Saturday 8 September 2012

Puteri Umno Diminta Sedia Pikul Tugas Berat Hadapi Perang Politik PRU 13


Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mahu anggota pergerakan itu bersedia memikul tugas berat sebagai benteng barisan hadapan bagi menghadapi 'perang politik' yang cukup mencabar menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata Puteri Umno harus berani, tabah, sabar dan cekal dalam berjuang serta memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu.

"Saya mendoakan agar segala perancangan dan persiapan yang akan kita laksanakan untuk berhadapan dengan PRU 13 akan berjalan dengan baik dan lancar.

"PRU 13 menuntut pengorbanan kita. Inilah peperangan yang harus kita menangi. Ia bukan sekadar mempertahankan maruah kita tetapi melibatkan persoalan masa depan generasi akan datang," katanya.

Rosnah berkata keanggotaan Puteri Umno kini mencecah 384,000 orang, termasuk 54,000 anggota di Sabah.



Perasmian Persidangan Puteri UMNO Dungun...

Pn.Asfalinda Anuar, wakil Puteri UMNO Negeri Terengganu.

Selamat Bertugas

Terima kasih Aziahwati, Terima kasih Dato'...

p/s : Tahniah diucapkan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun yang berjaya bersidang dalam suasana yang amat baik.

Sesungguhnya perjuangan kita di dalam Pergerakan Puteri UMNO yang kini berusia 11 tahun, merupakan perjalanan yang begitu getir sekali.

Tanpa meredah lautan ombak dan badai, mungkin perjuangan kita tidak sehebat hari ini.

Ini adalah berkat kesungguhan dan ketekunan semua pihak bagi memastikan perjuangan generasi wanita muda dulu, kini dan selamanya di terima oleh semua peringkat.

Perjuangan tidak akan pernah selesai dan menjadi tanggungjawab kita sampai bila-bila.

Salam perjuangan.
Wan Salwati Hj Abdullah



No comments:

Post a Comment