Thursday 25 October 2012

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang Pertama Sesi 2012 - 2014

Klik untuk gambar besar

Alhamdulillah hir Rabbil Alamin, sesungguhnya dengan izin Allah Taala juga apa yang dirancang dan dilaksanakan akhirnya termeterai juga.

Bertempat di Ballroom, Kompleks Belia dan Sukan Paroi, perundingan yang memakan masa dua jam berakhir dengan persetujuan.

Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, DSU Hj Mohamad Hj Hasan memberi kepercayaan Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan di dalam mengemudi dan merealisasikan satu impian menjadi kenyataan.

Dari ucapan DSU Menteri Besar ketika melancarkan Hari Belia Negeri Sembilan 2011 lalu, merupakan titik tolak dan idea terhasilnya resolusi dari belia untuk belia, dari belia untuk masyarakat belia.

Saya terpanggil dengan kerap ucapan DSU Menteri Besar berkaitan dengan belia perlu membuktikan stigma masyarakat menyalahkan belia di dalam pelbagai aspek moral adalah sesuatu yang tidak benar dan salah.

Belia adalah golongan yang perlu dirapati, dihampiri, di perbincangkan dengan hangat, kerana belia merupakan pewaris apa lagi bakal pemimpin hari esok.

Stigma masyarakat menudingkan jari ke arah belia, masalah sosial, masalah rempit, masalah buang anak, masalah belia gelandangan, masalah belia dadah, masalah belia arak dan pelbagai masalah lagi yang berpunca dari belia.

Akhirnya, sebagai belia permasalahan ini perlu diselesaikan dikalangan belia juga. Percayalah peranan belia di dalam mengemudi hari esok perlu dilentur mulai awal, ibarat melentur buluh biar dari rebungnya.

Di Negeri Sembilan misalnya, golongan belia terdiri daripada 40 peratus masyarakatnya.. Dua puluh peratus aktif berpesatuan dan dua puluh peratus lagi belia tidak aktif berpesatuan. Malah hampir dua puluh lima peratus belia tidak mendaftar sebagai pengundi. Ini penting, seperti di awal tadi, saya bersetuju dengan pendapat dan pandangan DSU Menteri Besar, belia merupakan pemimpin hari esok.
 

Misi mengubah stigma masyarakat terhadap belia negatif perlu di ubah ke arah belia yang progresif dan aktif. Belia yang punyai wawasan dan kita perlu buka peluang agar wawasan itu mencapai sasarannya.

Kata-kata DSU ketika itu yang sentiasa di dalam ingatan, sebagai pemimpin hari esok, kita perlu menjadi pemimpin ukuran dan bukan berlumba-lumba menjadi pemimpin siaran... Mendalami ucapan itu, saya mengambil daya usaha ini dan menyahut cabaran tersebut bahawa belia mampu menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Terima kasih DSU Haji Mohamad Haji Hasan kerana sentiasa prihatin di atas kehendak belia dan sentiasa menyokong pemimpin belia.

Tunjuk ajar dari DSU akan dikenang sehingga bila-bila.

 Ingatan tulus ikhlas,
Wan Salwati Hj Abdullah
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS)          

No comments:

Post a Comment