Sunday, 22 July 2012

SIRI 1 : Ringkasan Eksekutif Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Negeri Sembilan



Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia kini sering disuarakan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di dalam beberapa program bersama Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS).

Akhirnya, Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS) mengambil cabaran ini  dan bermesyuarat membincangkan halatuju penubuhan DUN Belia secara serius seperti yang dipersetujui oleh Menteri Besar ketika berucap di Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sembilan 2012 pada Mei lalu.

Hasil perbincangan ini, maka Makmal Kajian Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Negeri Sembilan dianjurkan selama 3 hari 2 malam bagi memperhalusi dan memperincikan akta dan perlembagaan DUN Belia Negeri Sembilan yang bakal wujud tidak lama lagi.

Saya sebagai Presiden MBNNS memberanikan diri menyahut cabaran Menteri Besar ini kerana di bawah MBNNS sendiri, terdapat banyak Persatuan Belia Melayu, Cina dan India. Jelas terbukti, ianya platform terbaik anak muda.

Malah pendekatan belia untuk belia seperti dihasrat Menteri Besar, sesuatu yang bakal memberi manfaat kepada belia sepenuhnya. 

Belia terkenal dengan kecenderungan kebebasan beraktiviti dan ada masanya, mereka lupa kebebasan itu boleh membantu dan disalurkan di dalam bentuk aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat. Apa yang penting, mereka perlu disedarkan mengenai halatuju belia sebagai peneraju pembangunan negara dan negeri di masa akan datang.

Selamat datang belia, apabila DUN Belia ini direalisasikan kelak, anda akan jadikan medium ini menjadi hak anda dan hak anda juga ada batas bebasnya seperti mana yang terangkum dalam undang-undang negara.

Hak bebas anda merangkumi menyuarakan idea dan pandangan serta cadangan khidmat anda kepada pembangunan negeri. Hak bebas itu juga merangkumi penglibatan secara langsung dan tidak langsung anda kepada aktiviti-aktiviti berasaskan minat belia dewasa ini.

Boleh jadi, hak bebas anda menghampiri perhubungan anda dengan pemimpin negeri umpama sembang kedai kopi, kenduri rakyat, bersembang di talian, bersms dan berhubung di facebook. Inilah sifat keterbukaan alaf baru yang perlu belia Negeri Sembilan polopori. 

Negeri Sembilan bakal jadi negeri pertama mewujudkan DUN Belia dan ini telah disahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Ahmad Shabery Chek di Persidangan Parlimen Malaysia ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang bertanya berkaitan penubuhan DUN Belia di negeri-negeri.

Objektif dan peranan




Penubuhan DUN Belia amat signifikan bagi Negeri Sembilan untuk memberikan platform yang sah dan berkesan bagi mendengar suara belia khususnya golongan majority belia yang tidak menyertai mana-mana pertubuhan belia yang perlu didekati dan didengari suara mereka. Kelompok majority belia ini harus diberikan peluang secara langsung untuk menyuarakan pandangan mereka bagi mewakili suara dan aspirasi kelompok-kelompok dan lokaliti mereka dan memberikan ruang untuk memberikan sumbangan yang lebih bermakna dalam aspek pembangunan belia.

DUN Belia diyakini bakal menjadi entity bebas yang benar-benar boleh mewakili suara dan aspirasi keseluruhan generasi muda Negeri Sembilan di semua peringkat sama ada yang menyertai pertubuhan belia atau belia tidak agar wujud kerjasama dan persefahaman yang erat antara Kerajaan Negeri dan para belia bagi sama-sama membangunkan negeri tercinta ini.

Dalam skop dan aspek perwakilan yang lebih meluas, DUN Belia juga akan berperanan melengkapi peranan Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) Negeri Sembilan yang menaungi pertubuhan-pertubuhan belia melalui Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS).

