Alhamdulillah segala perancangan, berjalan dengan lancar. Kembara Sinar Ramadhan Majlis Belia Negeri Sembilan dijadualkan selama 3 hari dua malam (10 - 12 Ogos 2012)
Mendapat kerjasama yang amat baik semua pihak.
Terima kasih di ucapkan kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang sudi melepaskan konvoi kami malam tadi.
Peserta konvoi yang terdiri daripada 55 buah kenderaan, simbolik kepada 55 tahun kemerdekaan negara memberi kesan dan semangat.
Stigma masyarakat menyatakan belia golongan yang lalai di dalam perbuatan dan kehidupan sama sekali tidak tepat.
Kembara Sinar Ramadhan sedang bergerak dari Seremban ke Jelebu. Kemudian ke Jempol seterusnya ke Kuala Pilah.
Dari Kuala Pilah kami akan meneruskan perjalanan ke Tampin, seterusnya ke Rembau sebelum berakhir di Port Dickson.
Nantikan sambungan konvoi kami dari masa ke semasa.
Tandatangan Pemimpin Utama Negeri Sembilan
Bapa Transformasi Belia Negeri
Tandatangan tanda sokongan
Flag off Kembara Sinar Ramadhan
Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan bersalaman dengan para belia yang menjayakan konvoi MBNNS
Pemimpin turun padang, mesra kepada semua
Jago budak ni elok-elok.. tak dungar cakap.. saman an joh.. mungkin itu yang diposan kek Dato' MBNS
YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan memberikan ucapan ringkas, padat dan gegarrrrrrrr.. Apa yang menjadi perkara penting di dalam keseronokan berkonvoi, jangan lupa ciri-ciri keselamatan agar, tidak ada nyawa terkorban.
Lihat juga wajah Dato' SS yang amat sporting. Kesetiausahaan membantu pentadbiran Negeri Sembilan sentiasa mengejar prestasi yang baik sekali.
Di sebalik kejayaan Belia Negeri Sembilan, banyak di dorong oleh semangat perjuangan Dato' MBNS yang terkenal dengan sikap tidak mengalah. Jika big boss yang ada semangat juang yang tinggi. Mustahil kita tak mampu melakukannya.. NS boleh!! NS boleh!!
Hari ini dalam sejarah.. Tanpa gambar siapalah yang akan bercerita?? Biarlah pengertian yang baik datangnya dari usaha yang tulus dan ikhlas!!
Turut sentiasa bersama kembara sinar Ramadhan 1433H, Dato Abdul Samad Hj Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan.
Nantikan siaran seterusnya..
No comments:
Post a Comment