Assalamualaikum wth,
Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnianya misi kemasyarakatan yang kita laksanakan sejak 10hb Ogos lalu mencapai hasrat dan sasarannya.
Keluar dari subuh hening, 55 buah kereta, meredah malam yang dingin. Di kala rakan-rakan lain nyenyak tidur, perjuangan kita terlaksana dengan lancar sekali.
Terima kasih tidak terhingga dengan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar yang melepaskan kami pada Jumaat lalu di kediaman rasmi beliau.
Tidak terhingga juga penghargaan seharusnya diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato' Abdul Samad Ibrahim yang mengikuti Konvoi Kembara Sinar Ramadhan MBNNS 2012 di tiga buah rumah Jumaat lalu.
Malah meraikan barisan konvoi kami semalam di Seri Menanti Resort, Seri Menanti di Majlis Berbuka Puasa.
Penyertaan dari pelbagai lapisan bangsa, Melayu, Cina dan India, berumur belia memberikan wadah dan idea segar buat MBNNS bagi melaksanakan perjuangan belia untuk belia pada masa akan datang.
Sesungguhnya, pembabitan di kalangan belia India dan Cina menjadikan ianya satu simbol yang unik. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama, kerana cintakan negara kita bersatu hati dan berteguh janji. Keep it up!!!
Tidak mahu menulis panjang, biarlah gambar memberi sejuta pengertian yang baik buat kita semua. Amin, amin, amin ya Rabbil Alamin.
Terima kasih anggota JPAM memberi kerjasama dalam Kembara ke seluruh Daerah di NS...
Jam 1.00pg di Jelebu...Adik Firdaus mengalami kemalangan jalanraya pada tahun lepas, Firdaus seorang ahli belia yang aktif.
Antara penerima sumbangan di Daerah Jempol...
Belia Istimewa yg menerima kunjungan pertama dari Kembara Sinar Ramadhan MBNNs turut sama hadir YB.Dato' Abd.Samad Ibrahim...
Persinggahan pertama di K.Pilah...
Adik Norhafizah Bahaman juga merupakan belia terpilih yg dikunjungi di K.Pilah...
Sempat mengunjungi Adik Amirul di Bt.46 K.Pilah...
Difahamkan bahawa ayah Adik Amirul sedang tenat sakit di Hosp.KP...Semoga Amirul kuat semangat dan terus tabah...didoakan yg terbaik utk Ayahnya.
Syukur Alhamdulillah jam 4pg tiba di Felda Jelai 3 untuk Majlis Bersahur selepas berehat di Homestay Londah.
Terima kasih YB.Dato' Zainab Nasir ADUN Gemas dan En.Amin Riffa di atas kehadiran menyambut Kembara Sinar Ramadhan. Bergambar kenangan di hadapan rumah Intan Suhana selepas bersahur.
Penerima ke2 keluarga Pn.Robiah bt. Sahak mempunyai 6 orang anak..2 darinya aktif dengan program-program Belia. Keluarga hidup sederhana dengan pendapatan suami membawa van kilang...
Satu yang membanggakan Belia India turut sama dalam Program Kembara Sinar Ramadhan...
Alhamdulillah jam 3.30pg selamat tiba di Rumah Rakyat Mahsan, Bahau (DUN Serting) untuk Majlis Singgah Sahur dan penyampaian sumbangan...
Terima kasih kepada Sdr.Nizam Aman Pengerusi MBD Jempol di atas sambutan yg di berikan...
Sdr.Ezzad (baju hijau) turut bersama En.Md Zain Abu, Pengerusi MBD KP. Semoga kehadiran Kembara Sinar Ramadhan memberi suntikan semangat utk Ezzad lebih berjaya.
55 tahun kemerdekaan negara, kami kembalikan dengan pengisian yang amat dalam dari hati dan sanubari. Semoga kita semua bersyukur.
Jejaki kami di Siri 3 : Kembara Sinar Ramadhan MBNNS 2012 di Port Dickson, sedikit masa lagi.
No comments:
Post a Comment