Wednesday 4 April 2012

KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI 

KE DUN SIKAMAT (04hb.April 2012)



SEREMBAN

KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI UMNO
BAH. SEREMBAN KE DUN SIKAMAT

Hari ini 04hb.April 2012 (Selasa) sekali lagi saya mengetuai Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban bersama ahli jawatankuasa serta ahli puteri membuat Kunjungan Ziarah Kasih Puteri (KZKP) ke Dun Sikamat bagi menziarahi dan melawati 5 buah keluarga yang kurang bernasib baik serta memerlukan perhatian dari keperihatinan kita semua.
Seperti biasa, kehadiran rombongan kami disambut dengan penuh mesra dan mereka amat berbesar hati dengan kunjungan yang dibuat ini. Pergerakan Puteri UMNO Seremban juga menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada penerima-penerima yang dilawati di Dun Sikamat.

 Jadual Esok
05hb.April 2012 (Khamis) - DUN Ampangan
Berkumpul Jam 5 ptg -Pusat Khidmat BN Dun Ampangan
 
Kepada mereka yang mempunyai maklumat tentang mereka yang susah/kecacatan dan yang menerima musibah, bolehlah emailkan ke : srikandimasyarakat@yahoo.com    

Sekali lagi, saya menyeru kepada mereka yang ingin turut sama menyertai ataupun menghulurkan Sumbangan/ Bantuan kepada mereka ini atau untuk siri-siri berikutnya bolehlah berhubung terus dengan urusetia di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height, Sikamat. Seperti pepatah ini :-



"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".


Menyampaikan Sumbangan kepada Makcik Rahil bt.Mohammad dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban dalam siri Kunjungan Ziarah Kasih Puteri ke Dun Sikamat.

 Gembira Nenek Siti Aminah bt. Abu Samah berusia 81tahun menerima kehadiran 
Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban yang melawat beliau hari ini.

Pn.Rodhiah bt. Abd.Rahman mempunyai 9 orang anak. Suami hanya bekerja di kilang roti dan Pn.Rodhiah sendiri mengambil upah mengopek ikan bilis sekilo RM2.00

Anak-anak Pn.Rodhiah bt. Abd.Rahman menerima alat tulis persekolahan
daripada Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban.

 Makcik Norzelah bt.Hj.Ahmad turut menerima sumbangan daripada siri 
Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban. 

Berkunjung ke rumah En.Mohd.Asri b. Kassim bekerja sebagai Pengawal Keselamatan, mempunyai 6 orang anak dan 4 telah bersekolah.


Salam Perjuangan,


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia.
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 49 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA
















No comments:

Post a Comment