Monday 26 November 2012

Janji tak tunai: Mana wibawa kerajaan PR


Selangor mempunyai penduduk hampir 6 juta orang dengan keluasan 7,956 kilometer persegi. Pada 2005, Selangor dimasyhurkan sebagai Negeri Maju berdasarkan petunjuk yang dibangunkan oleh Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) yang dilantik oleh International Institute for Management Development (IMD) Switzerland dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Di sebalik pencapaiannya sebagai antara yang terawal diisytihar sebagai negeri maju, namun pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008, kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor tumbang dibadai tsunami politik.

Pada 2008 pemerintahan Selangor bertukar tangan kepada pakatan DAP-PKR-Pas. Sehingga kini sudah lebih empat tahun Pakatan memerintah Selangor. Dalam tempoh itu rakyat negeri ini terutama golongan muda menilai dengan objektif tentang kemampuan mereka memerintah.

Dokumen bertulis yang menjadi penilaian rakyat tentunya Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12. Ia merupakan janji-janji pilihan raya yang ditabur pada 2008 bagi mempengaruhi pengundi dengan tema Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan.

Ia membabitkan 32 janji teras, empat perkara di bawah Urus Tadbir Berwibawa, 12 perkara di bawah Sosial dan Kebajikan Rakyat, empat perkara di bawah Kesihatan Rakyat, tujuh perkara di bawah Ekonomi Rakyat dan tiga perkara di bawah Keselamatan Rakyat.

Setelah empat tahun memerintah, dari 32 janji teras itu, hanya sebilangan kecil dilaksanakan, itu pun tidak menyeluruh. Ini menimbulkan tanda tanya terhadap kemampuan pemerintahan mereka kerana kerajaan Selangor menerima khidmat nasihat ekonomi dari Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam konteks belia, Exco Belia Selangor bertukar dari Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Pembantu Exco terdahulu, Dr. Ahmad Yunus Hairi. Sehingga hari ini tiada pelan menyeluruh pembangunan belia di Selangor. Sama ada dari segi pembangunan ekonomi, penyelenggaraan padang futsal mahu pun penonjolan kesenian.

Rakyat juga menilai bagaimana urus tadbir berwibawa yang diharapkan tidak menjadi. Isu ketelusan kerajaan negeri, siasatan ke atas penyelewengan tanah dan sumber negeri dan campur tangan politik boleh dipertikaikan. Pemberhentian pemberian kontrak secara rundingan terus biarpun diumumkan oleh Menteri Besar pada 2008, namun masih berlaku sehingga kini.

Dalam soal isu sosial dan kebajikan rakyat pula, orang muda di Selangor masih tertunggu-tunggu bantuan anak muda mendirikan rumahtangga seperti janji dalam PRU 12. Rakyat juga masih lagi menanti bantuan RM100 kepada setiap anak kelahiran Selangor, RM75 setiap anak ke pusat asuhan, RM50 pendidikan prasekolah dan RM1,000 setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.

Sekiranya mereka berhasrat menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) maka mahasiswa di Selangor sepatutnya mendapat manfaat awal, kerana 2 buah universiti iaitu UNISEL dan KUIS berada di bawah pentadbiran mereka.

Isu kesihatan rakyat juga tidak ditangani dengan sempurna. Timbunan sampah yang tidak dikutip atau hanya dikutip seminggu sekali telah membiakkan tikus, lalat dan ulat. Selain menjijikkan pemandangan, persekitaran yang kotor dan tercemar itu menyebabkan rakyat terpaksa menghidu bau busuk yang berpanjangan.

Syarikat Alam Flora ditamatkan perkhidmatan, namun mereka masih menjadi tempat mengadu rakyat yang semakin rimas dan tidak tahan dengan kejijikan dan timbunan sampah yang tidak dikutip. Tidak hairanlah sehingga Mei 2012 Selangor merekodkan 4,161 kes denggi dan 10 kematian.

Dari segi ekonomi rakyat, para belia masih menanti insentif sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik dua tahun pertama. Hasrat kerajaan negeri untuk mengurangkan cukai pintu kediaman 20 peratus dan premis komersial 10 peratus juga gagal dilaksanakan. Rakyat tidak boleh melupakan bagaimana kadar sewa Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dinaikkan sebanyak 80 peratus hingga 120 peratus.

