Penduduk Malaysia
kebanyakannya mempraktikkan amalan berbasikal hanya ketika bersenam di
pusat-pusat senaman ataupun di taman-taman rekreasi yang menyediakan
aktiviti berbasikal. Itupun aktiviti tersebut kebanyakannya dilakukan oleh
golongan muda sahaja. Aktiviti berbasikal bukannya aktiviti yang menjadi
kegemaran ataupun pilihan utama masyarakat Malaysia.
Tahap kesihatan sebahagian besar rakyat Malaysia adalah kurang memuaskan kerana tahap obesiti rakyat Malaysia yang kian meningkat. Kebanyakan golongan obes ini bakal menjadi mangsa pelbagai masalah kesihatan.
Dalam satu kaji selidik Kesihatan Kebangsaan dan Morbiliti Ketiga pada thaun 2006, menunjukkan bahawa 29.1% daripada 33,055 penduduk dewasa yang dikaji mengalami berat badan yang berlebihan (BMI 25,0-29,9). Kelaziman obesiti (BMI> 30) telah dilaporkan kepada 14.0%.
Salah satu cara yang paling mudah untuk menangani isu kesihatan adalah dengan memupuk tabiat berbasikal dalam kalangan rakyat. Di samping dapat menguatkan otot-otot dan membakar kalori, aktiviti berbasikal juga menyumbang ke arah kesihatan penduduk Malaysia secara efektif dan secara kolektif. Persoalannya adakah aktiviti berbasikal adalah mendapat sokongan pendudk Malaysia?

Keadaan ini agak berbeza di
beberapa buah negara lain. Berbasikal menjadi amalan seharian yang diterap
dalam kehidupan seharian mereka.
Basikal digunakan sebagai pengangkutan utama rakyat negara tersebut dan
kerajaan mereka sendiri menyediakan kemudahan laluan bagi pengguna basikal.
Langkah ini untuk mengurangkan penggunaan kenderaan yang menggunakan sumber
tenaga bahan api seperti kereta, motosikal dan sebagainya, yang menjadi punca
kepada pencemaran udara.
Apabila menggunakan basikal, tiada pencemaran berlaku. Ini adalah salah satu
cara pengangkutan efektif yang masih belum mendapat perhatian penduduk Malaysia
mahupun kerajaan Malaysia. Negara-negara seperti Sweden dan China telahpun
menggunakan basikal sebagai salah satu pengangkutan awam yang utama.
Rakyat negara-negara tersebut berbasikal untuk semua aktiviti harian mereka
termasuk untuk pergi bekerja. Di negara-negara lain pula, basikal boleh disewa
dengan mudah dan kemudahan infrastruktur untuk berbasikal juga disediakan
dengan baik.
Infrastruktur-infrastruktur seperti tempat menyewa basikal, parkir basikal dan
laluan basikal disediakan di jalan raya untuk menampung keperluan rakyat.
Di Amerika Syarikat dan Australia, disediakan laluan basikal yang berwarna
sebagai sistem kod berwarna untuk menyampaikan
maklumat tertentu untuk pengguna basikal.
Salah satu faktor kejayaan utama penggunaan basikal sebagai pengangkutan
kegemaran di negara-negara ini adalah kerana rakyatnya menyedari kebaikan
menggunakan basikal untuk menjaga kesihatan dan memelihara alam sekitar. Mereka
telah lama menggunakan basikal sebagai pengangkutan yang selamat, tidak
mencemarkan alam sekitar, dan paling penting, dapat menjimatkan wang.
Kenderaan yang berasaskan teknologi hijau bermakna kenderaan tersebut tidak
mengeluarkan gas-gas rumah hijau yang menjadi penyumbang kepada pemanasan
global. Basikal adalah salah satu jenis kenderaan yang mempunyai yang selamat
untuk persekitaran.
TAHNIAH MAYC TAMPIN..TAHNIAH SAUDARA SAIFUL
BERSAMA PESERTA KONVOI BERBASIKAL
Tahniah saudara Saiful dari MAYC Tampin kerana mengambil pendekatan minat golongan muda dengan menganjurkan program 'KONVOI BERBASIKAL' "RIDE TO PORT DICKSON" , selain memupuk semangat kecergasan program ini dilihat dapat mengatasi ketahan mental dan fizikal dimana peserta perlu berbasikal pergi dan balik dari Tampin ke Port Dickson, Port Dickson ke Tampin. Teruskan usaha demi menepati citarasa anak muda kita.
Salam Perjuangan
" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "