Thursday, 12 July 2012

Kepimpinan perlu profesional melaksanakan amanah dan tanggungjawab


Nurjihah menceritakan bagaimana tragedi boleh berlaku...Beliau mangsa ragut ketika sedang bertugas di tol Seremban kelmarin.


Amanah adalah satu hak yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang sama ada tanggungjawab itu milik Allah (hak Allah) mahupun hak manusia (hak insan) baik berupa pekerjaan mahupun perkataan dan pekerjaan hati.

Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar.

Kebaikan orang awam suka menyempitkan pengertian amanah hanya menjaga urusan yang melibatkan kewangan sahaja bahkan pengertian amanah di dalam Islam cukup luas dan berat pertanggungjawabkan.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : 

" Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.”

Dari hadis ini jelaslah bahawa tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan diri dari tanggungjawab, dan tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan tugasnya terhadap masyarakat dan semuanya akan ditanya oleh Allah apakah tanggungjawab kita itu dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak.

Terdapat satu kisah yang telah diceritakan oleh Abdullah Ibnu Dinar, 

“Pada suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar Al-Khatab di Mekah, waktu itu saya bertemu dengan seorang budak pengembala kambing yang sedang mengembala kambingnya. Kemudian Saidina Umar berkata kepada budak pengembala kambing itu : " juallah kambing itu kepadaku "

budak itu menjawab : " kambing ini bukan kambingku, tetapi kepunyaan tuanku ". Kemudian Saidina Umar sekali lagi cuba menawarnya : " Bukankah engkau dapat mengatakan kepada tuan engkau, bahawa satu di antaranya telah dimakan serigala, dan pasti tuan engkau tidak akan mengetahuinya. " Tidak, saya tidak mahu, " kata budak itu, " sesunggguhnya Allah maha mengetahui ". Kemudian setelah mendengar yang demikian, menangislah Saidina Umar dan berkata kepada pengiringnya supaya memanggil tuannya, Saidina Umar telah membeli budak itu lalu dibebaskan oleh beliau, dengan berkata : " Sejak hari ini engkau bebas merdeka di dunia dan engkau akan lapang di akhirat ".

Sabda Rasulullah s.a.w. seperti mana yang telah diberitahu oleh Anas bin Malik yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang yang tidak dapat dipercayainya. Dan tidak sempurna agama orang yang tidak menunaikan janji.

Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :
Maksudnya : " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".

Amanah hendaklah diberikan kepada orang yang benar-benar boleh melaksanakannya, kerana menurut hadis Rsulullah s.a.w. dari riwayat Muslim : Dari Abu Zhar, dia berkata : " Saya berkata " : Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya. "  Rasulullah bersabda " hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya.

Hadis di atas kita lihat dimana Abu Zhar ketika meminta jawatan, tidak dipedulikan oleh Rasulullah. Kerana amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu) dan mengangkat orang yang bukan ahli. Sesungguhnya kisah nabi Yusuf yang jujur, termaktub dalam Al-Quran adalah satu pengajaran yang baik untuk dijadikan pedomannya sepertimana firman Allah ta’ala :

Maksudnya : " Berkata Yusuf : " berikanlah kepadaku jawatan perbendaharaan negara (Mesir) kerana sesungguhnya aku adalah orang yang paling pandai menjaga, lagi berpengetahuan ".

Dan perhatikan riwayat hadis dibawah ini :

Yazid bin Abu Sufiyan berkata : Telah berkata kepadaku Abu Bakar r.a. diwaktu beliau mengutusku ke negeri Syam : Hai Yazid ! sesungguhnya engkau mempunyai kerabat, boleh jadi engkau mengutamakan mereka buat memegang kekuasaannya, dan itulah yang aku khuatirkan atasmu, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bererti :"Barangsiapa menguasai sesuatu dari urusan kaum muslimin, lalu dia memberi kuasa kepada seseorang atas mereka kerana cintanya, maka laknat Allah menimpa atasnya, Allah tidak diterima daripadanya gantian dan tidak pula tebusan, sehingga dia dimasukkan ke dalam neraka jahannam ". (Riwayat Al-Hakim)

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya. Hadis tersebut yang bererti : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., bertanya tentang " bilakah terjadi kiamat ". Rasulullah s.a.w. menjawab : yang bermaksud :" Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi : Bagaimanakah keadaan itu berlaku ? jawab Rasulullah s.a.w. : " iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan).

