Thursday 15 March 2012

UNDI POS : Satu Perubahan Penambahbaikan.

UNDI POS.

PS menyokong sepenuh Transformasi SPR dalam usaha menambahbaik proses serta kaedah kepada pengundi semasa Pilihan Raya Umum. Ianya melibatkan Undi Pos yang menjadi pertikaian terutama pihak pembangkang seolah-olah undi pos ini penuh dengan keraguan dan penipuan.

Ini bermakna kesemua 242,294 pengundi pos akan secara automatik menjadi 'pengundi awal' pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekali gus memantapkan lagi ketelusan proses pilihan raya di negara ini.

Pecahan daripada jumlah itu, seramai 147,681 orang adalah anggota tentera manakala selebihnya 94,613 anggota polis. Ini adalah pelaksanaan peraturan baru yang diperkenalkan buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Pengundian secara pos ini menimbulkan kontroversi seolah-olah undi pos tidak telus dan perkara ini telah dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Bagi PS, jikalah benar undi pos ini penuh dengan keraguan dan penipuan, masakan pula pembangkang boleh menawan negeri Kedah, Penang, Perak (suatu ketika dulu) Kelantan dan Selangor?

Sebagai anak muda yang melihat perkembangan dan kenyataan yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang, ianya adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Janganlah pula nanti pelbagai isu/perkara lain yang dipersoalkan.

Jikalah benar apa yang dikatakan oleh pihak pembangkang mengenai ketulusan ataupun penipuan yang dilakukan oleh pihak SPR, PS ingin bertanya, Kenapa pemimpin pembangkang yang suatau masa ketika dulu merupakan sebahagian daripada UMNO dan Kerajaan tidak berbuat apa apa untuk membetulkan keadaan?



No comments:

Post a Comment