Saturday 29 September 2012

Kembara MY TV3 Sempena Jelajah Janji di Tepati Peringkat Negeri Sembilan

Bersama Pengerusi JKKK Kg.Jiboi Baru Tok Adam b.Amin...

 Bersama YB.Tuan Mustafa Salim, Crew MyTV3 di hadapan rumah Homestay Kg.Rawa...

 Merasai kenikmatan juadah dari gerai ke gerai.. Rasanya enak yar..

Bersama YB.Dato' Yunus Rahmat merasai buah Rock Melon...

Bergambar kenangan di hadapan P.S.M.A

Kembara Media Prima MY TV3, promosi Jelajah Janji Ditepati di persinggahan pertama di Ampangan...

 Melihat Sukarelawan menyelesaikan pengagihan makanan untuk belia-belia sempena Jelajah Janji Ditepati oleh YAB PM ke NS...Terima kasih semua
 
 Lepas ni sambung buat t-shirt pula yer..

Persiapan akhir di bilik Operasi

Assalamualaikum..

Akhirnya, tugasan terakhir.. menanti dan menunggu kehadiran YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Majlis Jelajah Janji Di Tepati peringkat Negeri Sembilan.

Ahli belia bila bersatu, mempunyai kelasnya tersendiri dan tidak rugi kiranya, saya memuji.. kita semua hebat. Tahniah..

 Kelansungan dari persiapan menanti kehadiran Perdana Menteri sebentar sahaja lagi dari sekarang, pagi semalam, saya dan rombongan bersama-sama Kembara My TV3 bersempena Jelajah Janji DiTepati di Negeri Sembilan.

Kami bermula di lokasi pertama iaitu di Ampangan kemudiannya menuju ke Lenggeng. Beramah mesra dengan masyarakat dan penduduk Lenggeng kami diraikan pula oleh YB Tn Mustafa Salim, ADUN Lenggeng di Homestay Kampung Rawa.

Turut menyertai kembara ini, bapa angkat DUN Kawasan Ampangan, Dato' Yunus Rahmat.

Keseronokan dan kegembiraan orang kampung menyambut ketibaan kembara My TV3 berbaloi kerana mereka turut menerima hadiah dan saguhati yang dibawa oleh kumpulan My TV3.

Hanya tinggal empat jam sahaja lagi sebelum majlis berlangsung. Mampukah kami mengalas tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan kepada kami??

Jawapannya, usaha sudah, bekerjasama sudah, bersukarelawan pun sudah.. akhirnya ku mohon pertolongan dan bantuan Mu ya Allah, berilah kerahmatan dan kesempurnaan majlis ini agar tiada cacat cela dan hubungan masyarakat menjadi semakin erat.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kami yakini kepimpinanmu.. kami yakin dengan kebijaksanaan kamu.. Kami turut merasai janji-janji ditepati..

Kepada Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, kami warga belia MBNNS menguccapkan syukur dan terima kasih kerana kepercayaan dan amanah yang diberikan. Kami belia sentiasa menyokong kepimpinanmu dari setiap sudut.

Semoga PRU13, kepimpinan Barisan Nasional terus kuat dan jitu.

Salam perjuangan..

Ikhlas,

Wan Salwati Hj Abdullah
Presiden MBNNS

No comments:

Post a Comment