Untuk memenuhi erti amanah, hendaklah manusia berlumba menunaikan tugasnya dengan tegas dan bersungguh-sungguh serta sebaik-baiknya dalam menyempurnakan satu amanah yang dijunjung tinggi. Islam menyarankan supaya manusia ikhlas bekerja dan suka memperhatikan hak-hak manusia yang diamanahkan kepadanya, tidak memandang ringan tugas yang diamanahkan.

Wallahualam. =)


Salam Perjuangan..


"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan"


ikhlas,

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan

Tuesday, 10 July 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Assalamualaikum wth,

Kami mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Datuk di dalam menjalankan tanggungkawab sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, begitu juga perjuangan di dalam Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Semoga di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur.


Monday, 9 July 2012

Pergi Tak Kembali, Sebutir Bintang Budayawan Bangsa.. Al-Fatihah



KUALA LUMPUR, 9 Julai  - Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara tokoh budayawan Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz, yang meninggal dunia hari ini.
Arwah yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Seri Dr. Zeti Akhtar Abdul Aziz meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. – MediaUMNO
Takziah dari saya dan keluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazah beliau dan tergolong dengan golongan orang yang beriman.
Alfatihah, Amin.

Tahniah Kelab Pemilik Volkswagen NS

Bekerja di pagi minggu yang sangat menceriakan.. Bersama kereta klasik volkswagen yang antik dan unik..

Saya di Sutera Hotel S2 pagi tadi di Majlis Perasmian Kelab Pemilik Volkswagen Negeri Sembilan memenuhi jemputan Mr. Ganesan Pengerusi Kelab Pemilik Volkswagen. 

Turut memenuhi undangan tersebut Dato' VS Mogan, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.





Sedikit sejarah volkswagen yang boleh dikongsi bersama-sama seperti di bawah, 


Walaupun sudah lebih 60 tahun sejak kemunculan pertama kereta Beetle dengan bentuk ikonik ala kumbang dari kilang Wolfsbug, Jerman ia masih mendapat sambutan hangat dari geenrasi tua mahupun muda serta mempunyai ramai peminat setia dari serata dunia.


Penjimatan bahan api, ketahanan enjin, reka bentuk asas yang ringkas dan mudah diselenggara serta kos produksi dan harga penjualan yang murah merupakan faktor utama untuk pembinaan model Beetle. Prototaip pertama Beetle pada tahun 1933 waktu itu dilengkapkan dengan enjin penyejukkan udara berkuasa 19 kW (25hp) yang tahan lasak, selain daripada reka bentuk unik direka oleh Dr. Ferdinand E Porsche atas arahan tegas daripada Adolf Hitler, diktator Jerman pada era Perang Dunia Kedua.


Rekabentuk prototaip pertama Beetle banyak yang dipengaruhi oleh reka bentuk Tatra, sebuah syarikat pengeluar kereta dari Czechoslovakia pada masa itu. Pada awalnya ia dikeluarkan sebagai ‘kereta rakyat’ sebelum diserapkan ke dalam pasukan bersenjata sebagai antara jentera kegunaan ringan di medan peperangan. Namun selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, ia masih dikeluarkan atas permintaan ramai sehinggalah berakhirnya produksi Beetle di kilang Volkswagen di Mexico pada tahun 2003. 


Antara model-model Volkswagen klasik dari tahun 1940an hingga 1980an terdiri daripada model seperti Combi, Safari, Single Cab, Double Cab, Transporter, Oval, Country Buggy, Beach Buggy, Karman Ghia, Variant Fastback, Cabriolet, Variant Squareback Type 3. 


Semoga dengan perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua.



Salam Perjuangan..

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan"


Ikhlas,

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan 






Saturday, 7 July 2012

Khawlah al-Azwar, lembutmu bukan halangan


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Sebentar tadi, saya berkesempatan hadir merasmikan Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang. Tahniah kerana berjaya bersidang untuk kesekilan kalinya. 

Bersama Dato' Ismail Kijo, Ketua UMNO Bahagian Ampangsebelum persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang

Buat sahabat perjuangan puteri, belia dan seantero dunia, saya kongsikan sirah srikandi Islam bernama Khawlah al-Azwar. 