Fungsi DUN Belia




a.       Menyediakan platform pertemuan yang sah dan kekal bagi para belia di peringkat akar umbi menyatakan suara, idea dan pandangan kreatif dan inovatif mereka yang melibatkan kepentingan dan kehendak semasa generasi muda agar disalurkan kepada pihak yang sepatutnya. 

b.      Meningkatkan penglibatan dan proses membuat keputusan serta penyelesaian permasalahn para belia.

c.       Memberikan peluang dan ruang yang luas untuk para belia memberikan sumbangan dari pelbagai segi dan sisi dalam aspek pembangunan belia khususnya dalam negeri amnya.

d.      Menghakupayakan para belia untuk merangka undang-undang yang berkaitan dengan kepentingan generasi muda untuk diangkat dan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri untuk diluluskan daterima pakai.

e.      Melahirkan dan mengasah bakat-bakat baru kepimpinan negeri sebagai pelapis yang bersedia menggantikan tampuk kepimpinan negeri dari pelbagai peringkat pada bila-bila masa.

f.        Mendidik para belia berkenaan soal kenegaraan dan proses membuat undang-undang serta memupuk semangat patriotism untuk berbakti kepada negeri.

g.       Melibatkan penyertaan golongan muda dan belia yang berada di luar pertubuhan belia dan mewakili pelbagai latar belakang yang menyeluruh serta rencam mengikut sektor-sektor yang berimpak tinggi kepada negeri dan negara.

Bersambung di Siri Kedua

Sila klik Portal Berita Negeri Sembilan untuk liputan berita DUN Belia

Salam perjuangan..

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan."


Ikhlas,

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan

Thursday, 19 July 2012

Peranan DUN Belia makin tercapai


Mengilham sesuatu entiti baru dan platform bersuara, bukan sekadar menyuarakan tanpa bertindak apa-apa. Segala cadangan baik dan membangun perlu diberi tindakan sewajarnya serta untuk mendapatkan pelaksanaan yang baik, berkumpul, berbincang, berfikir, membuat resolusi dan akhirnya melakukan mengikut perbincangan yang diputuskan secara bersama.

Jika untuk syok sendiri, perkara ini tidak perlu di bawa ke pelbagai peringkat. Maka, inilah medium baru bagi anak muda dan generasi belia meluahkan hasrat, membentangkan idea dan cadangan pembangunan serta menjadi benteng pertahanan negara yang paling bongsu.

Waimma bongsu, cetusan idea yang dibentangkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama  Hj Mohamad Hj Hasan perlu direalisasikan menjadi kenyataan.

Semalam, saya turut berada di Makmal Kajian Dewan Undangan Negeri Belia (DUN Belia) Negeri Sembilan yang di adakan Allson Klana Resort, Port Dickson bagi mendengar kertas kerja-kertas kerja yang dibentangkan. Insya Allah, akan memberi manfaat kepada negeri ini dari kami belia Negeri Sembilan. 

Petikan ucapan beliau ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sembilan Mei lalu,

Pencetus idea DUN Belia
Menteri Besar Negeri Sembilan

“Kita mahu berhentikan stigma masyarakat mengatakan bahawa belia merupakan golongan bermasalah, sedangkan kenyataan ini tidak benar sama sekali. Belia apabila di dekati, mereka mampu memberikan buah fikiran, kreatif dan inovatif. Malah belia juga mempunyai semangat dan jati diri yang tinggi dan turut sayangkan Negara.” - www.n9kini.com 

Minum Pagi bersama YB.Dato' Kamil Aziz sempena Bengkel Makmal DUN Belia NS di Klana Resort PD...

Peserta Makmal Kajian DUN Belia NS bersama YB.Dato' Saifuddin Abdullah..

Bersama YB.Dato' Saifuddin Abdullah... Tq atas kelapangan Dato bersama berkongsi idea dlm Makmal Kajian DUN Belia NS...


PETIKAN AKHBAR 1 : Dun Belia ditubuhkan

SEREMBAN – Pelaksanaan Dewan Undangan Negeri (Dun) Belia Negeri Sembilan tidak lama lagi memberi peluang dan platform kepada belia untuk mengutarakan pelbagai isu berkaitan.

Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Wan Salwati Abdullah berkata, setelah berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri, MBNS mendapat lampu hijau untuk melaksanakan Dun Belia dalam jangka masa terdekat ini.

Dengan adanya Dun Belia ini, katanya, ia membolehkan belia daripada pelbagai sektor mengutarakan pelbagai isu berkaitan belia serta masa depan belia dalam satu platform formal.

