Pergerakan Puteri UMNO sedang melalui fasa keremajaan. Tetapi sepak terajang di dalam UMNO dan pembangkang luar parti banyak mendewasakan.
Setelah Pergerakan Puteri UMNO melalui frasa pemimpin silih berganti.. ahli Puteri kini, semakin bervisi dan bermatlamat untuk memelihara tunjang entiti Puteri.. walaupun entiti bongsu.. tidak pula rela dimanjakan.
Ayahanda Presiden UMNO menyatakan Puteri UMNO permata hati.. diberi kepercayaan menerajui generasi wanita muda prihatin.
Saya sempat ditemuramah oleh beberapa media massa ketika di PAU 2012, antara soalan yang ditimbulkan oleh mereka persiapan Pergerakan Puteri UMNO menjelang PRU13 dan menghadapi kebebasan media kala ini yang dilihat sebagai media lantang menyuarakan pendapat dan kritikan.
Namun bagi saya dan saya berpendapat.. kesiap siagaan ahli puteri dalam pertempuran PRU13 amat positif. Kita telah membuktikan peranan ahli-ahli Puteri ketika berhadapan pembangkang di Pilihanraya Kecil. Nampaknya gerak kerja kita digeruni lawan.. sehingga mereka telah mencuba pelbagai cara mengubur dan mengata kami.. Tak luak lah nak dikata apa dan dinista apa pun..
Di bawah kepimpinan Datuk Rosnah Rashid Shirlin, ahli Puteri dikatakan lemah dan lemau.. Itu silap sebenarnya.. Entiti Puteri telah melalui fasa tiga pemimpin yang silih berganti.. Corak kepimpinan dan kata kerja walaupun amat berbeza.. namun ketiga-tiga pemimpin tidak lari dari perjuangan asas parti.. Ketiga-tiga sentiasa menjadi ketua untuk memastikan perjuangan parti diletakkan pada kedudukan paling atas sekali.. Pengamatan program dan penerimaan ahli puteri sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Kebanyakan mereka berjuang dengan kesedaran bahawa suara generasi wanita muda mampu menggegar. Memang ada yang mengatakan ahli puteri sebagai picisan parti.. Picisan yang bagaimana?? Ahli puteri sentiasa dilihat mempunyai idea baru dan ada semangat setiakawan yang tinggi dalam perjuangan.
Ahli puteri di dalam fasa kepimpinan Datuk Rashid Shirlin, aktiviti mendekati generasi wanita muda berjaya menarik wanita di usia awal 18 sehingga 35 tahun.. jika dulu ada juga dikalangan mereka melihat puteri entiti yang sering digunakan untuk bekerja.. tetapi soal digunakan.. saya nampak semua entiti turut bekerja dengan komitmen yang dipertanggungjawabkan.. wanita dengan tugasnya.. pemuda dengan gerak gempurnya.. begitu juga puteri.. disamping mendekati generasi wanita muda.. puteri juga diberi tanggungjawab menggunakan media baru seperti facebook, twitter, blog untuk memberi penerangan dan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
Di dalam arena media massa ketika ini, di kalangan ahli puteri mampu berjuang mematahkan dakyah dan fitnah pembangkang..
Media massa baru terlalu berterus terang dan tiada tapisan dalam mengeluarkan apa juga isu.. Kita memperoleh maklumat melaui media baru. Dulu kita risau ahli puteri tidak mampu mengalas tanggungjawab melawan dakyah pembangkang di media baru.. tetapi hari ini terbukti tentera siber kita mampu menjawab fitnah pembangkang. Ini memberi kesan.. telinga, mata dan kepala kita tidak tahan lagi jika parti kita.. perjuangan parti kita dicemuh dan difitnah..
Medan PRU12 sama sekali dengan medan PRU13.. Keseluruhan ahli UMNO telah bangkit.. bangkit bagi memastikan UMNO terus kuat dan gah.. Kita buang yang keruh kita ambil yang jernih.. misi kita mahu mengambil semula negeri yang hilang dan mengekalkan kemenangan di negeri yang kita menang...
Allah memberi petunjuk kepada kita bahawa pembangkang terbukti memperjuangkan hak pribadi dan ada unsur dendam di hati mereka.. Kita parti yang mengakui kelemahan.. dan kita tidak malu meminta maaf untuk memperbaiki kelemahan kita.. bagaimana pula dengan parti pembangkang?? Mereka terus meninggi diri dan angkuh dan sentiasa mencari salah kita.
Ketahuilah bahawa pembangkang bukan lawan yang kuat. Melalui peranan media baru.. kita mampu melawan mereka.. Jika ada yang kata mereka kuat.. mereka hanya kuat fitnah..
1 Malaysia tolak fitnah
Wan Salwati Hj Abdullah
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
No comments:
Post a Comment