JUMLAH PENGUNDI TERBARU!!!!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyata, jumlah pengundi yang telah dan layak mengundi adalah seramai
12,595,268
di seluruh negara dan layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13
nanti.
Sepertimana ucapan saya semasa membahaskan Ucapan Dasar Presiden UMNO ketika Mesyuarat Agung UMNO 2011 yang lalu, Puteri melihat dari analisa yang telah dibuat
berpandukan daripada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sehingga suku tahun
ke-2 2011 yang telah diwartakan pada 16hb.Ogos yang lalu, Jumlah
Keseluruhan Pengundi Di Malaysia adalah 12,497,877 orang, manakala dari
jumlah tersebut seramai 5,011,797 orang adalah pengundi muda / belia
yang telah berdaftar.
Ini bermakna hampir 100,000 orang telah mendaftar dari tempoh yang dinyatakan sehingga kini. Peningkatan dan Penambahan pengundi ini sudah pasti adalah daripada mereka golongan Belia/Anak Muda diseluruh negara.
Kegugasaran yang bermain difikiran PS adalah berkaitan tentang Idealogi dan Pegangan Politik mereka ini sama ada bersama UMNO/Barisan Nasional atau sebaliknya.
Tugas dan Kerja untuk mengenali mereka perlu diperhebatkan.
Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban
Exco Puteri UMNO Malaysia