Tuesday, 11 September 2012

Puteri NS siap siaga pastikan kemenangan 2/3 BN buat Negeri Sembilan

 Mesyuarat AJK Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan semalam, pelbagai perkara dibincangkan terutama bagi menghadapi Pilihanraya PRU13.

Setakat semalam, perkara yang diperbincangkan, diperincikan dan yang diputuskan secara bersama telah terlaksana hampir 90%. 10% yang tinggal ialah bila mana kita menghadapi PRU13 yang dijangka sengit dan berpengaruh.

Kita tidak boleh memandang lekeh pada pembangkang, kerana mereka sentiasa bekerja untuk memastikan kemenangan buat mereka. 

Satu ketika dahulu, mereka menang pada persepsi masyarakat dan itulah yang sepatutnya menjadi titik pengajaran dan pembelajaran kita.

Kita perlu akur dan tunduk kepada kemenangan mereka di atas persepsi yang di bawa sehingga kita terlupa masyarakat perlu mengundi Barisan Nasional.

Mandat PRU13 akan berakhir dalam tempoh enam bulan ini. Kita telah melihat mereka masih menjual persepsi yang tidak bermaruah. Adakah kita masih mahu kalah dengan jualan persepsi mereka.

PRU12 kita leka, kerana beranggapan persepsi itu tidak akan mempengaruhi perasan dan emosi pengundi. Nah, PRU12 keputusan tsunami tidak memihak kepada Barisan Nasional dan semua menjadi mangsa tsunami ibarat jasad ditanam hidup-hidup.

Kini, hampir 5 tahun berlalu, tsunami pilihanraya tidak akan berulang dua kali. Allah telah memberi detik kepada kita bahawa kemenangan PR pada PRU12 untuk membangunkan dan membangkitkan kita.

Itulah uniknya logo Barisan Nasional yang menggunakan lambang dacing sebagai gambaran keseimbangan yang tidak terfikir oleh parti yang lain.

Andai, dacing senget sebelah.. kita perlu sedar berubah.. buang yang keruh dan ambil yang jernih. Pengkhianat di dalam parti perlu kita tentang habis-habisan. Musuh seperti Anwar Ibrahim, Antony Loke, S. Thanggam mahu pun Chegu Bard perlu kita ajar makna menjadi warganegara.

Kita tidak ada maksud lain, apabila mereka tidak berada dalam lingkungan kita, dacing akan kembali seimbang dan adil kepada semua.       

Pergerakan Puteri UMNO yang diamanahkan menjaga unit IT di setiap PDM seluruh Negeri Sembilan telah bersedia. Semoga titik peluh kami mendapat keberkatan dari Allah SWT jua.

Salam perjuangan..

Klik Sini Untuk Melihat Keputusan Penuh PRU12 Negeri Sembilan

 Keputusan Bagi Parlimen di Negeri Sembilan (Pilihanraya Umum ke-12) 


No
Kawasan Parlimen
Menjadi Wakil Rakyat (Ahli Parlimen)
Mewakili Parti
P126
Jelebu
P127
Jempol
P128
Seremban
P129
Kuala Pilah
P130
Rasah
P131
Rembau
P132
Telok Kemang
P133
Tampin

Dewan Undangan Negeri Sembilan


Dewan Undangan Negeri Sembilan
ديوان اوندڠن نكري سمبيلن
Lambang Negeri Sembilan Darul Khusus
Jenis
Jenis Satu dewan
Dewan Dewan undangan negeri
Kepimpinan
Yang di-Pertua Razak Mansor, Barisan Nasional - UMNO
Menteri Besar Datuk Mohamad Haji Hasan, Barisan Nasional - UMNO
sejak 8 Mac 2008
Ketua Pembangkang Loke Siew Fook, Pakatan Rakyat - DAP
Ahli 36
Kumpulan politik
Barisan Nasional
21 / 36
Pakatan Rakyat
15 / 36
Pilihan raya
Pilihan raya terakhir 8 Mac 2008
Tempat persidangan
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sembilan, Seremban
Laman sesawang
ns.gov.my

Dewan Undangan Negeri Sembilan atau DUN Negeri Sembilan terdiri daripada 36 kawasan DUN. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Keputusan pilihan raya

 

Keputusan pilihan raya Malaysia pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Undangan Negeri

Calon Undian % undi Kerusi % kerusi +/–
Negeri Sembilan





Barisan Nasional BN-100px.jpg: 36

21 58.34 ▼13
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO (Malaysia).svg 21