Apa sudah jadi dengan pengumuman Menteri Besar terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor jangka panjang dan sederhana? Pakej itu dikatakan bagi menarik pelaburan RM50 bilion dan menyediakan sekitar 150,000 peluang pekerjaan melalui enam projek besar termasuk pemulihan Sungai Klang, peningkatan pengangkutan awam dan penstrukturan khidmat industri air Selangor.

Sehingga hari ini, selepas tiga tahun dilancarkan tidak ada pelaksanaan secara menyeluruh. Berapa peluang pekerjaan dicipta kepada belia? Sejauhmanakah projek-projek tersebut telah membantu pertumbuhan ekonomi Selangor bagi 2009, 2010 dan 2011?

Apa sudah jadi dengan PKNS dan Yayasan Selangor? PKNS yang berfungsi sebagai agensi sosio ekonomi dan pemegang amanah bumiputera lebih mengutamakan falsafah memaksimumkan keuntungan melalui pelaksanaan projek-projek mega seperti pembangunan Dataran Jelatek Hulu Klang, Kompleks Sukan Kelana Jaya, penjualan harta-harta PKNS melalui ARREIT dan mengetepikan projek-projek rumah kos rendah kepada rakyat terutama golongan muda.

Matlamat asal Yayasan Selangor untuk memberi peluang kepada pelajar luar bandar berubah apabila asrama Tun Dr. Ismail dan Toh Puan Norashikin yang menempatkan 450 orang pelajar ditutup. Laporan audit setakat November 2010 menunjukkan institusi itu rugi RM7.41 juta. Bahkan Laporan Audit itu menunjukkan terdapat 12 kes penyalahgunaan kuasa, pembaziran, pelanggaran tatacara kewangan dan etika tadbir urus baik yang telah dilakukan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor.

Ternyata kerajaan negeri gagal melaksanakan manifesto yang mereka sendiri cipta. Orang muda menilai harapan manifesto 2008. Tetapi ia sekadar menjadi harapan palsu kerana gagal dilaksanakan hingga menyebabkan derita berpanjangan.

 Sumber : AgendaDaily

Sumber 2 : 14 Janji Kerajaan Selangor Masih Belum Tertunai... 

KOS SARA HIDUP Rakyat meningkat di Selangor kerana Kerajaan Pakatan Haram negeri Selangor telah :

1) tidak menyelenggara jalan dengan baik yg menyebabkan penyelenggaraan kenderaan naik 100% seperti kerosakkan pada tayar, gegaran atau hentakan yg kuat apabila terlanggar lubang yg menyebabkan gegalas injin dan injin terpaksa di "tuning"kan semula setiap 2 bulan.

2) tidak menyelenggara sungai dengan baik sehingga berlaku banjir yg menyebabkan kerugian berjuta2 ringgit duit rakyat,,

3) PENIPUAN yg dibuat dengan tidak menunaikan JANJI untuk memberi RM75 untuk anak yg dihantar ke nurseri.

4) PENIPUAN untuk membuka tabung sebanyak RM100 kepada setiap anak kelahiran Selangor.


5) PENIPUAN untuk memberi sebanyak RM50 kepada anak2 pra sekolah.

6) PENIPUAN untuk memberi hadiah RM1000 kepada anak Selangor yg berjaya masuk ke Universiti.

7) PENIPUAN untuk memberi bantuan kepada anak2 muda yang hendak berumahtangga.

8) PENIPUAN untuk membuka pusat sukan & reakreasi mini untuk orang muda.

9) PENIPUAN untuk mencarumkan Takaful RM2,500 kepada semua warga emas, OKU dan anak yatim.

10) PENIPUAN untuk memberi elaun kepada ibu tunggal yg layak.

11) PENIPUAN untuk memberi elaun khas kepada suri rumah yg menjaga anak mereka sendiri di rumah.

12) PENIPUAN untuk membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.

13) PENIPUAN untuk mengurangkan cukai pintu kediaman sebanyak 20% dan komersial sebanyak 10%.

14) Belia2 terpaksa menyewa dewan2 untuk menjalankan aktiviti

JUSTERU ITU BANGUN RAKYAT SELANGOR UNTUK KITA TOLAK KERAJAAN PAKATAN INI PADA PRU13 YANG TIDAK BERAPA LAMA LAGI..

Sumber : Kulaan Niring

No comments:

Post a Comment