Wednesday 4 April 2012

Ahli Parlimen Pembangkang : Tiada Kualiti

SEREMBAN


KECOH DI PARLIMEN : PSC LULUS TANPA DIBAHAS



Dewan Rakyat hari ini meluluskan kesemua 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa dibahaskan.
Keputusan berkenaan dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 3 petang selepas usaha menenangkan kesemua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang gagal.

Beliau telah mengarahkan tiga Ahli Parlimen pembangkang iaitu Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) keluar dewan kerana terus mempertikaikan keputusan beliau menolak usul Loke Siew Fook (DAP-Rasah) untuk membenarkan laporan minoriti dilampirkan di dalam laporan akhir jawatankuasa itu.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu diarahkan keluar kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 42 yang meminta supaya Ahli Parlimen diam ketika Speaker bercakap.

Inilah budaya atau sindrom Ahli Parlimen parti politik pembangkang yang lebih suka membuat kecoh daripada membahaskan secara berhemah dan ilmiah berkaitan perkara yang dibangkitkan di Parlimen demi kepentingan rakyat.

Jika budaya ini diteruskan, adalah kerugian kepada kita sebagai rakyat Malaysia kerana kita sebagai pembayar cukai kepada kerajaan terpaksa membayar gaji Ahli Parlimen yang tidak berkualiti ini. Seharusnya mereka bijak untuk berhujah, mengeluarkan pendapat dan pandangan kerana apa yang dibahaskan adalah untuk rakyat.

Kita sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti bijak untuk menilai dan mengukur kemampuan Ahli Parlimen pembangkang yang lebih suka membuat kecoh dan bermain dengan kata-kata selain janji manis mereka.

Marilah kita renungkan bersama.

Salam Perjuangan,


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 49 Hari Lagi !!!


"KUASA BELIA"

No comments:

Post a Comment