Persoalannya di sini, mahukah kita menjadi srikandi yang ditatang lemah oleh kawan dan lawan? Mengundur tidak semestinya kalah. Mengalah bermakna menang. Bertindak sudah tentu dengan langkah iman.

Siapa??? Sudah pasti kita.. Baca kisah ini untuk motivasi perjuangan kita di Pergerakan Puteri UMNO serata tanahair. 

Kilatan demi kilatan pedang tangkas menghunus. Perang semakin sengit. Tentera muslim berdepan dengan tentera Rom yang ramai. Perindu-perindu syahid keletihan. Saat melamar bidadari syurga terasa kian hampir. Biar syahid, mengalah tidak sekali.

Seekor kuda perang meluncur gagah. Penunggangnya, wajah berlitup kain. Berani. Debu-debu berterbangan. Mata-mata terbeliak kagum, Teruja. Amuk si pewira mengayun tombak dengan garang. Musuh-musuh Allah jatuh dibuatnya. Allahukbar. Semangat tentera muslim menggelegar di udara. Musuh berasa gerun. "Adakah itu Khalid bin al-Walid?" Musuh tertanya-tertanya. Sememangnya nama besar Khalid al-Walid cukup menggetarkan mereka.

Salah seorang ketua skuad Islam, Raafe bin Umaira berbisik kagum, "beliau bertempur seperti Khalid al-Walid". Tersingkap tabir wajah, nyatalah si pewira bukan seorang lelaki berhati waja sebaliknya seorang srikandi yang perkasa. Tatkala mengetahui tentera yang sedang mengucar-kacirkan musuh itu adalah Khawlah al-Azwar, Khalid al-Walid hampir terjatuh dari kudanya.Takjub!

Misi membebaskan abang tersayang.
Khawlah al-Azwar terdorong menggempur musuh, mencari syahid dalam peperangan itu sebaik sahaja telinganya menangkap berita, abangnya Zirar al-Azwar telah ditawan. Sangkar besi milik tentera Rom yang penuh dengan penyeksaan membuatkan Khawlah al-Azwar tidak mampu lagi berdiam diri, lantas membuat pembelaan. Beliau asyik membayangkan betapa deritanya si abang melalui saat-saat ngeri disebalik jeriji-jeriji besi.

Peperangan beransur reda apabila pertahanan pihak musuh berjaya dipecahkan. Khawlah tidak sabar-sabar menanti operasi seterusnya. Abangnya mesti dibebaskan. Tentera muslimin mengatur operasi serangan seterusnya di Beit Lahiya, Gaza Palestin. Di situ Zirar al-Azwar dipercayai terpenjara. Khawlah al-Azwar menghunus pedang,menyertai perang. Akhirnya di situ abangnya yang tersayang di bebaskan.

Mahir berkuda dan bersenjata.
Khawlah al-Azwar, nama seindah identiti. Dibesarkan pada zaman Islam sering diancam peperangan. Ayahnya memperlengkapkan dirinya dengan ilmu mempertahankan diri. Sejak kecil, dia diasuh menunggang kuda dan bermain pedang. Segala teknik dan kemahiran diperturunkan. Maka mekarlah mawar agama itu sebagai seorang srikandi dengan perkasa.

Dalam perang Yarmouk, beliau cukup berwibawa memimpin dan memelihara kaum wanita yang ikut serta dalam peperangan itu.Tidak lengkap pasukan tentera islam tanpa kaum wanita sebagai sayap kiri perjuangan. Keberanian Khawlah terserlah sehingga kepalanya cedera mengalirkan darah. Pengorbanannya tidak sia-sia. Panji kemenangan muslim berkibar-kibar dalam peperangan itu hingga membawa kepada pembukaan syam. Bandar Damsyik bercahaya dengan sinar baru.

Membuka kurungan.
Dalam peperangan Sahura, Khawlah dan beberapa orang mujahadah muslimah tertawan. Ah, tiada episod kekalahan. Lawan tetap lawan. Mungkin begitu jeritan batin Khawlah. Beliau tidak mahu hanya menanti bantuan tanpa berusaha melakukan tindakan. Tertendang-tendang hatinya menyuruh berlawan. Pengawal-pengawal yang mengurung mereka nampak gagah perkasa. Sekali pandang, untuk menemui kebebasan memang mustahil. Dia mungkin tidak berupaya melawan secara berseorangan.Lalu dia berpidato untuk meniup semangat teman-teman seperjuangan.

