Tuesday, 14 August 2012

SIRI 4 : EKSKLUSIF Kembara Sinar Ramadhan 2012 [Kau Terlalu Istimewa]

EKSKLUSIF 1 : Dia yang teristimewa



Si dia menerima kunjungan tetamu kehormat,
Dato' Abdul Samad Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan

Si dia bersama basikal istimewa yang diciptakan sendiri untuk kegunaan bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran..Si dia yang dikurniakan otak dan fikiran yang kreatif dan inovatif walaupun tergolong dengan golongan OKU

Si dia yang lemah anggota kaki tidak sesempurna ahli belia yang datang mengunjung..
Si dia teristimewa.. menggunakan kepala lutut untuk bergerak ke sana ke mari.
Sekiranya si dia di kurniakan rezeki berjawatan besar.. Adakah kita yang cukup sifat ini berasa insaf?? Didik lah akal menerima ketentuan Allah SWT. Allah berkehendak, maka jadilah ia.. Bersyukurlah kita wahai sahabat-sahabat sekelian.

Si ibu yang sudah tua dan uzur..
Tiada keringat untuk membantu si anak yang kurang upaya.. Namun kesabaran menjadi semangat utuh
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia..
Semoga Allah memberi kerahmatan tertinggi terhadap ibu ini

Saya yang kagum melihat kesabaran dan kecekalan keluarga ini..
Terlalu insaf dan menjadikan diri akan terus tabah menghadapi dan mendekati insan semulia dia 

 Lihat sahaja si anak ini, menginsafi kekurangan diri tiada penyebab untuk dia berdikari menjalani batas-batas hidup dan menerima ketentuan Ilahi.
Semoga engkau tabah mengharungi liku-liku hidup ini adikku.


SIAPA DIA???
SIAPA DIA???
SIAPA DIA???
SIAPA DIA???
SIAPA DIA???

Program : Kembara Sinar Ramadhan 1433H Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan
Lokasi : Taman Ampangan
Tarikh / Masa : 10 Ogos 2012 (11:25 malam)


EKSKLUSIF 2 : Semoga Amirul dan Keluarga Terus Tabah

Gambar yang pernah di siarkan, diulang tayang..
Semoga kehadiran dan kunjungan kami memberi semangat dan kesabaran buat adik Amirul
Tarikh : 11 Ogos 2012


Adik-adik belia yang sama-sama memberi semangat kepada rakan yang sedang dilanda kesedihan. Belia mampu bersatu dan menterjemahkan kasih sayang dengan program seumpama ini.

Sekretariat Kembara Sinar Ramadhan MBNNS menerima perkhabaran ayahnya telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Ogos 2012.

Semoga adik Amirul dan keluarga terus tabah mengharungi cabaran dan dugaan ini.

Inna lilla wainna lilla hilirodjiun,
Al-Fatihah, Amin




Lokasi : Batu 46 Kuala Pilah
Tarikh : 11 Ogos 2012 (3:00 petang)


EKSKLUSIF 3 : Bersama K. Murali (Tokoh Belia Lelaki Kebangsaan 2012)

K. Murali  mengalu-alukan ketibaan peserta di Port Dickson. Beliau juga merupakan Tokoh Belia Lelaki Kebangsaan bagi tahun 2012

Terima kasih K. Murali kerana menyambut kami di pit akhir Kembara Sinar Ramadhan 2012 MBNNS

Berbangga dengan semangat yang ditunjukkan para belia
Berjaya mengharungi perjalanan sejauh 470km selama tiga hari. Membina kejayaan di masa akan datang, kita usahakan pencapaian lebih dari itu pula..

Cenderahati dari K.  Murali untuk peserta Kembara Sinar Ramadhan 2012 MBNNS

Mereka selepas berbuka puasa bersama Kelab Bell Belia Tamil (KBBT) di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang, Port Dickson

Orang terkuat dan terhebat bekerja di belakang tabir.. Bukan Khabir Kushi Kabhi Gam..
Mungkin kau kunci hatiku dalam hatimu - Ramlah Ram :)

Siapa punya kereta lah nih.. 
Apa pun dari belia untuk belia..
Terima kasih, kita akan bertemu lagi di lain program



Lokasi : Dewan Orang Ramai Bagan Pinang
Tarikh : 12 Ogos 2012 (6:30 petang)

KONVOI SINAR RAMADHAN KELILINGI N.SEM(10/11/12 OGOS/12)
ALHAMDULILAH SELESAI SUDAH KONVOI ANJURAN MAJLIS BELIA NEGERI DGN KERJASAMA KELAB-KELAB KERETA N9M/KELAB V/WIGON/BELIA-BELIA/JPAM N PDRM DAN TELAH MENGHARUNGI PERJLNAN SEJAUH 470KM DAN BERKAT SEMANGAT/ DISPILN/KERJASAMA DARI SMUA PIHAK KITA TELAH SMPAI TEPAT JAM 18.30PTG DI DEWAN BAGAN PINANG(P/DICKSON)DGN SELAMATNYA...SEMOGA KITA AKAN BERJMPA DI LAIN PROGRAM,INSYALLAH
THANKZ  - Kredit to Along Akina


SELAMAT MAJU JAYA

No comments:

Post a Comment