"Dengan penubuhan ini, Negeri Sembilan menjadi negeri pertama melaksanakannya. Penubuhannya juga melalui mekanisme tersendiri apabila sektor yang berimpak tinggi akan diwakili setiap pimpinan belia seperti dihasratkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Cadangan kewujudan Dun Belia itu sebelum ini disuarakan Menteri Besar pada tahun lalau semasa Majlis Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri.

Tujuannya bagi mengumpulkan ahli-ahli belia seluruh negeri untuk berhimpun dan berdiskusi sekurang-kurangnya dua kali setahun dalam memberikan resolusi dan cadangan membina untuk di bawa ke peringkat negeri.

Sumber : Sinar Harian (21 Mei 2012)

PETIKAN AKHBAR 2 : DUN Belia, sekretariat tangkis fitnah


SEREMBAN  – Pengwujudan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi belia serta sekretariat menangkis fitnah merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam memastikan suara belia di negeri ini dapat didengari.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penubuhan dua entiti itu dilihat sebagai salah satu kaedah terbaik kerajaan dalam mendekati golongan berkenaan supaya segala permasalahan itu dapat dirungkai.


Justeru, katanya, bagi penubuhan DUN belia, semua belia pelbagai lapisan akan dilibatkan dalam membangkitkan apa juga isu yang dihadapi oleh mereka supaya kelonggaran yang dihadapi oleh kerajaan serta golongan itu dapat diberikan perhatian.


‘‘Kita mahu melihat pemikiran matang, kritis dan praktikal lahir dari minda belia untuk dilontarkan secara terus kepada kerajaan supaya jurang kerajaan dan golongan ini dapat dirapatkan.


‘‘Mengenai soal sekretariat menangkis fitnah ini, kita mahu supaya belia diberikan penerangan melalui media baru yang akan berperanan untuk menjelaskan isu secara berkesan,” katanya.


Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Belia Negara peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, hari ini.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd. Samad Ibrahim dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Baharudin Jali.


Dalam pada itu, Mohamad juga mahu supaya gerak kerja belia tidak seharusnya bercorak konvensional, sebaliknya perlu mendepani apa juga isu, penyelesaian krisis dan paling utama menyuarakan pendapat untuk membangunkan masyarakat.


Jelasnya lapan ‘sentuhan’ digariskan buat generasi belia di negeri ini supaya ia dijadikan sebagai petunjuk dalam menggerakkan agenda belia demi kecemerlangan agama, bangsa dan negara.


Katanya, garis panduan itu meliputi penekanan aspek pemikiran baru, kedaulatan diri untuk bergerak secara bebas tanpa pengaruh, menjadi seorang pemimpin ukuran kepada masyarakat selain fikirkan belia untuk diperkasakan kegiatannya.


Sumber : Utusan Malaysia (16 Mei 2012)


Salam perjuangan..


"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan."




Ikhlas,

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan






Wednesday, 18 July 2012

Mari jadi generasi mengekalkan kemerdekaan yang memasuki fasa ke-2 50 tahun akan datang



Jadual padat ku, tidak sepadat jadual para pemimpin utama negara yang setiap saat masanya bersama rakyat.

Selesai meraikan kunjungan TPM sempena lawatan kerjanya di DUN Repah petang tadi, malam pula saya hadiri majlis yang penuh makna buat generasi muda selepas Merdeka.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hasan, Menteri Besar menyeru kepada rakyat negeri ini agar mengisi kemerdekaan negara yang telah masuk ke fasa kedua 50 tahun akan datang.

Jika negara telah berjaya melalui badai dan ombak besar pada 50 tahun terdahulu, tidak mustahil negara akan mampu mengecapi kemerdekaan pada 50 tahun akan datang.

Bersempena dengan pelancaran kibar jalur gemilang peringkat Negeri Sembilan 2012 yang saya hadiri, saya turut menyeru kepada para belia agar mengibarkan jalur gemilang, bendera kemegahan kita. Bendera yang menaikkan semangat kita untuk lebih menyayangi dan menyintai tanahair yang tercinta ini.






Pemimpin berkualiti di jana dengan perjuangan tidak mengira waktu

 YAB TPM, YAB MB, YB DATO' SPEAKER DAN YB DATO' SHAZIMAN...

 MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI TAMPIN BERSAMA YAB TPM 

 Tq YAB Tan Sri dan YAB Dato' Seri...

