Saturday, 22 December 2012

Penghargaan JPAM hadiah buat belia Negeri Sembilan

 Tq JPAM... Cenderamata dari Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia, Dato' Sulaiman b.Hj.Keling...


 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya telah dikejutkan dengan Anugerah penghargaan di atas sumbangan penglibatan belia sebagai sukarelawan JPAM dalam masa yang sama melibatkan JPAM dalam program-program yang dianjurkan. 

Penghargaan ini diumumkan oleh Pengerusi Majlis, di Majlis Makan Malam Bersama Pegawai Kehormat & Bersekutu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, semalam.

Awal sehingga akhir majlis, tujuan saya hadir sebagai tetamu jemputan, sempat jugalah bersama suami dan anak sulung bersama-sama di dalam majlis tersebut.

Apapun saya memanjatkan rasa syukur ini. Sesungguhnya penghargaan yang di berikan oleh JPAM kepada saya bukanlah kerana komitmen saya seorang di dalam menggerakkan belia bersama JPAM.

Saya baru sahaja ditauliahkan Mejar Bersekutu (PA) Wan Salwati Haji Abdullah pada bulan tiga tahun ini. Tidak sangka pula JPAM menghargai usaha secepat ini. Namun begitu, penghargaan ini merupakan penghargaan buat adik-adik belia yang sentiasa bersama di dalam apa sahaja aktiviti.

Sesungguhnya, kejayaan ini saya kongsikan bersama adik-adik belia yang sentiasa bersama aktiviti-aktiviti yang MBN anjurkan.

Peranan-peranan belia tidak mungkin dilupakan, kerana mereka, saya tidak mampu mengalas tanggungjawab yang amat berat ini, namun ia satu amanah yang perlu saya laksana dan saya perkasakan.

Menurut Pengerusi yang mengumumkan anugerah ini kepada saya, saya di pilih atas khidmat bantuan bersama dalam JPAM. Usahkan saya, apa lagi Pengarah JPAM Negeri Sembilan juga agak terkejut dengan pengumuman ini.

Hmmmmm.. segan dan malu juga bila pengerusi mengumumkan anugerah ini diberikan kepada saya di atas usaha aktif membawa JPAM bersama di dalam setiap aktiviti belia dalam masa yang sama penyertaan belia sebagai sukarelawan JPAM sangat dihargai.

Benarlah apa yang dimaksudkan dengan Qada dan Qadar.. apabila kita tidak terfikir sesaat yang berlaku di hadapan kita, sama ada bersedia atau terkejut, kita kena hadapinya dengan senyuman.

Apa lagi ayat yang boleh digantikan dengan perasaan bangga. Saya cuma mampu menakrifkan perkara ini dengan satu perasaan yang sepatutnya dan akan saya kongsikan dengan para belia yang sentiasa berdiri di sisi saya. Terima kasih belia.. kejayaan ini kejayaan buat kita semua.. 

Terima kasih di atas sokongan suami juga anak-anak yang sentiasa memahami kesibukan isteri dan ibu mereka.






Terima kasih JPAM
Terima kasih 'Yang' dan Ayah
Terima kasih suami dan anak-anak
Terima kasih adik-adik dan saudara mara
Terima kasih para belia
Terima kasih semua.. :)


Mejar Bersekutu (PA) Wan Salwati Hj Abdullah

No comments:

Post a Comment