Tuesday 24 April 2012

Kenapa Perlu Tolak Pembangkang


Malaysia adalah sebuah negara yang amat unik dan mempunyai satu budaya politik yang berbeza jika dibandingkan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Filipina. Kehangatan serta pergolakkan poltik Nasional juga mempunyai pasang surutnya. 

Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, kita harus bersyukur dengan apa yang kita dan negara perolehi. Kegusaran kita adalah kepada pembangkang yang dilihat seperti amat terdesak untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dengan menggunakan apa jua tipu helah, tindakan dan fitnah agar dapat memenangi hati rakyat.

Hari ini rakyat tidak lupa pada sejarah ketamadunan negara kita. Hasil kejayaan yang diperolehi bukan datangnya secara bergolek. Ianya adalah usaha daripada kerajaan dan UMNO yang memperjuangkan serta membela nasib rakyat terutama orang-orang Melayu dibandar ataupun di desa.

Hari ini juga rakyat sudah tahu menilai antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Apa yang catatkan dibawah ini adalah sebahagian sahaja. Jika hendak dihurai dan dinyatakan amat banyak, Kenapa kita perlu menolak pembangkang :-    

1. Dipimpin seorang manusia yang kuat Pembohong

2. Kepimpinan yang Diragui Akhlaknya dan Tidak Bermoral

3. Bersekongkol dengan Zionis dan Agennya.

4. Memperlekehkan Ketuanan Melayu yang menjadi Asas Perlembagaan

5. Mendokong Pluralisme.

6. Mempelopori politik Huru-hara dan Keganasan.

7. Menghina Agama, Bangsa dan Negara terutama di media asing.

8. Memperlekehkan pihak berkuasa keselamatan yang siang malam bertugas untuk kesejahteraan rakyat.

9. Didalangi puak rasis yang berselindung disebalik demokrasi.

10. Mengajar rakyat menghina undang – undang

11. Mengamalkan politik lupa daratan dan menanamkan nilai tidak mengenang budi dikalangan generasi muda.

12. Amat gilakan kuasa

13. Mengamalkan budaya kuku besi. One man show.

14. Hidup bertunjangkan fitnah.

15. Tiada prinsip dalam berpolitik. Contohnya Pas sanggup buang “NEGARA ISLAM” demi nak jaga hati DAP.

16. Di Kelantan, lebih 20 tahun Pas memerintah tetapi rakyat masih tidal mendapat bekalan air bersih.

17. Pas Kelantan gagal tunaikan janji PRU 1990 nak bagi RM 100 kepada warga emas dan janji semasa bersama Pakatan Rakyat tak tertunai.

18. Di Kelantan juga, kerajaan Pas ‘kelentong' orang asli dalam isu Ladang Rakyat.

19. Pas gagal atasi masalah perumahan rakyat. 
 
20. Pakatan ‘menghalalkan’  rasuah politik. 

21. Pas kononnya memperjuangkan ISLAM tetapi menghina tuntutan ISLAM supaya berbaik – baik dengan saudara seagama.

22. Fahaman "menghalalkan cara" dimainkan oleh pembangkang.

23. Pakatan menghasut rakyat untuk berdemostrasi.

24. Di Selangor, Pakatan tunjuk ciri – ciri menderhaka dengan mempertikai kuasa Sultan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

25. Semua parti dalam Pakatan mengamalkan Kronisme.

26. Mengamalkan rasuah dan pilih kasih dalam pentadbiran.


Oleh itu, janganlah kita dibuai dengan dakyah serta janji pembangkang. Sehingga kini, BN adalah satu-satunya parti yang mampu dan terbukti kemampuannya dalam mentadbir dan membela nasib rakyat Malaysia.


Salam Perjuangan


" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.




 
UNTUK BELIA 29 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"



No comments:

Post a Comment