"Wahai sahabat-sahabatku yang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari-saudari sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati? Adakah saudari rela dihina dan dicaci maki oleh bangsa rom yang durjana? Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang muslimah yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita dari menjadi hamba orang-orang Rom."

Sebelum memulakan misi serangan ke atas pengawal-pengawal Rom itu, mereka berdoa, bertaubat dan bermunajat sesungguh dan seikhlas hati kerana selepas ini mereka mungkin dibantu Allah ataupun dibawa kembali selamanya kepada Allah. Menang atau mati syahid, mengalah tidak sekali.

Khawlah al-Azwar berpidato sekali lagi."Jangan sekali-sekali saudari gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. InsyaAllah pertolongan Allah sudah dekat

Allahuakbar! Pejuang-pejuang muslimah bertempur dengan pengawal-pengawal durjana itu dan akhirnya berjaya menumpaskan mereka. Lantas mereka lari membebaskan diri dari kurungan untuk terus berjihad bergabung dengan tentera muslimin.

Begitulah kentalnya episod hidup Khawlah al-Azwar yang terakam unggul. Adakah akan lahir seorang lagi srikandi seperti beliau? Beliau juga seorang wanita yang punyai 1 akal dan 9 nafsu.

Beginilah kita berjuang di zaman serba mencabar kian hari. Agar sirah diatas mempertingkatkan semangat dan jati diri, buat kita. Amin.

Salam hebat!!!!

Salam Perjuangan,

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu. Tidak Dapat dikalahkan."



Ikhlas
Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia dan Sukan Malysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan


Tuesday, 3 July 2012

KIBARKAN JALUR GEMILANG



RAMAI yang mungkin mengambil kiraan mudah bila diajukan soalan ini - Sudah berapa tahun Jalur Gemilang berkibar di tanah air ini?

Lima puluh Lima tahun, tentunya jika berdasarkan sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini.

Sebenarnya Jalur Gemilang dengan 14 jalur merah putih, bulan dan bintang empat belas pecahan berwarna kuning yang berlatar belakang warna biru di satu sudut itu, sudah berkibar tujuh tahun sebelum merdeka.

Empat belas jalur merah dan putih melintang yang sama lebarnya menandakan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. Warna biru tua di atas sebelah kiri yang mengandungi anak bulan, ialah lambang agama Islam, agama rasmi negara.

Bintang pecah empat belas pula ialah tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja bagi raja-raja Melayu.

Bendera kebangsaan dicipta daripada satu pertandingan pada November 1949.

Enam bulan selepas itu Raja Britain, King George ke-VI mengarahkan bendera itu dikibarkan sebagai bendera baru Persekutuan Tanah Melayu pada 26 Mei 1950.
George VI (Albert Frederick Arthur George; 14 December 1895 – 6 February 1952) 

Beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap corak asal bendera itu sehinggalah secara rasminya ia dinamakan Jalur Gemilang pada 1997, ketika negara berusia 40 tahun.

Jalur Gemilang yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.



Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.


                                                      Mohamed bin Hamzah (1918 - 1993)

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.



Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.



Fakta Jalur Gemilang

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan DatukHashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.
Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.
Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.
28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Maksud lambang dan warna;

- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.
- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.


Tema Hari Merdeka 2012. “Janji Ditepati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2012.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

“Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak,” katanya.



Sebagai anak bangsa yang cinta kan tanah air, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang bermula seawal bulan ogos. Kibarkan Jalur Gemilang !!!







Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.




Thursday, 28 June 2012

MENZIARAH PESAKIT DIABETES

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Menziarahi Tn.Hj Yaakub b. Badrun di Kg.Bukit Ampangan, mengidap kencing manis dan darah tinggi...sebelah kaki telah dipotong.

Tn.Hj Yaakub b. Badrun Menerima sumbangan kerusi roda daripada Per.Puteri UMNO Bhg.Sban

Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:

v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.

Keperluan penjagaan diri pesakit kencing manis
Pesakit kencing manis perlu mengikuti diet yang dirancang khas dan program senaman serta mengambil ubat yang diberikan mengikut masa. Selain itu, disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi tertentu, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi.


Salam Perjuangan
" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "



Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.