19 52.78 ▼3
Persatuan Cina Malaysia Flag of the Malaysian Chinese Association.svg 11

1 2.78 ▼7
Kongres India Se-Malaysia MIC logo.gif 2

1 2.78 ▼1
Parti Gerakan Rakyat Malaysia Gerakan.gif 2

0 0.00 ▼2
Parti Pembangkang, termasuk parti komponen Pakatan Rakyat: 36

15 41.67 ▲13
Parti Tindakan Demokratik DAP-100px.jpg 11

10 27.78 ▲8
Parti Islam SeMalaysia PAS logo.svg 13

1 2.78 ▲1
Parti Keadilan Rakyat Lambang keadilan.png 12

4 11.11 ▲4
Bebas (dan lain-lain) 0

0 0.00 ▬
Jumlah keseluruhan 72
100.00 36 100.00 ▬

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

DUN Negeri Sembilan 2008

Negeri Sembilan

Barisan Nasional 21 | Parti Tindakan Demokratik 10 | Parti KeADILan Rakyat 4 | Parti Islam Se-Malaysia 1
No. Kawasan Menjadi ADUN Mewakili Parti
N1 Chennah Siow Chen Pin Barisan Nasional BN
N2 Pertang Razak Mansor Barisan Nasional BN
N3 Sungai Lui Zainal Abidin Ahmad Barisan Nasional BN
N4 Klawang Yunus Rahmat Barisan Nasional BN
N5 Serting Shamsulkahar Mohd Deli Barisan Nasional BN
N6 Palong Aziz Shamsuddin Barisan Nasional BN
N7 Jeram Padang Mogan Velayatham Barisan Nasional BN
N8 Bahau Teo Kok Seong Parti Tindakan Demokratik DAP
N9 Lenggeng Mustafa Salim Barisan Nasional BN
N10 Nilai Yap Yew Weng Parti Tindakan Demokratik DAP
N11 Lobak Loke Siew Fook Parti Tindakan Demokratik DAP
N12 Temiang Ng Chin Tsai Parti Tindakan Demokratik DAP
N13 Sikamat Aminuddin Harun Parti KeADILan Rakyat PKR
N14 Ampangan Rashid Latiff Parti KeADILan Rakyat PKR
N15 Juasseh Mohammad Razi Kail Barisan Nasional BN
N16 Seri Menanti Abd Samad Ibrahim Barisan Nasional BN
N17 Senaling Ismail Lasim Barisan Nasional BN
N18 Pilah Adnan Abu Hassan Barisan Nasional BN
N19 Johol Roslan Md Yusoff Barisan Nasional BN
N20 Labu Hasim Rusdi Barisan Nasional BN
N21 Bukit Kepayang Cha Kee Chin Parti Tindakan Demokratik DAP
N22 Rahang Arumugam Karuppan Parti Tindakan Demokratik DAP
N23 Mambau Wong May May Parti Tindakan Demokratik DAP
N24 Senawang Gunasekaren Palasamy Parti Tindakan Demokratik DAP
N25 Paroi Mohamad Taufek Abd Ghani Parti Islam Se-Malaysia PAS
N26 Chembong Zaifulbahri Idris Barisan Nasional BN
N27 Rantau Mohamad Haji Hasan Barisan Nasional BN
N28 Kota Awaludin Said Barisan Nasional BN
N29 Chuah Chai Tong Chai Parti KeADILan Rakyat PKR
N30 Lukut Ean Yong Tin Sin Parti Tindakan Demokratik DAP
N31 Bagan Pinang Mohd. Isa Samad Barisan Nasional BN
N32 Linggi Ismail Taib Barisan Nasional BN
N33 Port Dickson Ravi Munusamy Parti KeADILan Rakyat PKR
N34 Gemas Zainab Nasir Barisan Nasional BN
N35 Gemencheh Mohd Kamil Abd Aziz Barisan Nasional BN
N36 Repah Veerapan Superamaniam Parti Tindakan Demokratik DAP                               

Sunday, 9 September 2012

SOKONG!!! Pengkhianat tidak boleh wujud dalam parti..


Tindakan Singkir Ahli Khianat Wajar Diikuti Parti Komponen BN – Muhyiddin


MUAR, 9 Sept – Tindakan UMNO menyingkir mana-mana pemimpin atau anggota yang melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang wajar diikuti oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kesemua parti komponen BN tidak harus memandang remeh perbuatan tersebut dan membiarkan sahaja pihak yang berkenaan merasakan mereka terlepas.

