Hari ini saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban meneruskan Siri Kunjungan Ziarah Kasih Puteri yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan perhatian di Dun Ampangan, Seremban. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Penyelaras Dun Ampangan di Pusat Khidmat Masyarakat BN Ampangan (Sdr.Roshahar) dan Ketua-ketua Kampung yang sempat hadir bersama-sama saya iaitu En.Rofik (Dusun Nyior) dan En.Kudus (Sg,Landak).
Rombongan Kunjungan Ziarah Kasih Puteri hari ini berpeluang membuat lawatan dan ziarah sebanyak 5 buah rumah di Dun Ampangan. Kehadiran kami juga amat dialu-alukan daripada mereka semua dan berharap pendekatan yang diambil ini dapat berterusan.
Memang benar dari kunjungan ini, sedikit sebanyak menyayat hati kami semua apabila melihat ketabahan, penderitaan, kesakitan serta kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang telah dilawati oleh pihak Puteri. Saya yakin dan percaya masih ada lagi nama mereka yang tertinggal atau keciciran dari senarai kami.
Kepada mereka yang mempunyai maklumat tentang mereka yang susah/kecacatan dan yang menerima musibah, bolehlah emailkan ke : srikandimasyarakat@yahoo.com
Sekali lagi, saya menyeru kepada mereka yang ingin turut sama menyertai ataupun menghulurkan Sumbangan/ Bantuan kepada mereka ini atau untuk siri-siri berikutnya bolehlah berhubung terus dengan urusetia di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height, Sikamat. Seperti pepatah ini :-
"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".
Rombongan Ziarah Kasih Puteri menziarahi Mak Cik Che Salmah bt. Ahmad di Dun Ampangan
Beliau yang hidup sebatang kara dan berusia 56 tahun.
Rombongan Ziarah Kasih Puteri berada di Dun Ampangan mengunjungi
Pak Cik Rosli b. Mat Piah
di Kg.Sg.Landak. Pak Cik Rosli telah lumpuh
hampir setahun. Kelihatan juga Ketua Kampung Sg.Landak dan Pegawai Penyelaras Dun Ampangan.
Mengidap sakit buah pinggang Mak Cik Shahrah Noor Bt. Shafit Lan juga menerima sumbangan dan Kunjungan Ziarah Kasih Puteri di Dun Ampangan.
Kunjungan Ziarah Kasih Puteri turut menziarahi Mak Cik
Hajra bt. Fazal Din dan suami di Dusun Nyiur, Mak Cik dan Pak Cik
menjual kuih muih setiap hari utk menyara keluarga
Saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban mendoakan yang terbaik kepada mereka ini bagi melalui hari-hari mendatang. Insyallah Perjuangan UMNO/Barisan Nasional akan diteruskan untuk membela rakyat dan masyarakat.
Salam Perjuangan,
Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Untukmu Belia 55 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"
No comments:
Post a Comment