Monday, 2 April 2012

UMNO : Mekanisma Diubah, Dasar Tetap Sama


SEREMBAN



Hari ini, saya ingin melakarkan pengamatan saya selama berkecimpung didalam arena politik tanah air dari peringkat bawah hinggalah ke tahap sekarang. Apa yang ingin saya kongsikan bersama adalah tentang minat serta kecenderungan anak muda terhadap parti pusaka bangsa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali dengan UMNO.

Secara jujurnya ketika saya melakarkan cetusan idea dalam penulisan kali ini, saya berasa sungguh sayu, penuh alpa, kesedaran serta keinsafan betapa sayangnya kepada UMNO yang telah banyak jasanya sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Terfikir difikiran serta benak hati saya, adakah mereka yang seangkatan dengan saya mahupun anak muda dinegara ini dapat merasai serta menjiwai roh dan peranan UMNO terhadap orang melayu dan kemakmuran/kemajuan negara Malaysia yang kita cintai ini?


Peranan UMNO.

UMNO adalah parti politik orang Melayu. Melayu dan UMNO ada hubung kaitnya dan tidak dapat dipisahkan. UMNO juga adalah teras kepada pakatan parti politik pelbagai kaum di Malaysia melalui Perikatan pada suatu ketika dahulu dan kemudiaannya dikenali dengan Barisan Nasional (BN)

UMNO adalah parti politik yang terawal ditubuhkan dan penggerak kepada penentangan penubuhan Malayan Union di Malaya ketika itu. Umno juga memperjuangkan fasal-fasal Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera tanpa mendiskriminasikan hak warga negara yang lain.

Malah UMNO sehingga kini walaupun pemimpinnya datang silih berganti ianya tetap dengan dasar yang konsisten dalam memperjuangkan penyatuan rakyat, pembina kestabilan politik, sosio-ekonomi, pendidikan, sosial, kebudayaan dan keamanan negara. Apanya yang saya nyatakan ini, ianya tidak boleh dinafikan kebenarannya walaupun pahit untuk diterima atau ditelan oleh pihak pembangkang.

Sedarlah wahai semua rakyat Malaysia terutama mereka yang telah dlahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan ataupun generasi alaf baru (bawah 40 tahun), kita harus mempelajari serta mendalami sejarah perjuangan bangsa dan negara kita ini. Kita ambil dan gunakanlah masa setengan jam sehari untuk menghayati sejarah negara, bangsa dan ketamadunan serta kemajuan yang kita perolehi. Apa yang kita nikmati, miliki serta rasai sekarang ini amat tinggi nilainya kerana ianya adalah hasil perjuangan, pengorbanan UMNO dari dulu, kini dan selamanya.


Tregedi Buruk Tsunami 2008

Apabila kita lupa, kita lalai, kita biarkan, kita jauhkan diri kita untuk menghayati sejarah, inilah yang berlaku pada tahun 2008 apabila tsunami politik negara berlaku tanpa kita duga. Kita terpukul dari Luar dan Dalam UMNO. Luar pastinya dari pembangkang manakala Dalam adalah dari kita sesama sendiri sama ada sabotaj, khianat dan sebagainya.

Kita terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya membawa budaya politik baru tetapi ianya lebih kepada prinsip menghalalkan cara. Manakala kita pula sebagai pengundi dan sesetengan orang UMNO mudah terpengaruh dengan dakyah mereka. Kita semua lebih gemar dan suka kepada janji-janji kosong pembangkang, suka kepada fitnah (pembangkang) , suka kepada benda yang tidak pasti, suka kepada perpecahan hinggakan Barisan Nasional gagal memperolehi kerusi Parlimen 2/3 dan UMNO hanya memperolehi 66% daripada kerusi yang dipertandingkan. Ramai pemimpin yang hebat, berwibawa tumbang pada tsunami 2008 Prestasi buruk ini, kitalah penyebabnya dan kita “penciptanya”.


Iktibar dan Perubahan

Walaupun begitu, UMNO wajar dan perlu mengembelingkan seluruh tenaga dan kekuatannya serta mekanisma bagi menghadapi :-

Ø  Perubahan masa dan lanskap politik Malaysia.

Ø  Merealisasikan kepelbagaian kehendak rakyat jelata

Ø  Menangkis tohmahan terhadap parti dan pemimpin.(UMNO dan BN)

Ø  Menggunakan sumber dan kemudahan media baru.

Ø  Menangani/mendekati anak muda dan pengundi baru.

Ø  Meletakkan kepentingan/keutamaan parti dalam perjuangan.

Ø  Jadikan UMNO sebuah parti yang relevan tidak ketinggalan zaman.

Saya merasakan apa yang dinyatakan diatas adalah sangat penting kerana ianya adalah sebahagian daripada mekanisma asas bagi menjadikan UMNO “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Kita wajib melakukannya, usah kita gusar atau takut untuk melakukan perubahan mekanisma demi survival politik UMNO. Bak kata Julius Caesar, “Orang penakut itu mati berulang kali sebelum kematian yang sesungguhnya”.


Kenapa saya berani berkata tentang mekanisma/kaedah atau pun cara kita?



Ini kerana ASAS, DASAR dan TUJUAN UMNO adalah TETAP SAMA dan ianya termaktub dalam perlembangaan parti. Mekanisma/Kaedah ataupun cara kita sahaja yang perlu kita ‘update’ mengikut perubahan masa yang pantas.

Ini kerana UMNO tetap dengan dasar yang dipegang iaitu :-

  • Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara 

  • Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan

  • Menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam iaitu agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama 

  • Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

  • Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai Bahasa Rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. 

  • Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Para pembaca sekali, saya penuh yakin dan percaya ada diantaranya kita nanti akan memperlekehkan/menidakan/mempertikaikan dan kedengaran suara-suara sumbang yang berkata atau bercakap tentang penulisan saya ini seolah-oleh saya menunjuk pandai ataupun mencari nama tak kala PRU-13 menjelang tiba.


Lontaran, cetusan dan pandangan saya ini adalah ihklas demi UMNO dan untuk makluman semua, ketika penulisan ini sedang dibuat, saya sempat melihat kembali teks ucapan dasar YAB Presiden UMNO pada Persidangan UMNO 2008 dan diakhir ucapan beliau berbunyi :-

“ Demi membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui 3 fasa pemulihan iaitu:

1.   Fasa Pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi.

2. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab bagi memperbaiki kekurangan-kekurangan itu.

3.  Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting,    ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui, dilakukan dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya”.

( Petikan Ucapan YAB Presiden UMNO 2008 )

Jadi jelas terbukti, saranan, amanat dan hasrat ini telah dinyatakan sendiri oleh YAB Presiden UMNO dan selari dengan apa yang saya lontarkan dalam penulisan ini.

Kepada semua, masanya telah tiba untuk kita lipatkan usaha berkali ganda serta menggunakan mekanisma/kaedah baru agar UMNO terus relevan dan mimpi buruk 2008 tidak berulang kembali. Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa atau mengambil mudah dan berfikir tugas dan tanggungjawab ini hanya perlu dipikul oleh mereka-mereka tertentu sahaja kerana Pemikir dan Ahli Falsafah cina Tse Lao pernah berkata “Barang siapa yang menganggap segala-galanya mudah, pasti akan mengalami banyak kesulitan”.

Marilah kita renungkan bersama.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan


Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

No comments:

Post a Comment