“Sepatutnya mereka ambil langkah yang serupa untuk memelihara kedudukan parti kerana setiap calon itu bertanding bukan atas tiket parti tetapi tiket BN.

“Kita tahu dalam BN ada 13 buah parti, sepatutnya di mana kawasan sekalipun didapati ada anggota parti yang dianggap mensabotaj parti dan jika ada bukti perlakuan buruk itu dilakukan, maka wajar parti itu ambil tindakan disiplin termasuk memecat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di sini Ahad.

Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahukan tindakan menyingkir anggota yang melakukan sabotaj terhadap calon parti diperluaskan kepada parti kompenen lain dan bukan melibatkan UMNO sahaja.

Kenyataan itu susulan amaran keras Timbalan Perdana Menteri pada Sabtu yang menyebut UMNO akan menyingkirkan mana-mana anggota atau parti yang mensabotaj parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu pandangan yang baik dan wajar dipertimbangkan oleh parti komponen BN.

“Tidak semestinya menang, mereka yang sabotaj itu terlepas. Ada kawasan sabotaj kita menang, tetapi hakikatnya ia tidak sepatutnya dilakukan atas prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada parti,” katanya.

Ditanya mengapa tindakan itu tidak dilakukan oleh BN sebaliknya diserahkankepada parti masing-masing, beliau berkata, ini kerana setiap parti mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan anggota-anggotanya tertakhluk di bawah perlembaagaan parti berkenaan.

Maka parti itu mempunyai bidang kuasa untuk bertindak jika ahli melanggar disiplin, kesannya serupa,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya sebelum itu, Muhyiddin mengingatkan anggota UMNO, bahawa senario politik pada masa kini tidak lagi sama seperti dahulu.

Katanya, orang Melayu kini juga berpecah dan tidak tentu hala tujuan gara-gara perbezaan ideologi yang disebarkan oleh pembangkang yang begitu ghairah hendak mengambil alih pemerintahan negara.

Sehubungan itu, katanya, perubahan perlu dilakukan oleh anggota UMNO bagi menjamin parti itu terus releven dan kekal sebagai parti yang menyatukan dan membela nasib orang Melayu.

Sumber : UMNO Online

Intifada : Mentari Merah di Ufuk Timur



Dungun, 09 Sept : Ibu dan bapa pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Wilayah Nizhny, Russia, Ahad lalu, sebak dan terpaksa dipapah saudara mara sebaik melihat jenazah anaknya diusung ke Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Kampung Molek, di sini, pagi semalam.
Rokayah menyiram air mawar ke atas pusara Hanisah.
Jenazah Hanisah Muhd Shah, 22, yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 11 malam kelmarin, dibawa dengan kereta jenazah dan tiba di Masjid Tengku Intan Zaharah, jam 6 pagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Kampung Molek untuk dikebumikan.
Muhd Shah Salleh, 62, dan isteri, Rokayah Mohd, 61, yang sebelum itu memberitahu hatinya sangat sedih dan tidak sanggup menatap wajah arwah anaknya, Hanisah, 22, akhirnya berubah fikiran dengan menatap dan memberi ciuman ke atas jenazah anaknya buat kali terakhir.
Katanya, dia dan isteri terasa pilu apabila mengingatkan wajah ceria anaknya sepanjang dua bulan bercuti di kampung serta saat perpisahan di KLIA, pada 2 September lalu yang tetap kekal dalam sanubari.
“Saya dan isteri kelmarin, mengambil keputusan tidak mahu menatap wajahnya (Hanisah) dan bercadang supaya jenazahnya segera disembahyangkan dan selepas itu terus dikebumikan.
“Namun hari ini (semalam) hati kecil kami berbisik agar kami menatap wajahnya untuk kali terakhir,” katanya yang menahan sebak ketika ditemui selepas selesai solat jenazah di masjid berkenaan.
Puas hati
Muhd Shah berkata, biarpun sangat sedih, beliau dan isteri berpuas hati kerana dapat menunaikan semua permintaan arwah sepanjang dua bulan pulang bercuti termasuk sempat berhari raya bersama keluarga.
Beliau sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang banyak membantu sehingga urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar dan cepat serta media massa yang melaporkan kemalangan itu.

Saya sempat menzizrahi ibu bapa arwah dan berharap ibu ini terus tabah menghadapi segala dugaan hidup.
Semoga rohmu damai di sana.. Al- Fatihaah..

Sila klik sini untuk berita sebelumnya..