Thursday, 29 March 2012

Bicara Presiden Majlis Belia Negeri.N.Sembilan



MELAHIRKAN BELIA BERKUALITI


 










Salam Belia Salam 1Malaysia.

Kepada golongan belia/anak muda di Negeri Sembilan, saya selaku Presiden Belia Negeri ingin melontarkan idea, pandangan untuk kita golongan belia/anak muda yang berpersatuan dan yang tidak berpersatuan tetapi kaya dengan Idealisme dan Kekuatan untuk memajukan serta mengerakkan insitusi belia kearah yang lebih gemilang di masa hadapan.

Tidak lama lagi, kita golongan belia/anak muda akan menyambut Hari Belia Negara dan sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya bermula 23hb-27hb Mei 2012. Ianya merupakan satu perayaan untuk kita golongan belia/anak muda tanpa mengira latar belakang Agama, Bangsa, Adat Resam Budaya, Pendidikan dan dari semua aspek kehidupan yang membawa kepada jurang diantara satu sama lain sesama belia/anak muda.

Dengan slogan "Kuasa Belia" ianya memberi satu "signal" atau pun petanda yang jelas, bahawasanya kita golongan belia/anak muda telah mempunyai kuasa yang tanpa kita sedari jika dihimpun atau disatukan. Tidak mustahil golongan belia/anak muda akan dilabelkan sebagai "suara keramat".

Untuk menjadi kearah itu, saya lebih suka menekankan kepada 2 pembangunan utama iaitu :-
  • peranan belia dalam membangunkan pembangunan belia (ekonomi/kemajuan).
  • membangunkan pembangunan mental dan rohani 

Ianya bagi saya amat penting agar 2 perkara utama ini selari dan seimbang dalam usaha memacu pembangunan belia khususnya di Negeri Sembilan dan Malaysia amnya.

Pembangunan belia adalah satu isu yang penting dalam pembangunan negara. Namun ianya
begitu subjektif kerana pembangunan belia ini masih dianggap sebagai satu isu yang mudah dan kurang
mendapat perhatian. 

Belia merupakan pewaris negara dan masa depan negara adalah bergantung kepada generasi belia pada hari ini. Banyak usaha dan kewangan telah dicurahkan untuk memberi peluang kepada generasi muda membuat persediaan mewarisi untuk negara ini. Usaha pembangunan belia bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana hanya program belia yang berjaya sahaja berjaya menarik ramai golongan remaja untuk menceburi pelbagai aktiviti yang disediakan.

Pelbagai program kini harus dirancang dan dilaksanakan bagi membolehkan golongan belia di kawasan pentadbiran dapat mengisi masa terluang mereka. Manakal setiap program harus dirancang dengan teliti supaya ia benar-benar dapat memberi manfaat kepada para belia dan mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, para belia khususnya golongan pelajar atau pekerja yang telah bekerja boleh meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dengan menyertaiprogram yang disediakan. 

Golongan belia remaja biasanya mempunyai banyak masa terluang dan keadaan tersebut boleh merugikan mereka sekiranya tidak diisi dengan kegiatan- kegiatan yang berfaedah. Sehubungan itu, kita perlu mengambil inisiatif dengan mengadakan program program terbabit supaya para remaja dan orang ramai dapat menceburkan diri mereka dan mendapat faedah daripadanya.
 
Para pemimpin belia perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk mencari satu titik tolak bagi memajukan golongan belia dalam pelbagai bidang dan harus digesa untuk mencari satu resolusi yang lebih mantap dan berkesan untuk diterjemahkan sebagai satu pelan tindakan kepada agenda pembangunan belia. Pembangunan belia tidak terbatas kepada satu kaedah semata-mata kerana pelbagai media boleh digunakan untuk merangsang mereka. 

Pelbagai aspek perlu diambil kira kerana semangat yang berkobar-kobar sahaja tidak memadai tanpa diiringi pengurusan atau perancangan yang relevan. seiring perubahan masa, pertubuhan belia perlu merangka strategi lebih berkesan untuk memastikan belia tidak lagi dibelenggu oleh masalah-masalah sosial. Belia negara ini perlu disedarkan bahawa mereka ialah pewaris negara dan mesti menghindari pelbagai aspek negatif seperti gejala sosial yang boleh meruntuhkan sesebuah institusi negara. Peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin belia di semua peringkat adalah berat kerana mereka mempunyai tanggungjawab sosial untuk membawa belia negara ini untuk menjadi orang yang bersama-sama membangunkan negara.


