Satu Lagi Pengakuan....
Penglibatan badan-badan asing dalam
pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku
sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun tahu bahawa
kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan
lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun
banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini,” ujar Ahli
Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.
Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang
sudah berlaku dalam PKR dan di pejabat Anwar Ibrahim sendiri ada
penglibatan badan-badan asing ini.
Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan
tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu
kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan
Raya Umum (PRU) ke-12.
“Di Parlimen Kulim Bandar Baharu
sendiri iaitu Bahagian saya telah diberikan RM15 ribu peruntukan untuk
menjayakan kempen PRU ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima
bantuan asing.
“Kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen
dan bagaimana nak berjumpa dengan orang ramai, sampaikan saya sendiri
ketika kita nak menganjurkan demostrasi telah dihantar berkursus di
Viena dan di Filipina untuk mempelajari bagaimana nak berdemo. Ini semua
memang tajaan badan-badan asing yang semua orang dah tahu” ujarnya yang
menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket PKR.”
Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat
kejatuhan kerajaan (Barisan Nasional) yang sedia ada sekarang ini kerana
mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu
pihak-pihak tertentu.
“Yang itu kita sedar dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli
Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (pakatan pembangkang)
sekarang ini, kerana banyak benda yang dilakukan, boleh merosakkan
Negara kita,” tambahnya lagi..(Laporan Media Umno)
PS tidak terperanjat atau terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Zulkifli Nordin, ini adalah salah satu kaedah pembangkang dengan menghalalkan cara untuk memenangi pilihanraya. Jadi yang rugi adalah rakyat kita sendiri. Adakah kita mahukan kepimpinan yang sebegini rupa yang tunduk kepada telunjuk kuasa luar?
Saya penuh yakin dan percaya kepada pengundi semua, bahawasanya pembangkang hanyalah menjanjikan impian yang palsu dan kosong sepertimana di Dun Ampangan dan Dun Sikamat. Kepada pengundi di dun ini, sila ajukan permasalahan/aduan ataupun cadangan ke email : srikandimasyarakat@yahoo.com agar kerusi bagi dun ini dapat kita tawan dalam PRU-13.
Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban
Exco Puteri UMNO Malaysia