurul yang tinggal bersama neneknya. 
Ibu adik Nurul seorang ibu tunggal (Normira Abd.Razak) tiada di rumah yang bekerja di Stesyen Minyak.


Menziarah warga emas Pak Cik Alias di Kg.Sg.Machang Hilir.
 
 
Mak Cik Arisah bt. Abu mengidap penyakit Barah Payu Dara, 
Semoga Mak Cik Arisah kuat semangat.
 
Mak Cik Esah Maakin menerima kunjunga Ziarah Kasih Puteri Seremban

Menziarai Nenek Salamah bt. Hassan, warga emas berusia 87tahun di Kg.Rawa Lenggeng
 
Nenek Lijah Hj.Kasim, penerima sumbangan terakhir 
bagi Kunjungan Ziarah Kasih Puteri di DUN Lenggeng hari ini.


Hari ini, PS selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian mengetuai Kunjungan Ziarah Kasih Puteri di Dun Lenggeng dengan disertai oleh ahli jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban.
Kunjungan ziarah ini bertujuan untuk melawat masyarakat di Dun Lenggeng yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan bantuan serta perhatian. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban juga tidak melepaskan peluang dengan menghulurkan keperluan makanan asas dan hamper.
 
 
Salam Perjuangan,

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.