KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI UMNO
BAH. SEREMBAN KE DUN LENGGENG
Hari ini 03hb.April 2012 (Selasa) sekali lagi saya mengetuai Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban bersama ahli jawatankuasa serta ahli puteri membuat Kunjungan Ziarah Kasih Puteri (KZKP) ke Dun Lenggeng bagi menziarahi dan melawati 5 buah keluarga yang kurang bernasib baik serta memerlukan perhatian dari keperihatinan kita semua.
Seperti biasa, kehadiran rombongan kami disambut dengan penuh mesra dan mereka amat berbesar hati dengan kunjungan yang dibuat ini. Pergerakan Puteri UMNO Seremban juga menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada penerima-penerima yang dilawati di Dun Lenggeng.
Kepada mereka yang mempunyai maklumat tentang mereka yang
susah/kecacatan dan yang menerima musibah, bolehlah emailkan ke :
srikandimasyarakat@yahoo.com
Sekali lagi, saya menyeru kepada mereka yang ingin turut sama menyertai ataupun menghulurkan Sumbangan/ Bantuan kepada mereka ini atau untuk siri-siri berikutnya bolehlah berhubung terus dengan urusetia di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height, Sikamat. Seperti pepatah ini :-
Ziarah Kasih Puteri tiba lagi di Dun Lenggeng...
Mak Cik Jihah Jali jatuh kaki patah dan telah dimasukkan besi.
Mak Cik Jihah menerima sumbangan tongkat untuk kegunaannya
Turut menerima sumbangan Ziarah Kasih Puteri
Mak Cik Baenah bt. Hussin, ibu tunggal yang menjaga 4 orang cucu. Ibu kepada cucu Mak Cik Baenah yang juga anak beliau telah meninggal dunia akibat barah payu dara
Penerima sumbangan terakhir hari ini Mak Cik Zaharah bt. Othman berusia 80thn mengidap barah usus
Saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Seremban mendoakan yang terbaik kepada mereka ini bagi melalui hari-hari
mendatang. Insyallah Perjuangan UMNO/Barisan Nasional akan diteruskan
untuk membela rakyat dan masyarakat.
Salam Perjuangan,
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Sekali lagi, saya menyeru kepada mereka yang ingin turut sama menyertai ataupun menghulurkan Sumbangan/ Bantuan kepada mereka ini atau untuk siri-siri berikutnya bolehlah berhubung terus dengan urusetia di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height, Sikamat. Seperti pepatah ini :-
"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".
SEKITAR KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI KE DUN LENGGENG
Mak Cik Jihah Jali jatuh kaki patah dan telah dimasukkan besi.
Mak Cik Jihah menerima sumbangan tongkat untuk kegunaannya
Adik Nur Nabila bt. Mohd menerima kunjungan dan sumbangan dari Puteri UMNO Bhg.Sban, Orang Kelainan Upaya dan mengidap sawan
Mak Cik Sitiawa bt. Jalil mengidap kencing
manis, darah tinggi dan baru saja menjalani pembedahan di peha akibat
jatuh dari tangga. Mak Cik Sitiawa menerima sumbangan kerusi roda dan
lampin pakai buang
Turut menerima sumbangan Ziarah Kasih Puteri
Mak Cik Baenah bt. Hussin, ibu tunggal yang menjaga 4 orang cucu. Ibu kepada cucu Mak Cik Baenah yang juga anak beliau telah meninggal dunia akibat barah payu dara
Penerima sumbangan terakhir hari ini Mak Cik Zaharah bt. Othman berusia 80thn mengidap barah usus
Salam Perjuangan,
Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"
No comments:
Post a Comment