 Tq Tan Sri

 Saiful Adli Abd.Wahab Pengerusi MBD Tampin, Sdri Azizah Exco MBNNS dan Sdr.Firdaus Aziz Pengerusi MAYC NS... 

 sebelum YAB TPM berangkat pulang menaiki helikopter ke Kuala Lumpur...

Bersama YM.Raja Datin Seri Salbiah bt.Tunku Nujumuddin dan YB.Dato' Hjh.Zainab...

Antara tugas dan tanggungjawab. Meniup semangat perjuangan generasi muda yang tidak mungkin bernoktah.

Pemimpin berkualiti di jana dengan perjuangan tidak mengira waktu dan saban harinya masa terluang bersama rakyat.

Terima kasih TPM yang berkunjung ke daerah Tampin, Negeri Sembilan.



Merasmikan Kem Kepimpinan - Remaja Sihat 2012 Peringkat Negeri Sembilan

Assalamualaikum wth,

Isnin lepas saya merasmikan Kem Kempimpinan - Remaja Sihat 2012 Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Taman Rekreasi Ulu Bendul yang melibatkan sekitar 80 orang peserta belia.

Program yang dianjurkan selama tiga hari dua malam tersebut memberi nilai tambah kepada pembentukan pengukuhan pasukan yang melibatkan jati diri, semangat setiakawan dan meningkatkan iltizam kesihatan untuk terus sihat sesuai dengan tajuk program.

Apa pun, saya tertarik dengan objektif penganjuran ini yang membawa kebaikan bersama kepada semua belia yang terlibat.

Akhirnya, sudah tentu ucapan tahniah kepada badan penganjur yang berusaha bertungkus lumus menjayakan program ini dan akhirnya kelak, generasi belia mendapat impak berani menghadapi cabaran di masa akan datang dengan acuan, formula kesihatan. Menjadi pemimpin di masa akan datang dengan mantel dan fizikal kekal sihat.

Tahniah diucapkan, salam perjuangan.

Di Kem Kepimpinan Remaja Sihat Per.N.Sembilan 2012...

Sempat Mayor Seremban posting gambar ini untuk dikongsi semua

 selesai jalan malam.terus berbincang untuk slot esok. tqvm pada kumpulan Fasi GPMS NS dan MBD KUALA PILAH - ini pula cikgu Zen Shah orang kuat program

Tahniah semua... JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI. 
Sempat saya bergambar kenangan dengan para peserta dan fasilitator yang terlibat.

Monday, 16 July 2012

Sempoi hari Ahad.. memenuhi undangan beberapa pihak

Hari minggu yang penuh kedamaian dan memenuhi undangan sahabat Puteri dan wakil Rakyat DUN Lenggeng, YB Tn Mustafa Salim.

Tahniah Assurya El'lilya di atas usaha kuat kini telah memiliki sebuah kedai SINGER...Semoga ramai lg usahawan yg lahir drpd Puteri UMNO Sban...

Menghadiri Karnival Sukan DUN Lenggeng semalam. Turut hadir Pn.Khisnaria Hj.Nordin Pen.Pegawai Belia Daerah Sban...

 Sedang menyampaikan hadiah kemenangan kepada para pemenang. Tahniah..

Bergambar kenangan bersama kumpulan yang mara ke pusingan akhir pertandingan tarik tali wanita. Tahniah diucapkan. Bersama-sama YB Dato' Abdul Samad Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri, YB Tn Mustafa Salim, ADUN Lenggeng 

Bersama Pasukan Bola Sepak yg memasuki pertandingan akhir sempena Karnival Sukan DUN Lenggeng 2012... 

 Program Penyampaian Sumbangan Ibu Tunggal di Kg.Daching Hilir, Lenggeng.

Keluarga terpilih bagi kategori hadiah istimewa. Tahniah diucapkan

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan 
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Salam perjuangan..

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan."


Ikhlas,

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan



BELIA harapan bangsa tunggak kejayaan hari esok

"Jadikan diri kita bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati." : 155 AHLI Persatuan Belia Dinamik Barat di Hari Koperasi Negara 2012 di Stadium Bukit Jalil, KL


IM4U - Thank You to Our Prime Minister of Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib Razak for his announcement of Volunteer's Fund cost of 100 Million Ringgit Malaysia and 2013 is Volunteer's Year. that's Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan . LOVE FROM US AT Persatuan Belia Dinamik Barat THE INDEPENDENT OPERATOR'S OF Anugerah Remaja Perdana Malaysia ( The International Award )

Tahniah diucapkan kepada belia yang terus segar dan bergiat aktif menjadi modal insan pelapis generasi di masa akan datang.

