Sejurus Mesyuarat EXCO, saya memenuhi jemputan di Masjid Daching iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Baitulmal (MAINS), sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban, di mana Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ke Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk Daching, Lenggeng.
Kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan itu, dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Daching, Lenggeng.
Sesuai dengan namanya, Insya Allah Kg Daching sudah semestinya menjadi fixed deposit Barisan Nasional di sini.
Keputusan Menteri Besar yang juga Pengerusi MAINS menyalurkan sumbangan zakat melalui Baitulmal sangat dinanti-nantikan oleh golongan asnaf. Sekurang-kurangnya, ini meringankan perbelanjaan menghadapi hari raya tidak lama lagi.
Pada malam tersebut bukan sahaja Baitulmal (MAINS) mengulurkan bantuan, malah Lembaga Tabung Haji turut memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Paling mengembirakan, LTH mengeluarkan bonus kepada kumpulan asnaf yang diselia olehnya sebanyak RM500 seorang.
Bersyukur dengan kurniaan rezeki Allah Taala.
No comments:
Post a Comment