Kita berjaya keluar daripada kepompong kemunduran serta mampu melahirkan masyarakat berwawasan, progresif dan dinamik dalam pelbagai bidang kerjaya. Selain itu, dengan wujudnya persatuan-persatuan belia di Negeri Sembilan mahupun Malaysia, ia mampu untuk meningkatkan gaya hidup yang dinamik dan pro-aktif. Semangat sukarelawan yang ada dalam aktiviti persatuan belia amat penting sebagai salah satu gaya hidup yang baik untuk membina semangat kerjasama di kalangan masyarakat moden. 


Kurangnya semangat sukarelawan memberi kesan negatif kepada institusi kemasyarakatan dan menyebabkan kelesuan di kalangan pertubuhan pertubuhan belia. Persatuan belia seumpama ini bermatlamat untuk membangunkan belia agar menjadi belia yang berketerampilan seimbang melalui dasar dan program pembangunan belia yang komprehensif.
 
Usaha pembangunan belia tidak boleh dijalankan secara 'tangkap muat' mengikut selera dan minat individu atau kelompok tertentu. Usaha pembangunan belia tidak boleh dijalankan dalam konteks yang terasing daripada ekologi di mana belia, rakan sebaya dan keluarga mereka tinggal dan berinteraksi. Masyarakat dan institusi perlu memberikan peluang untuk belia negara ini membangun dalam perkara penting seperti kemahiran, keyakinan, keperibadian dan sebagainya.
 
Mereka yang terbabit dengan pembangunan belia perlu melihat realiti semasa dan akan datang. Perubahan yang berlaku di sekeliling memerlukan kita mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menilai kembali usaha dalam pembangunan belia. Pendekatan-pendekatan baru perlu digubal dan diambil kira seperti menggunakan penyelidikan dalam perancangan dan penilaian program pembangunan belia. Persatuan-persatuan belia perlu menjana semula pendekatan baru yang lebih efisien dan efektif. Mengolah atau menyusun semula pendekatan dan strategi sedia ada akan terus membantutkan perkembangan belia secara efektif kerana falsafah pendekatan pembangunan belia yang baru memerlukan imaginasi baru yang sudah tidak boleh dipenuhi oleh pendekatan yang lama. 

Saya ingin menekankan, anjakan paradigma bukan sahaja melibatkan pemikiran semula, tetapi juga perlu lebih inovatif dan kreatif dalam mengilham dan melaksanakan program. Penyelidikan dan penilaian adalah satu komponen penting yang perlu diberikan perhatian. Perkara ini bukan sesuatu yang baru di negara barat di mana institut penyelidikan belia diberikan keutamaan dan peranan penting dalam perancangan dan perlaksanaan program. 

Sudah sampai masanya usaha pembangunan belia di negara ini memasuki perspektif baru yang lebih saintifik dan sistematik dengan memberikan penekanan kepada penyelidikan sebagai satu teras untuk menuju ke hadapan. 


Akhir kata, marilah kita rapatkan minda, persefahaman, keyakinan dan iltizam kita bersama dibawah satu nama yang cukup besar iaitu Belia. 


Kuasa Belia telah bermula, marilah kita beramai-ramai ke Putrajaya pada Mei 2012 dan jadikan diri anda sebagai pencipta sejarah di HIMPUNAN JUTAAN BELIA


"TRANSFORMASI PARADIGMA BELIA ALAF BARU"

Salam Perjuangan



"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.
MKT Gerakan 4B Malaysia.
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 55 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"




1 comment:

  1. mudah-mudahan akan ramai lagi remaja belia yg berwawasan yg dapat dilahirkan dgn adenye..program-program menjana minda belia..yang menggerakkan kreativiti belia bagi menjadi rakyat malaysia yang berwawasan dan dapat menjana ekonomi negara ke arah kemajuan yang bersepadu...

    ReplyDelete