Walaupun saya tidak bersama-sama dengan anda, jauh di sudut hati saya, perjuangan dan pengorbanan masa anda sebagai belia sangat dibanggakan. Teruskan menjadi belia yang progresif dan aktif serta memartabatkan belia di negara ini.

Tahniah Persatuan Belia Dinamik kerana anda telah menyumbangkan sesuatu di atas nama kehadiran di program ini. Teruskan perjuangan.

Lebih 50,000 jayakan im4u di 16 lokasi

Kuala Lumpur, 16 Julai : Lebih 50,000 sukarelawan belia menjayakan Program 1Malaysia For Youth (im4u) di 16 lokasi sekitar Lembah Klang, semalam.

Menariknya, program dijayakan bersama 15 kementerian, 16 agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan pelbagai institusi sukarelawan itu turut dianjurkan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Program ini diperkenalkan kerajaan untuk menggalakkan pembabitan belia dalam aktiviti sukarelawan bersifat kenegaraan dan semangat 1Malaysia. Ia juga pengiktirafan kerajaan kepada belia dan pada masa sama mendidik golongan itu menjadi rakyat yang sentiasa mahu berbakti tanpa mengharapkan ganjaran.

Kemuncak acara ialah perasmian bertemakan ‘Daripada Belia, Oleh Belia, Untuk Belia’ oleh Datuk Seri Najib Razak di Taman Esplanade, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Perdana Menteri turut menyaksikan persembahan ‘FlashMob’, persembahan artis dan menyertai aktiviti alam sekitar bersama sukarelawan ‘Go Green Campaign’.

Terdahulu, Najib yang santai memakai baju-T bertemakan program berkenaan bersama topi dan seluar hitam, meluangkan kira-kira sejam melawat sekitar Taman Esplanade dan meninjau operasi 36 gerai pameran di situ, selain beramah mesra dengan lebih 50,000 sukarelawan dan hadirin.

Beliau yang turut menunjukkan bakat menyanyikan lagu Stand By Me bersama artis seperti Hattan dan Datuk DJ Dave, kemudian melekapkan cap kedua-dua tapak tangannya dalam warna biru dan merah pada kain rentang putih dengan menulis ‘Gelombang Biru & Merah’ serta tandatangannya.

Pada satu ketika, Perdana Menteri duduk bersahaja di anak tangga di taman berkenaan, menyaksikan pertunjukan senaman dan seni tempur oleh Unit Tindakan Cepat, Jabatan Penjara. Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Setiap 16 lokasi program meriah dengan pelbagai aktiviti, antaranya pemeriksaan kesihatan dilangsungkan di Taman Ibu Kota, Wangsa Maju; derma darah (KLCC), pameran pendidikan Help Education (Berjaya Time Square), Gotong Royong Perdana (Pasar Tasek Permai, Ampang).

Kempen amalan gaya hidup cergas (PPR Ampang, Titiwangsa), kempen basmi demam denggi dan gotong royong (PPR Batu Muda, Jalan Ipoh), kitar semula dan kesedaran jenayah (Taman Desa, Jalan Klang Lama), Go Green Go Clean dan tanam pokok (Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak), Jiwa Murni (Bukit Sungai Puteh, Hulu Langat).

Program Dari Hati Ke Hati (PPR Laksamana, Jalan Cheras), gotong royong (Perkampungan Orang Asli Hulu Kuang, Gombak), Smart Educator (Universiti Malaya), kitar semula (Taman Metropolitan Kepong), Gotong Royong Perdana (Setiawangsa), khidmat kebajikan haiwan (Zoo Negara) dan sumbangan barangan terpakai (Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan).

INFO: Objektif Program im4u

Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan
Mempromosi persefahaman masyarakat dunia mengenai keamanan sejagat
Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia
Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia
Membina hubungan, jaringan di peringkat antarabangsa
Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global
Memberi kefahaman mengenai sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia

Salam Perjuangan..


"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan."

Ikhlas,

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan