BN bukan kerajaan populis semberono
Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini bukan "kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab", malah merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan
tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara.
"Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang
apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan. Sebaliknya
amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan
cakerawala tanpa memikirkan kesannya,” katanya semasa membentangkan Laporan Tahunan Program
Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP)
2011 di Angkasapuri Kuala Lumpur.
Najib berkata, kerajaan BN juga tidak gentar untuk bersaing dalam
pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana dipilih secara demokratik
di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil.
"Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca.
"Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya
rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang
meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya,” katanya.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) dan timbalannya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menunjukkan laporan tahunan Program Transformasi
Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada Majlis
Cabaran Dan Pencapaian Transformasi, di Auditorium Perdana, Angkasapuri,
Kuala Lumpur
NKEA melepasi atau penuhi sasaran 2011
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sudah melepasi atau memenuhi sasaran 2011 masing-masing.Katanya! sememangnya menjadi kebiasaan bahawa sesetengah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan mengatasi yang lain berikutan ekonomi yang dinamik. "Kita akan mengambil langkah bagi mengatasi isu-isu berkenaan bagi memastikan kita mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya dalam "Nota Dari Perdana Menteri" dalam Laporan Tahunan 2011 Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Laporan itu diedarkan hari ini oleh Unit Pengurusan Prestasi dan
Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggung
jawab melaksanakan, menilai kemajuan, memudahkan serta menyokong
pelaksanaan dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan
ETP.
Najib berkata, semua menteri dan kementerian juga ditetapkan mencapai sasaran dan mengikut masa tertentu pada awal 2011 sebagai bukti komitmen kerajaan.
Sebagai sebuah negara, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia akan memberi fokus kepada 12 NKEA, iaitu sektor di mana Malaysia boleh bersaing pada peringkat dunia.
Sehingga ini, katanya, 131 projek permulaan (EPP) telah dikenal pasti untuk memulakan pertumbuhan serta menjadi pemangkin pelaburan dan penyertaan dari sektor swasta.
Perdana Menteri berkata, beliau juga sudah menghoskan lapan Kemas Kini Kemajuan ETP pada 2011.
Kira-kira 110 projek sudah dilancarkan, 55 peratus daripada EPP sudah dimulakan dan pelaburan lebih RM179.2 bilion sudah dikeluarkan, iaitu satu jumlah yang tidak pernah dilakukan bagi tempoh 12 bulan, katanya.
Semua projek itu diunjurkan menyumbang kira-kira RM129.5 bilion bagi Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dan mewujudkan 313,741 pekerjaan baharu menjelang 2020.
Mengenai Inisiatif Pemulihan Strategik yang dilancarkan pada Julai, Najib berkata beliau berkeyakinan bahawa kerajaan dengan kerjasama sektor swasta "boleh dan akan melaksanakan sepenuhnya, terutama di dalam pelaksanaan pemulihan struktur bagi membolehkan kita mencapai sasaran pelaburan."
Menjelang akhir tahun ini, Najib juga menyatakan bahawa 17 lagi subsektor perkhidmatan akan diliberalisasikan, bagi membolehkan penyertaan asing sehingga 100 peratus.
Sebelum itu, Malaysia sudah membuka 24 subsektor.
Najib mengulangi bahawa kerajaan terus komited mengurangkan peranannya di dalam perniagaan bagi membolehkan sektor swasta menjadi penerajunya, dengan memudahkan dan mengurangkan kos melakukan perniagaan serta membangunkan bilangan besar pekerja berkelayakan dan mahir.
Najib berkata : "Di hadapan terdapat cabaran dan ganjaran."
"Marilah kita pastikan semuanya berjalan lancar kerana kita perlu bekerja keras bagi tempoh sembilan tahun lagi," kata Najib sambil meningatkan bahawa negara perlu berada di atas landasannya kerana ia akan menerima kesan ketidaktentuan ekonomi global sedia ada dan peningkatan produktiviti penting bagi mencapai kejayaan masa depan negara ini.
"Malaysia sedang mengalami proses transformasi besar-besaran dengan matlamat akhir untuk menjadi destinasi pelaburan berdaya saing di seluruh dunia dan menjadi negara maju berpendapatan tinggi sepenuhnya menjelang 2020."

GTP bawa hasil ketara kepada rakyat
Program Transformasi Kerajaan (GTP) membawa banyak manfaat kepada rakyat
di seluruh negara, manakala kesannya terhadap negara pula, sungguh
mengagumkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam nada rendah hati tetapi penuh gembira, Najib berkata GTP sekali lagi membuahkan hasil seperti yang diharapkan apabila semua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi kesan positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kedudukan sosio-ekonomi mereka, di samping menepati ideal yang terkandung dalam 1Malaysia. "Pada 2011, GTP sekali lagi menepati janjinya untuk membawa transformasi. Kita mencatat pencapaian kukuh dalam semua bidang, malah dalam sesetengah kes, bukan sekadar mencapai sasaran yang ditetapkan, tetapi melebihi matlamat serta kejayaan asal yang ingin dicapai GTP.

"Ringkasnya, pada 2011, jentera kerajaan mengekalkan momentumnya, bergerak dengan lebih lancar, pantas dan lebih cekap dalam menyampaikan hasil ketara kepada pihak yang ada kepentingan - rakyat Malaysia," katanya dalam prakata Laporan Tahunan GTP 2011 terbitan Jabatan Perdana Menteri.
Tujuh NKRA berkenaan ialah Mengurangkan Jenayah, Memerangi Rasuah, Menambah Baik Pencapaian Pelajar, Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Menambah Baik Infrastruktur Asas Luar Bandar, Menambah Baik Pengangkutan Awam Bandar dan Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup.
Najib berkata GTP membawa kehidupan yang lebih baik untuk rakyat di bandar dan luar bandar, dengan kadar serta kemantapan yang kukuh.
"Pencapaian pada 2011 juga mencerminkan bahawa hasil yang dikecapi pada tahun sebelumnya bukan suatu kebetulan. Malah, ia membuktikan keberkesanan perancangan strategik dan kesungguhan kerajaan untuk mencapai sasaran serta hasil yang diharapkan untuk rakyat," katanga.
Perdana Menteri berkata, dalam semangat penuh ketelusan, kebertanggungjawaban dan membuat pembentangan yang tidak bersifat berat sebelah, laporan GTP ini menghidangkan secara telus tentang pencapaian dan kelemahan, pengajaran penting yang dipelajari serta perancangan kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.
Sejajar dengan itu, beliau mengalu-alukan maklum balas, kritikan membina dan syor daripada orang ramai tentang cara untuk menambah baik usaha yang perlu dilaksanakan melalui GTP apabila kerajaan memperhalusi sasarannya ke arah mencapai hasil yang lebih baik pada 2012 dan tahun-tahun berikutnya.
Beliau berkata, ketika memberi pandangannya tentang kemajuan GTP, sebuah panel bebas yang dianggotai pakar antarabangsa menegaskan bahawa program itu membawa kebaikan dan memacu transformasi sebenar seperti yang diharapkan oleh rakyat.
Katanya, GTP mencapai sesuatu yang dianggap mustahil apabila idea untuk mewujudkan perubahan dalam tempoh yang singkat sebelum ini dianggap tidak mungkin dapat dicapai.
"Dan, ia dicapai tanpa melibatkan belanjawan yang terlalu besar atau sumber yang mahal. Sebaliknya, ia adalah hasil daripada kesungguhan dan komitmen perkhidmatan awam, yang disokong pelan tindakan yang tepat, matlamat yang berorientasikan hasil serta fokus yang bertumpu kepada rakyat untuk membawa perubahan," katanya.
Perdana Menteri berkata, GTP mendapat pujian para pakar yang dihormati dalam bidang tertentu dan pemimpin negara membangun serta maju kerana keterangkumannya yang menyeluruh, pendekatan yang tidak bersifat konvensional dan kesan transformasi yang dihasilkannya.
"Mereka juga memuji cara kerja-kerja awal GTP yang meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam, hingga boleh dijadikan subjek dalam kajian kes.
"Di samping memberi manfaat kepada rakyat, GTP mengubah cara kerajaan bekerja dengan berkesan - menjadikan kami lebih telus, bertanggungjawab, cekap dan berorietasikan perkhidmatan. Apabila saya menyebut pada 2011 bahawa era "kerajaan paling tahu" sudah berakhir, saya menyatakannya dengan penuh kesedaran tentang perkara itu," katanya.
Najib berkata, GTP menjadi bukti tentang betapa perlunya kerajaan mengamalkan budaya mesra rakyat, berfungsi sebagai sebuah organisasi yang proaktif serta mengutamakan kepentingan rakyat.
Katanya, secara menyeluruh, GTP merupakan sebuah rancangan yang meliputi tempoh sembilan tahun dan terbahagi kepada tiga ambang masa, yang masing-masing meliputi tiga tahun, manakala ketika ini, Malaysia masih berada di ambang pertamanya (2010-2012) dan oleh itu, segala usaha perlu disempurnakan sebelum 2020.
Perdana Menteri berkata, walaupun beliau menjangka laluan yang akan ditempuhi amat mencabar berikutan suasana ekonomi dunia yang penuh bergelora, namun momentum untuk mencapai kejayaan besar akan terus terpelihara dan tidak menggugat cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang harmoni, makmur serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.
"Dalam kita meneruskan perlumbaan ini dengan penuh berhemah dan melakar kejayaan kukuh serta bersatu-padu melalui 1Malaysia, kami akan pastikan, secara menyeluruh, Malaysia akan melepasi garis penamat perlumbaan itu," katanya.
********************************************
Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, mempunyai akal fikiran yang luas dan bijaksana serta mampu berfikir dengan kematangan akal dan pengamatan dari apa yang kita lihat, rasai dan nikmati sekarang ini adalah kerana kita mempunyai pemimpin yang ingin membawa Malaysia kearah yang lebih baik dari semua sudut.
Perancangan dan Perlaksanaan terus berkembang maju. Keberhasilannya juga telah menampakkan hasil serta pulangan kepada rakyat. Jadi untuk meneruskan kelangsungan ini, kita (kerajaan) hanya perlukan sokongan, dokongan yang tidak berbelah bagi agak kuasa pemerintahan yang ada sekarang ini terus kekal dan dimiliki oleh Barisan Nasional (BN)
Saya penuh percaya dan yakin, lebih banyak kemajuan, kemudahan serta kesenangan rakyat yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat jika Barisan Nasional terus memegang tampuk pemerintahan negara.
Oleh yang demikian,kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Melanau dan sebagainya, berilah kepercayaan serta keyakinan kepada Barisan Nasional untuk meneruskan dan melaksanakan agenda pembangunan negara kita yang tercinta ini.
Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.

Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"
No comments:
Post a Comment