Monday 26 November 2012

[22 - 25 Nov 2012] Tuan Rumah Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia

Salam 1 Belia 1 Malaysia



Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syujur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama menjayakan Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2012 kali ke-3 di Seremban, Negeri Sembilan.

Selepas giliran Perak dan Pulau Pinang, pada tahun ini Negeri Sembilan menjadi tuan rumah kepada Pesta Sukan dan Kebudayaan bagi meraikanseluruh belia-belia di Malaysia yang berbakat dalam segala bidang yang diceburinya.

Adalah menjadi harapan Majlis Belia Negeri Sembilan selaku tuan rumah, mengalu-alukan kedatangan kontinjen-kontinjen dari 40 buah badan gabungan du bawah Majlis Belia Malaysia (MBM). Diharapkan dengan program ini akan merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita seterusnya menjadikan belia-belia Malaysia yang berjaya dan berwawasan. Selari dengan dasar Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan penekanan 3K (Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan), kita akan dapat melihat kebolehupayaan belia-belia dalam aspek memimpin persatuan dan organisasi, mengenengahkan bakat dan kemahiran belia yang kreatif dan inovatif serta aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dapat memberikan faedh perniagaan kepada usahawan.

Selaku Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan yang mewakili seluruh belia di negeri ini, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepadda MBM di atas kepercayaan yang diberikan menjadi tuan rumah kepada pesta kali ini. Tidak ketinggalan juga, setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan untuk sama-sama membantu dan menjayakan pesta ini.

Kepada atlet-atlet yang menang diucapkan tahniah, yang kalah cuba lagi tahun-tahun yang akan datang. Kepada yang tidak berpeluang pada tahun ini berusahalah dengan lebih gigih lagi agar anda (belia) dapat mengenengahkan bakat-bakat terpendam pada tahun akan datang.

Segala kekurangan datangnya dari kami, segala kelebihannya dari Allah SWT.

Dari belia kepada belia untuk bellia, Maka jadikanlah Hari Esok Lebih Baik Dari Hari ini.




Wan Salwati Hj Abdullah
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan merangkap
Pengerusi Bersama Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia kali ke3 Peringkat Kebangsaan

No comments:

Post a Comment