Thursday, 15 March 2012

Dun Ampangan & Sikamat

Untuk Masyarakat Dun Ampangan dan Sikamat.

Saya ingin mengajak para pembaca agar melihat kembali Keputusan Pilihan Raya 2008 (DUN didalam Parlimen Seremban) sebagai peringatan bersama agar PRU-13 yang akan datang menjadi pembakar semangat untuk kita Barisan Nasional menawan kembali kerusi Dun yang telah dimenangi oleh pihak pembangkang.

Adalah menjadi KEWAJIPAN kita menawan kembali kerusi DUN ini dengan usaha berlipat kali ganda untuk mendekati pengundi sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain agar segala usaha kerajaan untuk meneruskan pembangunan dapat dilaksanakan lebih terurus dan teratur serta terus dinikmati oleh pengundi dan masyarakat setempat.  

Fokus yang perlu kita berikan adalah kepada 2 kerusi Dun yang merupakan kawasan penempatan orang melayu iaitu Dun Ampangan (N.14) dan Dun Sikamat (N.13).

Oleh yang demikian, saya selaku Ketua Puteri Bahagian Seremban merangkap Exco Puteri Malaysia mohon kerjasama dari para pembaca terutama dari Dun Ampangan dan Sikamat agar dapat menyalurkan maklumat untuk saya mengenalpasti setiap Permasalahan/Pengaduan serta Cadangan/Pandangan untuk dilaksanakan atau diatasi sebelum PRU 13 yang akan diadakan nanti dengan menghantar melalui email : srikandimasyarakat@yahoo.com   

Insyallah, sebarang Aduan/Cadangan/Pandangan akan diperhalusi dan diberi perhatian agar keputusan pilihan raya 2008 seperti yang tertera dibawah tidak berlaku pada PRU 13 nanti. Kerjasama daripada semua amat diharap dan dialukan demi kemajuan bersama.

Kepada Belia dan Anak Muda Dun Ampangan dan Sikamat, ayuh lontarkan idea bernas anda dan inilah saat serta ruangnya bagi anda, golongan Belia dan Anak Muda untuk bersama-sama mencipta Sejarah dalam usaha mengubah lanskap politik bagi 2 kerusi Dun ini.

Jadikan iktibar agar tsunami 2008 tidak berulang kembali.


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008
(DUN BAGI PARLIMEN SEREMBAN)


BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS

P.128-SEREMBANN.10 - NILAIYAP YEW WENGDAP6,755MNG
LAI YIT FEEBN4,861
JUMLAH PEMILIH : 16,009
KERTAS UNDI DITOLAK : 275
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 11,909
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 18
PERATUSAN PENGUNDIAN : 74.39%
MAJORITI : 1,894


BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI  BILANGAN UNDI STATUS

P.128-SEREMBANN.11 - LOBAKLOKE SIEW FOOKDAP9,244MNG
SIOW KOI VOONBN2,316
JUMLAH PEMILIH : 15,162
KERTAS UNDI DITOLAK : 143
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 11,714
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 11
PERATUSAN PENGUNDIAN : 77.26%
MAJORITI : 6,928


BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS

P.128-SEREMBAN   N.12 - TEMIANG              NG CHIN TSAI     DAP4,290     MNG
        LEE KEE CHONG     BN2,952
JUMLAH PEMILIH : 9,848
KERTAS UNDI DITOLAK : 174
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 7,482
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 66
PERATUSAN PENGUNDIAN : 75.97%
MAJORITI : 1,338


BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI   BILANGAN UNDI STATUS

P.128-SEREMBANN.13 - SIKAMATAMINUDDIN BIN HARUNPKR6,036        MNG
MD YUSOP BIN HARMAIN SHAHBN5,537
JUMLAH PEMILIH : 15,491
KERTAS UNDI DITOLAK : 203
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 11,830
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 54
PERATUSAN PENGUNDIAN : 76.37%
MAJORITI : 499


BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI           BILANGAN UNDI STATUS

     P.128-SEREMBANN.14 - AMPANGAN    MOHD NOR BIN AWANG    BN5,514
    RASHID BIN LATIFF   PKR5,679         MNG
JUMLAH PEMILIH : 15,286
KERTAS UNDI DITOLAK : 236
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 11,458
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 29
PERATUSAN PENGUNDIAN : 74.96%
MAJORITI : 165

 Kita mampu menjadi kuasa pengubah.

Salam Perjuangan,

Wan Salwati Hj.Abdullah
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan" 



4 comments:

  1. Askum bagi pendapat saya PRU-13 N13 tahun ini memang berpihak pada parti barisan nasional....

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah BN boleh menang. Perlu pantas menjawab dan menyelesaikan isu-isu penduduk ampangan dan sikamat.Sikap Berdiam diri dan lepas tangan wakil terdahulu telah memakan diri mereka. Isu kecil yang dibiarkan telah merebak dan menjadi barah yang akhirnya ditunjukkan di atas kertas undi di peti undi N13 Sikamat dan N14 Ampangan. Rakyat masih yakin pada Calon BN.Yang pastinya wakil rakyat perlu sentiasa mendampingi rakyat yang diwakilinya dan jangan ada sikap elitis.

    ReplyDelete
  3. comfirm wan salwati kalah!!! kenapa laa tok mat pilih dia!!
    haduiyai.. kasi kt sidek tu lagi bagus laa!!

    ReplyDelete
  4. Ini kalilah dulu pkr..sikarang bn lahhh

    ReplyDelete