Sunday, 5 August 2012

Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri di Masjid at-Taqwa, Kg Paroi


gambar ehsan Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

Falsafah pentadbiran negara dorong pertumbuhan ekonomi


Falsafah pentadbiran negara yang turut mementingkan kebajikan rakyat menjadi faktor kadar pertumbuhan ekonomi negara berada pada tahap membanggakan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata falsafah berteraskan keadilan sosial yang diamalkan terbukti lebih baik berbanding negara Barat.


Rakyat dapat manfaat


Kita tidak hanya mementingkan syarikat besar, malah mencetuskan peningkatan ekonomi rakyat biasa. Dengan rangsangan pelaburan dalam dan luar negara, ekonomi negara mengalami pertumbuhan baik dan rakyat mendapat manfaat”. – Najib Razak, Perdana Menteri


“Kita tidak hanya mementingkan syarikat besar, malah mencetuskan peningkatan ekonomi rakyat biasa. Dengan rangsangan pelaburan dalam dan luar negara, ekonomi negara mengalami pertumbuhan baik dan rakyat mendapat manfaat,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi di sini semalam.


Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin.


Najib turut merasmikan masjid berharga RM10 juta itu, selain menyampaikan bantuan RM85,200 kepada asnaf miskin.


Beliau berkata, falsafah itu juga adalah cara kerajaan memperjuangkan Islam, iaitu menjadi antara negara terbaik memerangi kemiskinan dan meningkatkan ekonomi rakyat.


Katanya, pentadbiran ekonomi terbukti lebih baik berbanding beberapa negara eropah yang kini mengalami krisis ekonomi dan kadar pengangguran mencecah 45 peratus.


Rakyat patut bersyukur


Pada masa sama, Perdana Menteri mengajak rakyat bersyukur kerana dapat menunaikan ibadat, termasuk puasa dalam aman, berbanding saudara seagama di sesetengah negara Islam lain.


Mengambil contoh Mesir dan Syria, negara berkenaan berada dalam keadaan tegang dan perbalahan, menyebabkan rakyat hidup tidak aman.


Sumber : Berita Harian



Sesibuk mana saya, sibuk lagi Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kesempatan yang ada, saya dan ahli Pergerakan Puteri UMNO Seremban, sempat juga berbuka bersama Perdana Menteri di Perkarangan Masjid At-Taqwa yang di bina Kerajaan Persekutuan yang menelan belanja sebanyak RM10 juta.


Kami bersama 10,000 rakyat Negeri Sembilan yang hadir, menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib yang banyak memberi perubahan dan mewujudkan pelan transformasi untuk negara.


Malaysia bukan seperti dulu, rakyat begitu harmoni dan menghormati di antara satu sama lain. Sekarang, cabaran sejengkal sahaja di depan mata. Sekiranya kita leka, bersedialah menghadapi cengkaman dari pihak yang tidak boleh di kawal lagi emosi mereka.


Itulah dugaan bila kita menghampiri detik-detik Wawasan 2020. Allah tidak menguji dengan mudah jika kita tak mampu untuk menahan arus.


Kami penuh yakin kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan kepimpinan Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di mana kepimpinan dan ketegasannya mirip pemimpin unggul negara iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.


Kerana Tun M, Pergerakan Puteri UMNO wujud sebagai sebuah entiti suara wanita muda. Jasamu dikenang Tun.

gambar ehsan Politik Negeri Sembilan yang suka suki tag gambar kat wall

Mereka semua adalah pemimpin dari Negeri Sembilan yang berkaliber dan unggul. Desas desus memang banyak berkaitan mereka. Apa pun,  itu baru dinamakan politik.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tetapi di dalam politik satu keunikan yang perlu di amati.. iaitu apabila rambut sama hitam dan hati lain-lain, apa juga desas desus dari pemerhati politik bertauliah dan tidak bertauliah.. perjuangan kita dari satu benih, satu akar, satu dahan, satu pohon yang rendang, iaitu parti keramat UMNO dulu, kini dan selamanya.

Baru perasan, tidak ada Ketua Bahagian UMNO Seremban. Ke mana Tok Sahak masa ni yer?? Apa pun, kami juga berbangga dengan Ketua UMNO Bahagian Seremban yang selalu mencipta fenomena politik yang membuatkan semua ahli berfikir sejenak. You also the best boss.. :)

Tiga era Menteri Besar Negeri Sembilan. Banyak idea baru, pembangunan baru, pencapaian baru. Yang lama didekati, yang baru diberkati.

Dari kiri, Dato' Shaziman Abu Mansor, Ahli Parlimen Tampin merangkap Menteri Kerja Raya, Dato Ismail Lasim, ADUN Senaling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Insfrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi, Dato' Seri Rais Yatim, Ahli Parlimen Jelebu merangkap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tn Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sebelah Tn Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Dato' Seri Utama Hj Mohamad, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Rantau (you're the best boss.. keep it up!!!), Tan Sri Dato' Seri Utama Hj Mohd Isa Dato' Hj Abd Samad, ADUN Bagan Pinang merangkap Pengerusi FELDA dan Dato' Hasan Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Walau pun bual-bual politik mengatakan mereka tidak sependapat di dalam arena politik, itu tidak bermakna mereka tidak sehati di dalam UMNO. Mereka berjuang demi rakyat juga.

Sepak terajang politik perkara biasa. Lagi besar terajang yang saya hadapi, lagi besar terajang untuk mereka di arena politik hari ini. Kekuatan dari mereka memberi semangat buat saya.

Apa pun, kami bangga kerana Negeri Sembilan tidak ketandusan pemimpin unggul.

Terima kasih Negeri Sembilan kerana sentiasa memberi peluang kepada generasi muda mentarbiyahkan politik demi nusa dan bangsa.

Saya yakini, selepas DUN Belia wujud di Negeri Sembilan kelak, negeri ini akan sentiasa melahirkan generasi pemimpin-pemimpin muda.

Salam perjuangan

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan."




Ikhlas,
Wan Salwati Hj Abdullah


Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment