Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menggesa anggota Umno supaya segera menjauhi sindrom kecewa akibat tidak mendapat sesuatu yang dihajati sehingga sanggup mengkritik parti
Beliau berkata sindrom kecewa itu
dibimbangi akan memudaratkan parti sehingga menyebabkan kelahiran
golongan ‘anai-anai’ atau ‘gunting dalam lipatan’ di kalangan anggota
parti sedangkan mereka seharusnya meneruskan perjuangan UMNO dan
bukannya terus dikuasai rasa kecewa.
“Ada yang maki UMNO. Kata UMNO ini busuk
kerana mereka kecewa tidak dapat jawatan (dalam parti) atau barangkali
kecewa tidak dapat rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia.
“Ada juga yang kecewa tidak dapat
projek, kecewa tidak dapat jumpa Perdana Menteri. Inilah masalah bangsa
kita kerana ada sindrom kecewa ini,”. Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen
Putrajaya turut menasihatkan anggota UMNO supaya tidak terlalu
mementingkan jawatan dalam parti, sebaliknya memfokuskan kepada
persediaan menghadapai pilihan raya umum ke-13 akan datang.
“Berhentilah daripada soal siapa nak
jadi ketua bahagian, siapa nak jadi timbalan ketua bahagian, naib ketua
bahagian, ketua Pemuda, ketua Wanita. Berhentilah daripada bertelagah
sesama sendiri kerana jawatan,” kata beliau.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap
anggota parti di akar umbi akan menerapkan ‘mood’ pilihan raya dalam
setiap persidangan tahunan cawangan yang akan bermula pada 1 April
hingga 15 Jun ini.
“Diharap cawangan-cawangan akan bersidang mengikut kehendak Perlembagaan parti dan sebagaimana yang digariskan dalam Akta Pertubuhan di samping menggunakan persidangan tersebut untuk menyemak ahli-ahli yang menjadi pengundi di kawasan masing-masing.” Ujarnya, tiada parti yang boleh melaksanakan tanggungjawab sebagaimana UMNO.
PS memang mengalu-alukan agarkan penyatuan dalam gerak kerja dan menerapkan mood bagi menghadapi pilihan raya ke 13 ini amat penting dan harus bermula sekarang. SIAPA YANG MENJADI CALON itu bukan persoalannya. Ianya adalah hak mutlak Presiden parti yang berkehendak sipolan atau sipolan itu menjadi calon kepada UMNO mahupun BN. Tugas yang paling utama adalah memenangkan calon kita.
"Biar berputih tulang, jangan berputih mata".
Jadikanlah pengajaran daripada episod yang lalu....yang rugi adalah UMNO dan BN. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang matang sudah pasti dapat berfikir secara rasionalnya jika kuasa tiada ditangan kita.
Bersatu untuk mencapai KEMENANGAN dan KEMENANGAN tidak datang tanpa usaha yang gigih.
Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Untukmu Belia 51 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"
No comments:
Post a Comment